Ramalan untuk BTCUSD, BCHUSD, ETHUSD, EOSUSD

Analisis wave BTCUSD

BTCUSD bergerak secara global downward corrective wave B yang berbentuk triple zigzag [W]-[X]-[Y]-[X]-[Z]. Zigzag [Z] sedang berkembang di dalam pasaran. Ianya terdiri daripada 3 bahagian yang ditandakan dengan huruf berwarna biru (A), (B) dan (C). Apabila wave (B) selesai, harga akan terus menurun. Mari analisis dengan keadaan lebih terperinci dalam Bitcoin bagi timeframe H4.

Satu ascending corrective wave (B), yang berbentuk zigzag A-B-C sedang meningkat. Bahagian kedua zigzag wave C sedang terbentuk. Apabila wave C selesai, harga BTCUSD akan terus meningkat ke level 4191. Descending wave B mungkin selesai pada level 3293, di mana harga akan meningkat dalam dorongan wave C. Pada level ini, wave B akan berbentuk zigzag dengan nisbah yang normal. Kesimpulannya, saya menjangkakan harga BTCUSD akan menurun kepada level 3293 pada hari pertama minggu dagangan: selain itu, trend bitcoin mungkin reverse dan mula meningkat kepada level 4191.


Analisis wave  ETHUSD

Bagi ETHUSD, bahagian terakhir global descending triple zigzag semakin meningkat. Terdapat kemungkinan pembentukan upward corrective wave [X] link, yang terdiri daripada 3 bahagian: (A), (B) dan (C). Selepas correction selesai, harga ETHUSD akan menurun dalam zigzag [Z] yang terakhir. Untuk melihat senario ini dengan lebih jelas, mari analisis dengan lebih terperinci dalam pasaran ETHUSD dengan timeframe yang lebih pendek

Wave pembetulan menaik [X] terus berkembang. Ia berbentuk zigzag biasa (A) - (B) - (C). Wave ke bawah (B) berkemungkinan besar akan selesai tidak lama lagi, diikuti oleh kenaikan harga ETHUSD dalam impulse baru ke atas (C). Trend ini mungkin reverse berhampiran level 99.29. Pada level ini, saiz pembetulan menurun (B) akan menjadi 76.4% daripada wave impulse yang terdahulu sebelumnya (A). Dalam zigzag, wave (B) selalu selesai pada level ini. Selepas wave (B) selesai, pasaran Ethereum boleh berkembang dalam wave impulse (C) ke level 181.95. Pada tahap ini, saiz wave (C) akan sama dengan wave (A), yang juga merupakan ciri zigzag biasa. Satu anggaran trajectory pergerakan akan datang BTCUSD yang mungkin bergerak dalam angka tersebut.


Analisis wave BCHUSD

Pasaran masih bergerak ke bawah, secara beransur-ansur menurun ke bahagian terakhir triple zigzag. Terdapat kemungkinan besar wave pembetulan ke atas dari link [X] yang berbentuk zigzag dan terdiri daripada tiga bahagian, ditandakan dengan huruf biru: (A), (B) dan (C). Mari lihat penanda yang lebih terperinci bahagian terakhir untuk menjelaskan senario itu.

Situasi ini sama dengan yang mata wang crypto utama yang lain. Pasaran sedang turun dengan (B) zigzag, yang terdiri daripada tiga bahagian: A, B dan C. Pergerakkan ke bawah C (B) akan selesai. Wave ini boleh selesai pada level 107.77, di mana saiz wave (B) akan menjadi Fibonacci level 76.4% pada peringkat upward impulse (A). Ini boleh diikuti oleh pertumbuhan pasaran dalam wave baru (C). Satu anggaran trajectory pergerakan BCHUSD yang mungkin berlaku pada minggu ini dalam angka itu.


Analisis wave EOSUSD

Pasaran sedang membentuk bahagian terakhir pembetulan trend ke bawah. Pada masa ini, wave [X] mungkin akan terbentuk, iaitu wave corrective link, menghubungkan wave [Y] dan [Z]. Oleh itu, selepas pembetulan [X] selesai, pasaran terus turun di bawah zigzag ke bawah [Z]. Mari kita analisis harga EOSUSD dengan lebih terperinci dalam timeframe H4.

Selepas selesai wave [Y], bahagian terakhir mengambil bentuk impulse, terdapat perkembangan impulse ke atas (A) dari [X], dan pembetulan kepadanya - (B) dari [X]. Apabila pembetulan menurun (B) turun secara keseluruhan tidak lama lagi, pasaran harus mula meningkat dengan impulse ke atas (C). Wave (B), mengikut keadaan pasaran semasa, boleh siap pada level 1.91, di mana wave dalaman (B), dan saiz wave (B) berbanding dengan wave (A) akan seimbang. Di samping itu, wave [a] dan [c], yang ditanda dengan hijau dalam angka, akan lebih kurang sama. Oleh itu, pasaran dijangka reverse dan mula berkembang pada level 1.91. Anggaran trajectory pergerakan akan datang EOSUSD yang mungkin bergerak dalam angka itu.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex
Analisis wave untuk matawang utama crypto bagi 28/01/2019

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas