US dollar sudah mengetahui untuk masa yang lama bahawa Fed hanya mampu bergerak dalam satu arah

Dasar monetari Fed yang bergerak dalam dua hala memberi galakkan yang lebih baik terhadap EUR/USD, berbanding kerelaan Mario Draghi untuk menetapkan rangsangan tambahan terhadap kawasan euro. Minit mesyuarat FOMC pada bulan Mac menunjukkan bahawa pembuat dasar tersebut menetapkan syarat yang tinggi untuk meneruskan normalisasi monetari, dan berkemungkinan untuk mengekalkan kadar dana persekutuan pada 2.5%; tetapi mereka tetap melaksanakannya walaupun data ekonomi semakin teruk. Pasaran derivatif telah menandakan risiko pertumbuhan perkembangan kewangan Fed untuk masa yang lama, penjual US dollar hanya memerlukan pengesahan dari Fed. Dan mereka berjaya mendapatkannya.

Mereka yang sering memantau pasaran kewangan tahu bahawa derivatif CME adalah sejenis radikal, dan pegawai FOMC adalah konservatif. Kontrak derivatif telah meningkatkan peluang untuk sekatan monetari lebih lama sebelum Fed mengambil keputusan itu pada tahun 2015-2018. Pada masa pertemuan sebelum ini, peluang itu meningkat hampir ke 100%. Sehubungan ini, peningkatan dalam kebarangkalian terhadap kadar dana persekutuan di paras terkini pada akhir 2019 meningkat daripada 27% hingga 47% menyokong US dollar. Tidak akan wujud asap jika tiadanya api, dan penolakan Fed untuk menggambarkan dasar monetari sebagai jalan sehala membuatkan petunjuk itu menurun ke tahap 46% yang melemahkan US dollar.

Peluang terhadap perubahan dalam polisi Fed

  

Sumber: CME Group

Situasi tersebut telah didorong oleh data inflasi US yang lemah. Petunjuk tersebut meningkat sebanyak 0.15% M-o-M dan 2.04% Y-o-Y. Fed lebih risaukan terhadap inflasi U.S., dan gagal untuk melaksanakannya walaupun pekerjaan penuh telah dicadangkan di U.S.. Penurunan dalam GDP global, Brexit dan perang perdagangan adalah antara risiko luar.

Dinamik inflasi U.S.

Sumber: Bloomberg

Menurut Mario Draghi, ianya adalah ancaman U.S. untuk meningkatkan tarif import ke atas kereta-kereta Eropah yang menjadi alasan utama penurunan yang berterusan dalam pertumbuhan kawasan euro. LTRO merupakan barisan pertahanan yang pertama; ECB mempunyai banyak dasar monetari untuk menyokong penurunan kadar GDP.

Oleh itu, tindakan yang akan diambil oleh bank pusat utama menjadi jelas. Mereka, seperti yang dijangkakan, akan bergantung kepada data yang datang. Jika anda mengetepikan faktor-faktor perang perdagangan yang berpotensi di antara U.S. dan EU, Brexit dan ketegangan perdagangan US-China meningkat, maka pemulihan ekonomi China dan US sepanjang tahun ini harus menyokong kenaikan kadar EURUSD . Dengan senario ini, GDP global akan meningkat, memberi kesan positif kepada eksport Eropah. Euro berkemungkinan akan meningkat sehingga $1.15- $1.16 dalam masa 3-6 bulan dan mencapai $1.18- $1.19 menjelang akhir tahun. Malangnya, dasar perlindungan Donald Trump akan merosakkan semua rancangan. Perang perdagangan, akan mengakibatkan permintaan lebih tinggi di kawasan yang selamat, dan memberi tekanan kepada kadar EURUSD untuk ke bawah.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Dollar melanggar undang-undang trafik

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas