Analisis BTCUSD: pasaran diambang fasa baru

Berikut telah digunakan dalam penerbitan ini: analisis grafik, analisis trend, analisis candlestick Jepun, analisis frontal volume, level Gann.

Rakan – rakan sekalian,

Disini adalah ramalan mengenai pasangan BTCUSD. Minggu lepas, tiada berita yang penting yang mampu memberi kesan kepada dinamik pasaran. Untuk berlaku adil, penurunan dibawah 6000 USD tidak disebabkan oleh fundamental juga, oleh itu kepulangan Bitcoin ke arah level rintangan sebelumnya mungkin telah dianggarkan tanpa sebarang sebab. Saya berfikir bahawa salah satu sebab adalah pengesahan Bloomberg bahawa Tether memang disokong oleh matawang pada akhir Januari 2018. Walaupun Bloomberg bukanlah auditor dan maklumat ini mungkin salah. Namun, berita ini sangat positif dalam semua arah.

Jika masih ingat kejatuhan yang bermula pada akhir 2017 dan bertukar kepada trend menurun? Kepada mereka yang mungkin terlupa: kejatuhan adalah disebabkan spekulasi ditengah khabar angin mengenai penipuan Tether. Pada masa itu, Tether mempunyai masalah dengan auditor dan hubungan diantara Tether dan Bitfinex dibongkarkan. Ideanya adalah isu Tether tanpa sokongan mana mana untuk menaikkan Bitcoin telah menjadi aksiom yang tidak memerlukan bukti.

Jadi, sekiranya Bloomberg tidak menipu, sebab kejatuhan tersebut hanyalah satu penipuan semata mata. Ia menjadi bukti bahawa keseluruhan pasaran matawang crypto telah menjadi tebusan kepada pemutarbelit yang menjumpai butang panas dan segera menekannya pada masa yang tepat. Sebagai kesannya, kejatuhan yang kita lihat sekarang adalah tidak bersebab dan keseluruhan pasaran crypto terlihat seperti oversold dan adalah menarik buat pelabur.

Sebaliknya, jika kita menganggarkan Bloomber menipu dan Tether tidak disokong, ia bermakna paus mungkin ingin menghentikan pasaran menurun itu.

Carta M1 menunjukkan pembelian Bitcoin semakin membesar dan kerap ditengah kebanyakannya dalam jumlah dagangan yang kecil. Umumnya, kita boleh simpulkan bahawa manipulator telah membeli secukupnya dan sekarang telah melindungi posisinya, cuba untuk menghentikan correction dan menukar arah pasaran dengan pembelian seperti itu.

Untuk memahami jika pasaran akan mampu untuk bertukar arah, mari kita lakukan sedikit analisis teknikal.

Analisis teknikal BTCUSD

Pertama, tengok analisis sebelumnya.

Saya mensasarkan formasi penurunan dengan breakout yang akan datang dalam carta H4 diatas. Convergence bullish telah hilang untuk naik, itulah sebabnya mengapa kejatuhan dan retest didasar dapat diramal.

Seperti yang telah dibuktikan dalam sejarah, idea tersebut mengenai sasaran dengan tepat.

Ticker Bitcoin telah dikemaskini pada low 3122 USD, lalu membentuk convergence yang telah melengkapkan corak perubahan arah pada TF D1. Selepas itu, breakout tidak membuat kita menunggu.

Ticker telah hampir mencecah paras 4000 USD! Apakah yang akan berlaku kepada Bitcoin selepas ini?

Seperti yang kita dapat lihat dalam carta diatas, level Gann adalah pada 3928 USD sangat tepat. Pada level mingguan (20 Disember, 7 pm UTC+3) semakin merapat.

Apa lagi, menurut kalendar solar, soltis akan tiba pada 21 Disember, dan ianya adalah sebab untuk mengira balik level global untuk ramalan masa hadapan. Perubahan fasa solar bermaksud fasa baru perkembangan pasarna yang boleh meletakkan penamat kepada trend bearsih dan mulakan dengan rata. Dengan garis yang dikelilingi oleh banyak level mingguan Gann, kita kemungkinan akan melihat peningkatan volatiliti dengan percubaan untuk melebihi level 4000 USD.

Walaubagaimanapun, pengumpulan level harga Gann membuat kita terfikir bahawa peningkatan ini akan tersekat pada zon rintangan terdekat iaitu sekitar 4100 – 4300 USD dan pergerakan seterusnya adalah sangat mustahil tanpa correction.

Mari kita lihat fasa solar sekali lagi

Dalam carta diatas, saya telah tandakan sempadan fasa solar dalam biru. Seperti yang dapat kita lihat, setiap bahagian menandakan perbezaan keadaan pasaran yang istimewa berbeza daripada yang sebelumnya. Fasa ini membantu untuk menjejak kitaran hidup trend naik dan turun. Pasa terakhir diantara 23 Sep dan 21 Dis ditanda dengan kejatuhan yang kuat dalam bahagian kedua. Sebagai kesannya, kita tidak harus mengharap yang sama pada fasa seterusnya. Kita lihat trend bergerak secara lembut dari satu fasa ke fasa yang lain, oleh itu kita tidak seharusnya berharap perkembangan pada fasa seterusnya. Kemungkinan, fasa solar seterusnya akan mencerminkan kejatuhan dengan perlahan ke dasar atau perkembangan pergerakan sideways dengan julat yang sederhana dalam 3000 – 5000 USD.

Menggunakan sudut Gann dan grid Gann, saya menunjukkan satu  senario yang mungkin terjadi dalam carta diatas. Kita akan memahami sekiranya pasaran bergerak samada keatas atau kebawah setelah kita melakukan analisis teknikal.

Mari kita lihat carta mingguan. Walaupun candle terakhir tidak tertutup, ia menghasilkan isyarat bullish continuation dari bullish correction untuk menstabilkan breakout candle sebelumnya. Sekiranya continuation bersambung dan memecah candle semasa pada paras 4115USD dan tidak jatuh melebihi 3700 USD.

Sekiranya ini adalah situasi kesnya, equilateral doji  Disember akan muncul pada carta M1. Ia akan mengizinkan kita untuk mengira perkembangan Januari ke sasaran 5700 USD, dimana ditengahnnya paras Keltner akan menunggu kita.

Carta D1 tidak menyediakan isyarat penurunan. Ticker menyentuh sempadan atas channel Keltner dan secara logiknya retracement akan mengikuti selepasnya. Oscillator tidak meramalkan kejatahuan dalam mana mana TF, oleh itu sekiranya correction penurunan, jika ia berlaku, akan sangat susah untuk melebihi paras 3378 USD. Sekiranya ia berlaku seperti ini, pasaran akan mencari cagaran baru dan kita akan lihat maksimum yang akan diuji pada minggu hadapan, pertama 4115 dan kemudian 4409 USD.

Mengaplikasikan senario kepada paras Gann dan tarikh dari net Gann, kita mempunyai senario optimistik dalam carta diatas. Ia mengizinkan kita untuk berharap pembelian tambahan sekitar 3300 – 3400 dan menetapkan keuntungan sekitar 4100 – 4300 USD.

Ini adalah ramalan global saya untuk BTCUSD pada masa terdekat. Silakan membaca ramalan saya mengenai kadar Bitcoin dan untuk matawang crypto lain dalam trader blog. Kami akan mengikuti perkembangan Bitcoin dan pasaran matawang crypto. Saya berharap analisis Bitcoin in berguna untuk anda.

Selamat sejahtera,

Michael @Hyipov


PS. Jika anda bersetuju dengan pandangan saya, tulis “+” dalam ruangan komen. Jika anda tidak bersetuju, tuliskan “-“. Jika anda suka dengan posting ini, tulis terima kasih dan jangan lupa untuk share posting ini yer.

Teruskan mengikuti perkembangan berita matawang crypto terbaru di blog.

Link berguna:

  • Saya mencadangkan anda berdagang dengan broker yang betul disini. Sistem ini akan membolehkan anda untuk berdagang sendiri atau salin pedagang yang sudah berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel telegram dengan analisis yang berkualiti tinggi. Segala galanya berkaitan ulasan forex, aktikel latihan untuk pedagang ada disini http://t.me/liteforex.

 

Kemaskini mengenai ramalan Bitcoin dalam minggu terdekat

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas