Strategi ini adalah mudah dan mungkin boleh membantu anda meraih lebih banyak keuntungan di dalam Forex. Strategi RSI ini bertindak baik dengan EUR/USD dalam tempoh masa M5. Petunjuk untuk memasuki pasaran muncul sejurus selepas garisan trend pada indicator RSI (Relative Strength Index) tembus ke bawah.

Mari kita tambah RSI dengan tempoh masa 21 kepada carta M5 pada pasangan matawang EUR/USD. Entri poin masuk adalah pada:

- ‘Candle’ seterusnya pada carta harga selepas menembusi garisan trend, terhasil di carta RSI.

- ‘Candle’ seterusnya pada carta harga selepas pembentukan corak perbezaan pada carta RSI.

‘Stop Loss’ diletakkan 20 mata daripada poin entri masuk. Sejurus selepas keuntungan terapung mencapai 10 mata, ‘Stop Loss’ boleh dialihkan ke zon pulang modal. ‘Take Profit’ tidak diletakkan dalam strategi ini, hanya fungsi ‘Trailing Stop’ digunakan sebagai fungsi ‘Take Profit’.

Tidak digalakkan untuk memasuki pasaran sebelum atau sejurus selepas sesuatu berita fundamental dikeluarkan, apabila instrumen umum turun naik dengan mendadak. Adalah dilarang sama sekali untuk memadamkan ‘stop-losses’ atau mengubahnya berdekatan dengan poin entri/harga semasa.

Contoh:

Strategi RSI

Imej 1 : Selepas penembusan garisan trend pada carta RSI posisi ‘buy’ boleh dibuka.

Strategi RSI

Imej 2: Posisi ‘Sell’ boleh dibuka selepas penembusan garisan trend.

Strategi RSI

Imej 3: Imej ini menggambarkan perbezaan Antara RSI dan carta harga (Maksimum pada carta harga yang seterusnya adalah lebih tinggi daripada sebelumnya, tetapi maksimum seterusnya pada carta RSI adalah lebih rendah daripada yang sebelumnya). Sejurus selepas perbezaan corak terbentuk, posisi baru boleh dibuka menghala ke arah yang sama pada carta RSI (posisi ‘sell’ pada imej di atas).

Strategi RSI
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas