Presiden US mempengaruhi bank pusat dengan perhatiannya yang berlebihan terhadap pasaran kewangan

Ia tidak mengambil masa yang lama! Ketika bertanding untuk jawatan Presiden pada tahun 2016, Donal Trump menyatakan keupayaanya untuk meningkatkan ekonomi US sehingga 3%, tetapi hanya mencapai +2.9% pada saat yang terbaik apabila stimulus fiscal berada di tahap yang tertinggi. Keberkesanan pembaharuan cukai akan menurun secara perlahan. Oleh itu ramalan White House’s terhadap pertumbuhan 3% GDP pada tahun 2019 kelihatan aneh ketika situasi seperti di atas sedang berlaku. Hey rakyat America, jangan mengharapkan seseorang untuk membuatkan anda gembira! Carilah kebahagiaan sendiri! 

Tidak semua yang menyukai Trump. Tidak kira sebelum dan selepas pilihan raya. Sebenarnya, dia tidak perlu disayangi oleh semua orang. Tidak semua orang menunjukkan rasa yang baik. Walaubagaimanapun, pedagang menyukai beliau sebagai presiden US yang berminat dalam pasaran kewangan. Mereka memerhatikan beliau cuba untuk mengubah dunia dengan perasaan curiga. Tiada siapa pun yang akan memberitahunya: Donald, jangan menyerang lelaki Cina dengan penyodok atau anda akan berpeluh dan jatuh sakit. Presiden tersebut membuat keputusan bebas dalam kes-kes ini. Kebiasaanya sebatang kayu digunakan. China lupa waktu dahulu masih wujudnya lobak.

Di bawah pemerinatahan George Bush atau Barack Obama, Beijing dengan mudahnya memperoleh perbualan seperti berikut:

- Mari bertemu pada pukul 7 di taman.

- Bagaimana saya hendak mengenal pasti itu anda?

- Saya tidak akan datang.

China boleh menjanjikan bulan dan bintang dan tidak menepati janji, tetapi semua obligasi perlu disahkan sekarang. Jika anda bercakap tentang pemansuhan faedah bagi perusahaan milik negara, sila nyatakan syarikat dan jumlahnya. Jika anda bersetuju dengan kestabilan yuan, nyatakan mekanisma tersebut. China tidak mengambil risiko terhadap tindak balas kepada US seperti

“Jangan bercakap dengan saya seolah-olah anda mempunyai perancangan yang lebih baik”.

Tetapi lihat tindak balas pasaran terhadap peningkatan konflik perdagangan terkemuka di dunia! Indeks saham meningkat dengan kadar yang laju. Walaubagaimanapun, keseronokan akan pudar juga. Donald Trump sendiri sudah mula sedar apakah persamaan yang terdapat di antara pasaran saham dan bubble. Kenyataan beliau mengenai perjanjian dengan China mungkin gagal pada bila-bila masa menurunkan pasaran S&P 500 dan peminat aset berisiko secara umum. Presiden hanya menggosok tangannya dengan bahagia melihat pasaran bertindak balas terhadap tweet beliau. Beliau berkata, harga minyak terlalu tinggi, dan emas hitam terus menurun. Beliau meragui bahawa perjanjian dengan China akan selesai, pasaran saham akan terus menurun.

Perkara yang paling menarik adalah Trump mempengaruhi Fed dengan perhatiannya terhadap indeks saham. Oleh itu, Jerome Powell terpaksa memberi komen terhadap kebergantungan keputusan Fed mengenai pasaran kewangan. Dia berkata, Fed tidak mampu menutup mata terhadap turun naik harga dan situasi kewangan! Selagi kesemuanya tenang dan diam, Fed akan terus berdiam diri. Atau tidur, jika mereka menginginkannya. Sehinggalah pasaran menyebut: “Pesakit, bangun! Tiba masanya untuk mengabil hipnosis…” Harap bersabar, puan-puan dan tuan-tuan! Pertunjukan utama berada di hadapan!  


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Fed kepada Trump: satu teladan buruk dipamerkan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas