Minyak mentah US

Harga minyak sedang meningkat. Sasaran untuk membeli adalah di Target Zone 6 [65.43 – 65.09]. Semalam terdapat satu percubaan untuk mencapai zon ini tetapi beberapa pips sahaja lagi. Sokongan utama adalah di [61.27 – 60.93]. Jika harga dibetulkan dalam zon tersebut, saya mencadangkan untuk mencari pembelian mengikut corak.

Mari kita kaji local trend. Ianya sangat jelas bergerak ke atas. Gold Zone 2 [63.34 – 63.17] telah ditembusi semalam, oleh itu sasaran seterusnya adalah di Target Zone 3 [65.21 – 64.87].

Adalah lebih baik untuk mencari pembelian dalam trend dengan harga yang baik dalam pembetulan terhadap sokongan yang kuat. Zon sokongan kuat adalah di Additional Zone [63.82 – 63.73] dan Intermediary Zone [62.97 – 62.80].

Jualan menjadi relevan jika sokongan utama ditembusi dengan penyatuan di bawah sesi perdagangan US. Dalam kes ini, sasaran akan berada di bahagian bawah Target Zone.

 

Petua perdagangan minyak mentah US untuk hari ini:

  1. Beli mengikut corak daripada Additional Zone [63.82 – 63.73]. TakeProfit: Target Zone 3 [65.21 – 64.87]. StopLoss: mengikut syarat-syarat corak.
  2. Beli mengikut corak daripada Intermediary Zone [697 – 62.80]. TakeProfit: Target Zone 3 [65.21 – 64.87]. StopLoss: mengikut syarat-syarat corak.

XAUUSD – emas

Emas sedang dibetulkan selepas mencapai sasaran utama jual dan menembusi low 7 Mac. Walaubagaimanapun, trend jangka masa sederhana masih bergerak ke bawah, oleh itu cari posisi jual daripada sokongan kuat. Sasarannya adalah Target Zone 2 [1278.7 – 1275.3].

Semalam, harga telah dibetulkan dan menguji rintangan utama oleh downtrend jangka masa pendek, Intermediary Zone [1299.6 – 1297.9]. Sehinggalah zon tersebut ditembusi, menjadi relevan untuk mencari posisi jual dengan sasaran untuk menembusi low April. Jangkakan corak untuk menjual.

Jika IZ ditembusi dengan penyatuan di atas pada hari ini atau esok, trend jangka masa pendek akan reverse ke atas, dan sasaran untuk beli akan berada di bahagian atas Target Zone [1318.3 – 1314.9].

 

Petua perdagangan XAUUSD untuk hari ini:

Jual mengikut corak daripada Intermediary Zone [1299.6 – 1297.9]. TakeProfit: 1281.4. StopLoss: mengikut syarat-syarat corak.


EURUSD – euro ke dollar

Euro cuba untuk bangkit dari kejatuhan, memberi peluang menjual pada minggu yang lepas. Sehinggalah zon harga [1.1264 – 1.1183] tidak ditembusi, downtrend jangka masa sederhana tidak akan terbentuk.

Euro sedang didagangkan dalam trend jangka masa pendek. Harga euro ke dollar ketika ini sedang menghampiri rintangan utama Intermediary Zone [1.1285 – 1.1275]. Saya tidak mencadangkan untuk jual daripada zon tersebut, kerana terdapat corak beli 1-2-3.

Pada pendapat saya, seseorang harus tunggu dan lihat bagaimana pedagang bertindak balas di Intermediary Zone. Jika ianya tidak ditembusi dengan penyatuan di atas, menjadi relevan untuk beli, kerana trend akan reverse ke atas dalam kes ini. Sasaran akan berada di bahagian atas Target Zone [1.1386 – 1.1367].

 

Petua perdagangan EURUSD untuk hari ini:

Teruskan untuk memantau pasaran.

IZ - Intermediary Zone: bertanggungjawab terhadap reversing momentum harga.

TZ - Target Zone: satu zon yang 75% berkemungkinan untuk dicapai selepas penembusan IZ.

GZ - Gold Zone: zon dalam momentum jangka masa sederhana.

Kesemua zon dikira berdasarkan purata harga harian oleh instrument dan syarat-syarat margin untuk masa hadapan.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

 

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Analisis untuk minyak, emas dan EUR/USD pada 9.04.2019

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas