Ransangan fiscal dan pemulihan ekonomi di China mendorong AUD/USD secara positif

Australian dollar sensitif terhadap pengumuman Reserve Bank mengenai dasar monetarinya yang bertujuan untuk menyokong pertumbuhan inflasi untuk mendorongnya ke tahap sasaran. Apabila pertumbuhan GDP bergerak dengan perlahan dari 4% pada separuh pertama tahun 2018 hinggalah 1% pada separuh kedua, dan harga pengguna berada jauh dari sasaran, kebanyakkannya akan memikirkan tentang penurunan harga tunai. Pasaran derivatif telah menjangkakan ia akan berlaku pada tahun ini dan menyokong satu atau dua dasar pengembangan monetari. 

AUD/USD menurun kira-kira 10% dari paras tertinggi tahun lepas. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mata wang tersebut menurun: penguatkuasaan kewangan Fed yang agresif pada tahun 2018, peperangan perdagangan, kemerosotan ekonomi China, kejatuhan indeks saham US pada suku keempat, dan, pada masa yang sama, permintaan domestik yang lemah di Australia. Ekonomi Australia berkembang pada kadar lebih rendah berbanding global, yang jelas dari pasaran saham. Walaupun ASX 200 telah menunjukkan prestasi suku tahunan yang terbaik dalam dekad yang lalu dan berjaya memaparkan permulaan yang mengagumkan dalam sejarah berdasarkan rekod sejak tahun 1992, kenaikan 9.5% tidak dapat dibandingkan dengan MSCI global, atau sebarang indeks saham lain. Sebagai contoh, Shanghai Composite telah menambah 24% dalam tempoh Januari-Mac.

Dinamik indeks dunia MSCI dan ASX 200

Sumber: Bloomberg.

Selain itu, keselamatan Australia kelihatan longgar dari sudut pandangan P/E (15.7), dan termasuklah potensi pertumbuhan keuntungan korporat. Malah, syarikat-syarikat, mengeksport bahan-bahan mentah ke luar negara, sebagai satu manfaat ketika penurunan nilai AUD berlaku dan peningkatan sentimen dalam pasaran komoditi. Sebagai contoh, ianya kelihatan jelas bahawa nilai mata wang Aussie begitu rendah, jika anda membandingkan dengan harga bijih besi, salah satu komponen utama eksport Australia, dan kadar AUD/USD.

Dinamik AUD/USD dan bijih besi

Sumber: Trading Economics

Perlu diingatkan bahawa faktor sebelum ini, penekanan aud terhadap us dollar ke bawah tidak lagi berfungsi. Fed telah bersedia untuk berhenti seketika dalam monetari normalization (derivatif CME masih bertaruh pada penurunan kadar Fed); pasaran saham US telah pulih dengan begitu cepat selepas kejatuhannya pada lewat 2019, China PMI pada bulan Mac menunjukkan bahawa ekonomi China bersedia untuk pemulihan berbentuk Vatau berbentuk U. Ini menggalakkan AUD untuk meningkat. Sekiranya kejatuhan Aussie masih berterusan, ia akan segera dilakukan.

Ianya luar biasa bahawa Australian dollar kelihatan seperti rakan mata wang Amerika. Sekiranya US dollar ditekan oleh Donald Trump, mengkritik Fed; dan Aussie ditekan oleh kerajaan. Pada saat pilihan raya, pihak berkuasa berminat dalam pertumbuhan GDP yang kukuh dan sentiasa memberi isyarat kepada RBA sebagai keperluan penurunan kadar tunai. Selain itu, kerelaan konservatif untuk memotong cukai sebanyak AU$13 bilion-AU$22 bilion dan mencapai belanjawan pertama sejak 1970 (kira-kira AU$4.8 bilion pada tahun 2019/2020) kelihatan seperti rangsangan fiskal besar-besaran di USA. Ini menunjukkan prospek jangka sederhana yang positif bagi Aussie, iaitu pada $0.72, $0.75 dan $0.76 dalam 3,6 dan 12 bulan.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga AUDUSD dalam mode real time

Aussie mengikut US dollar

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas