Washington telah menjumpai punca perang perdagangan dengan Brussels

Jika Donald Trump mahu melemahkan dolar, dia harus melupakan dasar perlindungan. Peningkatan dalam ketegangan perdagangan meningkatkan permintaan terhadap keselamatan aset, termasuklah U.S. dollar. Dalam hubungan ini, terdapat paradoks lain dari White House. Washington telah mengumumkan bahawa U.S. akan memperkenalkan tarif ke atas import EU bernilai $11 bilion sebagai tindak balas kepada subsidi Airbus, diwujudkan supaya syarikat Eropah mempunyai kelebihan berdaya saing berbanding Boing. Senarai hitam termasuk bukan sahaja pesawat, yang dihasilkan di Perancis, Sepanyol, German dan UK, tetapi juga produk pertanian, termasuk keju dan arak.

Apabila kenaikan EURUSD telah memberi harapan terhadap pemulihan uptrend, Donald Trump mengecewakan mereka sekali lagi. Berdasarkan penurunan dalam pertumbuhan GDP kawasan euro dan cabaran ekspot Jerman, spekulator telah meningkatkan kedudukan jualan bersih euro mereka ke paras tertinggi sejak 2016. Menurut Goldman Sachs, ianya berjumlah kira-kira $13.9 bilion. Walaubagaimanapun, Bloomberg menyatakan penurunan dalam pengeluaran industri German adalah pembetulan biasa dalam uptrend berterusan; dan peningkatan PMI di kawasan euro dan China adalah tanda bahawa ekonomi zon Euro akan mula pulih atau berhenti menyusut tidak lama lagi. Dan, muncullah! Pusingan peperangan perdagangan yang baru!

Dinamik posisi bersih euro dan indeks kejutan ekonomi zon Euro

Sumber: Reuters

Dinamik Pengeluaran German

Sumber: Bloomberg

Ya, US mendakwa tarif akan dikenakan jika WTO mengakui subsidi Airbus tidak sah. Walaubagaimanapun, tiada sesiapa yang akan meragui bahawa Donald Trump akan terus maju. Dia tidak terkesan terhadap fakta bahawa kes oleh European Unian masih dipertimbangkan di mahkamah perdagangan, di mana telah mendapati bahawa bulan lalu kira-kira $325 juta subsidi yang ditawarkan oleh Washington State kepada Boeing adalah tidak sah. Ketegangan perdagangan bersama dengan pilihan raya Parlimen memburukkan persekitaran politik di kawasan euro, yang sudah pun rumit kerana Brexit.

Kenaikan EURUSD masih boleh bertaruh ke atas China. Pemulihan ekonomi China akan meningkatkan permintaan asing dan menyokong eksport German. Sebaliknya, kos pinjaman U.S. masih berada pada kadar yang rendah, dasar fiskal yang merangsang, dan pasaran pekerja yang kukuh. Ini adalah penyebab pertumbuhan GDP U.S. yang kukuh pada tempoh Q2- Q4. Oleh itu, euro mungkin menurun ke arah $1.1 jika sokongan di $1.118 - $1.12 telah ditembusi. Walaubagaimanapun, seseorang mungkin boleh bersifat optimistik dan berharap perang perdagangan akan berakhir dan pemulihan pertumbuhan kawasan euro akan mengambil tempat. Dalam kes ini, peningkatan dalam kadar usd eur akan mendorong kepada penyatuan di antara 1,12-1,15.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Euro menerima tanda hitam

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas