Dolar, pound, dan euro bertindakbalas dengan kompromi dengan cara yang berbeza

Perkara yang terjadi dalam Forex pada penghujung musim bunga menunjukkan perbezaan diantara jangkaan dan realiti. Presiden AS dan China belum bersetuju ke atas apa apa lagi tapi Yuan merasa dalam keadaan yang baik. London dan Brussels, sebaliknya telah mencapai persetujuan setelah berbulan bulan perbincangan berlalu tapi pound masih lagi sakit tenat. Kadang kala kelihatan bahawa berdiam diri adalah cara yang terbaik. EU kelihatan setuju dengannya. EU memberi Itali terma selama 3 minggu untuk melakar bajet baru. Rome masih tidak mengangkat jari, Brussel mendiamkan diri, EUR/USD sedang meningkat naik. Semuanya dalam taman adalah berduri, betul?

China mempunyai dua masalah. Kuantiti dan kualiti. Semakin AS cuba untuk menjerut China dengan duti import, semakin cepat imbangan negatif perdagangan luar negara AS meningkat. Trump melemparkan pukat jaring ke dalam laut China sebanyak tiga kali, tidak berhasil. Syarikat AS mengikut prinsip “sekiranya ia menjadi semakin teruk” dan membeli produk China lebih aktif dari sebelumnya. Mengapa tidak: pelanggan dalam kemarahan sementara ekonomi AS menunjukkan pencapaian yang terbaik dalam masa 6-bulan selama beberapa dekad sebelumnya. Menurut bahan bahan daripada surat khabar Amerika dan China, boleh kita rangkulkan bahawa orang yang anda paling suka bertelagah ialah mereka yang paling menyerupai anda. Kedua dua pihak adalah kelihatan seperti pembengis yang melanggar prinsip perdagangan bebas.

Forex: kadang kala diam adalah lebih baik daripada bercakap

Untuk Great Britain pula, mereka diambang kekacauan. Theresa May akhirnya berjaya menang ke atas EU setelah berbulan bulan rundingan dijalankan, tapi ternyata dia masuk kedalam sangkar pemangsa tempatan. Menteri meletak jawatan beramai ramai, membuat akuan bahawa Perdana Menteri telah dikawal oleh Brussel, kekacauan telah berlaku di Parlimen dan ahli parti konservatif telah memfailkan ketidakkepercayaan terhadap Ketua Kabinet. Dalam kata lain, untuk menanggalkan kepala perempuan tersebut.

- Doktor, jerung telah menggigit lengan saya sampai putus!

- Ya, mereka boleh buat begitu.

Forex: kadang kala diam adalah lebih baik daripada bercakap

Sementara England memilih diantara memesan Brexit, memilih Pilihanraya​, dan memorandum baru ke atas keahlian EU, pound menjadi panas dan sejuk. Matawang British telah sama sekali lupa bahawa statistik makroekonomi dan telah bertindak hanya keatas khabar angin dalam akhbar semata mata. Tapi kita semua tahu bahawa akhbar adalah yang pertama akan menipu dan yang kedua akan mengatakan tentang kebenaran.

Jika pound menjadi panas dan sejuk membuatkan kita menggenggam kepala kita, penyatuan Euro akan menyebabkan ketajaman risiko politik – masing masing angkat bahu. Kesepian Brussel adalah disebabkan ketiadaan pelan B mengingatkannya bahawa, “apabila aku menipu, aku akan kelihatan lebih kurus. Jadi aku perlu menipu lagi”. Ianya adalah sangat jelas bahawa EU terlalu sibuk. Mereka perlu melihat Great Britain dan menangkis serangan Trump dan syarikat syarikat yang mengugut untuk menaikkan duti import ke atas kereta europe. Kemungkinan, Brussel tidak memahami bagaimana Itali berani untuk melawan. Adakah mereka mabuk?

Forex: kadang kala diam adalah lebih baik daripada bercakap

Jadi bagaimanakah pelabur yang rasional ingin bertahan dalam air yang tersangat gelap ini? Mereka yang sudah terbiasa menganalisis statistik ekonomi, meramal tindakan central bank dan berdasarkan strategi dagangan mereka ke atas maklumat maklumat tersebut? Sudah tiba masanay mereka meninggalkan zone selesa mereka. Hanya dengan itu mereka akan mencapai kemajuan.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Forex: kadang kala diam adalah lebih baik daripada bercakap

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas