Impian Donald Trumps hanya tinggal impian

Tidak mengapa jika anda diketawakan. Ianya lebih teruk apabila mereka meratapi anda. Apabila Fed telah mengubah pendapatnya, mereka yang membeli USD dianggap sebagai tidak waras. Pemberhentian seketika proses normalisasi bukanlah satu perkara yang serius; perkara yang lebih teruk belum lagi tiba apabila peluang untuk mengurangkan dana persekutuan akan tiba meningkat secara mendadak! Ekonomi US semakin lemah, ransangan fiscal kepenatan, dan dollar US tidak lagi seperti dahulu. US dan China akan mengatur satu perjanjian dan zon euro akan meningkat. Walaubagaimanapun, pada bulan Mac peluang tersebut meningkat, US GDP kehilangan kekuatannya dan peperangan perdagangan hampir tamat. Tetapi dollar tidak akan terjejas. Ianya akan terus meningkat. Walaupun terdapat undang-undang analisis asas.

Ianya agak luar biasa untuk memerhatikan penilaian semula mata wang di mana negara yang mencetaknya hampir mengalami kemelesetan ekonomi. Buat pertama kalinya sejak tahun 2007 hasil US berada dalam zon merah. Petunjuk tersebut menjangkakan kesemua kemelesetan dengan tepatnya sejak tahun 1975. Walaubagaimanapun, FOMC cuba untuk memujuk pelabur bahawa kemelesetan tersebut masih terkawal. Mereka berkata, syarat-syaratnya telah berubah dan pertumbuhan ekonomi dengan kadar pasaran rendah dalam sejarah. Apakah yang dimaksudkan dengan “penyongsangan”? Adakah ianya bertukar dari merah dan meningkat kembali? Adakah ia membawa sebarang maksud? Jika ianya berada dalam zon merah selama 2 bulan, pastinya ia membawa makna sesuatu.

Mereka berpendapat bahawa di Forex, Fed telah menjadi tebusan terhadap sentiment pasaran. Pertama sekali, Jerome Powell cuba menaikkan bears dalam indeks saham, bercakap mengenai kelonggaran dan kesabaran pengawal selia. Sekarang, pihak Fed sedang mengikuti jejak langkahnya, menerangkan mengapa seseorang tidak perlu takut terhadap penyongsangan hasil tersebut. Jika kita lihat peristiwa baru-baru ini, kita akan memahami mengapa pandangan Fed tidak berbeza dengan pendapat Donald Trump semalam. Presiden US tidak rela untuk menaikkan kadar dan mengikuti pasaran saham dengan teliti. Dan siapa yang akan berani mengatakan Fed menjadi bebas selepas itu?

Presiden US tidak mungkin memecat pengerusi Fed yang tidak disukainya, tetapi beliau boleh membuatkan kehidupan pegerusi tersebut menjadi rumit. Sebagai contoh, dengan membawa seseorang masuk ke dalam FOMC dan bercakap secara terang-terangan mengenai Jerome Powell perlu meletakkan jawatan. Dialah orangnya – Stephen Moore, seperti yang anda teka, - tidak menganggap dirinya sebagai pengampu. Tetapi dia tidak pernah melakukan sesuatu yang luar biasa sebelum ini. Lebih-lebih lagi, dia masih mempunyai hutang cukai. Dan dia secara terang-terangan mengatakan penolakan Trump terhadap Fed adalah relevan. Dia patut berhenti dari terus melakukannya. Dengan menunjukkan nilai anda, anda meningkatkan risiko diri anda untuk dijual, bukan dibeli.

Malangnya! Impian Presiden US untuk melihat kejatuhan dollar tidak menjadi kenyataan. Begitu juga dengan pertumbuhan “burung merpati” dalam FOMC dan kelemahan GDP tidak membantu sama sekali. US dollar masih berkembang walaupun banyak perkata telah terjadi. Filem seram menyenangkan reality dalam zon euro. Ramalan German kelihatan sangat suram kerana situasi semasa tidak begitu teruk. Ramai yang berpendapat bahawa bahagian bawah telah pun dicapai dan kedua-dua ekonomi dan euro akan meningkat tidak lama lagi. Dan ransangan monetari ECB berskala besar akhirnya dirasakan sendiri.  Namun begitu, kehidupan tidak boleh diramal.

- Doktor, bagaimana operasi tersebut?

- Saya bukan seorang doktor, saya seorang penyokong idea Peter!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

  

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Dollar tidak menyebelahi sesiapa

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas