Strategi dagangan ini adalah berdasarkan pada idea membina segi tiga Chuvashov (Chuvashov’s triangle) dan kemungkinan mengira lokasi bar dan persimpangan garis trend (trend lines) prospek.

Strategi ini diguna pakai pada pasangan mata wang utama: EUR/USD, GPB/USD, USD/JPY, AUD/USD dan USD/CHF. Ia boleh digunakan pada tempoh masa (Time Frame ) M15 dan ke atas.

Kaedah ini tidak terlalu rumit. Ianya bergantung pada prinsip 'roll back in price levels'. Dagangan dilakukan di dalam saluran dan dari sempadannya. Perkara yang paling sukar dan penting adalah untuk mengenalpasti arah trend. Sebagai pilihan anda boleh menggunakan indikator "Zigzag". Sempadan 'channel', garisan sokongan dan rintangan hendaklah dibina di sepanjang lonjakan (spikes) pada indikator. Setelah itu ia akan jadi lebih mudah untuk menganalisa perilaku harga ( price behavior ). Kedudukan graf yang dekat dengan garisan rintangan (resistance line) akan menunjukkan kebarangkalian 'breakout'. Dalam kes ini, adalah dinasihatkan untuk membuka 'buy position' di paras paling rendah sempadan 'boundary of the channel'. Ia akan menjadi sebaliknya jika harga menghampiri garisan sokongan (support line). Anda juga boleh menggunakan sebarang strategi atau penunjuk lain untuk menentukan arah trend.

Anda boleh memasuki pasaran secara langsung, atau dengan bantuan 'pending order'. Katakan, trend yang dikenalpasti menghala ke atas "bullish" dan harga berada di sempadan bahagian bawah saluran. Kita boleh membuka posisi ‘buy’ yang kemudiannya dijangkakan harga akan naik ke sempadan atas, di mana kita akan mempunyai keuntungan terapung ‘floating profit’, dan ia adalah berbaloi kita meletakkan trailing stop. Jika sempadan ini ditembusi, kita akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi; jika tidak, order yang kita telah buat akan ditutup pada ‘stop-loss’ tetapi dengan keuntungan.

Sekarang, mari kita mempertimbangkan situasi selepas pembukaan posisi di mana trend telah berubah arahnya terhadap jangkaan kita sebelum ini. Dalam kes ini kita boleh membuka dua posisi bertentangan dengan posisi yang pertama. Sebagai contoh, boleh jadi ada dua posisi ‘sell’; jika pasaran terus menurun, keuntungan akan terkumpul di dalam akaun dagangan anda dari posisi ‘Sell’ pertama, posisi kedua akan melindungi (hedge) kerugian yang disebabkan oleh posisi dagangan ‘buy’, yang bermaksud pada dasarnya kedua-dua posisi akan melindungi kedudukan masing-masing daripada kerugian. Sebaik sahaja kedudukan ‘sell’ telah meliputi kos ‘spread’ dan mencapai keuntungan, adalah wajar untuk menutup posisi 'hedge' dan meletakkan trailing stop untuk posisi yang tinggal.

Sekarang, mari kita mengkaji semula situasi apabila pasaran kembali menaik selepas pembukaan dua posisi ‘Sell’. Dalam kes ini kita akan tutup 2 posisi bertindih dan membuka dua posisi ‘Buy’. Selepas kerugian yang disebabkan oleh posisi ‘sell’ akan dikunci oleh penutupan serentak satu posisi ‘sell’ dan satu posisi ‘Buy’. Posisi ‘Buy’ yang tinggal akan memberikan kita keuntungan.

Keputusannya – tanpa mengambil kira arah tuju trend kita boleh menjana keuntungan dan mendapat manfaat dari mana-mana kes yang disebutkan. Namun, perlu diingat bahawa jika anda tidak menentukan arah trend dengan betul anda berkemungkinan boleh rugi dari segi kiraan ‘spread’ dan jumlah nilai posisi negatif yang terkumpul; oleh itu adalah sangat penting untuk menentukan arah trend dengan sebaik mungkin. Strategi ini tidak mengambil kita ‘stop-losses’, oleh itu adalah tidak digalakkan untuk meninggalkan dagangan terbuka (open position) ke hari berikutnya.

 

Strategi lindung nilai ( Hedging )

Strategi lindung nilai ( Hedging )
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas