Ramalan untuk BTCUSD, BCHUSD, ETHUSD, EOSUSD

Analisis wave BTCUSD

Pasaran terus bergerak ke bawah dalam pembetulan wave menurun jangka masa panjang yang mengambil bentuk triple zigzag [W]-[X]-[Y]-[X]-[Z]. Ketika ini, bahagian terakhir zigzag [Z] sedang terbentuk. Zigzag [Z] terdiri daripada tiga bahagian. Impulse (A), pembetulan (B) dan impulse (C). Wave (B) sekarang hampir selesai, dan pasaran akan bergerak ke bawah dalam impulse (C) tidak lama lagi. Mari kita lihat susun atur dengan lebih mendalam, untuk mengenal pasti kemungkinan titik wave (B) apabila telah selesai.

Rajah tersebut menunjukkan susun atur pembetulan (B) yang mengambil bentuk zigzag A-B-C. Pada bahagian terakhir, pasaran sedang bergerak ke atas dalam impulse C. Hari ini dan beberapa hari kemudiannya, harga mungkin akan meningkat dalam wave (v). Selepas itu, pasaran akan reverse dan mula bergerak ke bawah sekali lagi. Posisi short menjadi relevan apabila impulse ke bawah pertama sedang terbentuk.


Analisis wave ETHUSD

Pasaran terus bergerak dalam downtrend jangka masa panjang. Pembetulan wave [X] sedang terbentuk; ia mengambil bentuk pembetulan mendatar. Selepas wave [X] selesai, pasaran dijangkakan akan menurun dalam wave baru berbentuk zigzag. Mari kita kaji struktur dalam pada bahagian terakhir dengan lebih lanjut, untuk mengesahkan jangkaan.

Rajah tersebut menunjukkan susun atur terperinci pembetulan wave [X] yang mengambil bentuk zigzag menaik. Pasaran sedang bergerak dalam impulse (C), di dalamnya terdapat satu pembetulan sideways 4 hampir selesai, yang mengambil bentuk segitiga sloped. Sepanjang minggu dagangan baru, bahagian terakhir pembetulan 4 dijangkakan akan selesai, diikuti dengan peningkatan dalam pasaran dengan impulse wave 5. Satu unjuran terhadap harga masa hadapan ETHUSD ditunjukkan dalam carta tersebut.


Analisis wave BCHUSD

Untuk BCHUSD, dalam pasaran seperti mata wang crypto yang lain sedang bergerak dalam wave jangka masa panjang. Pada bahagian terakhir, harga tersebut telah membentuk satu pembetulan sideways [X] yang hampir selesai. Pembentukan impulse (C) akan selesai tidak lama lagi, dan pasaran akan bergerak ke bawah dalam bahagian awal downtrend baru [Z]. Mari kita kaji bahagian terakhir tersebut dengan lebih mendalam.

Pasaran sedang bergerak ke atas dalam impulse wave (C) menaik, di mana ianya adalah bahagian terakhir pembetulan [X]. Ketika ini, terdapat pembentukan wave (5) oleh [c] yang mengambil bentuk impulse menaik. Selepas trend sideways pendek telah selesai, pasaran akan bergerak ke atas seperti yang ditunjukkan dalam carta. Walaubagaimanapun, momentum menaik akan tamat dalam beberapa hari. Pada akhir minggu tersebut, satu downtrend baru akan bermula. Apabila impulses menurun pertama sedang terbentuk, diikuti selepas wave (5) selesai, anda boleh memasukkan dagangan jual.


Analisis wave EOSUSD

Pasaran sedang bergerak ke bawah dalam wave menurun jangka masa panjang, mengambil bentuk triple zigzag. Pembetulan wave [X] hampir selesai, diikuti dengan pasaran menurun dalam zigzag [Z]. Mari kita lihat struktur [X] dalam carta H4.

Wave [X] adalah zigzag ke atas (A)-(B)-(C). Ketika ini, pasaran sedang bergerak ke atas dalam impulse (C), di mana wave 4 oleh (C) telah mengambil bentuk segitiga mendatar menumpu. Selepas segitiga ini selesai, pasaran sekali lagi akan bergerak dalam impulse wave 5 oleh (C). Wave 5 berkemungkinan untuk selesai dalam beberapa hari kemudian. Selepas itu, pasaran akan bergerak dalam downtrend baru. Apabila impulse menurun baru sedang terbentuk, anda boleh buka posisi short. Pergerakan ke bawah yang akan datang mungkin menjadi agak kuat.

 


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex
Analisis wave untuk mata wang crypto utama pada 02.04.2019

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas