Tidak semua orang boleh faham cara pound bergerak

Jika anda bersetuju dengan diri sendiri, ia dipanggil “egoism”, jika tidak, skizofrenia. Parlimen British kelihatan tidak tentu arah selama beberapa minggu yang lalu: ia mendorong negara itu ke kemelesetan dan Theresa May – ke Brussels. Untuk menolak beberapa pilihan dari EU yang mereka tidak mahu memberi.

Namun, May tiada pilihan lain – dia berada dalam keadaan dilema. London mengimpikan kesejahteraan. Tanpa Brussels. Brussels tidak faham kenapa London perlu diberi layanan istimewa. Dan apa yang perlu PM British lakukan dalam keadaan tersebut? Apabila terlalu awal untuknya bersara tetapi lewat untuk bersiar-siar.

Akhirnya, egoism berjaya mengalahkan skizofrenia dan ahli-ahli parlimen mengundi terhadap Brexit tanpa perjanjian dan kemudian menangguhkan Brexit melepasi 29 Mac. Dalam erti kata lain, mereka menggunakan Article 50 Lisbon Treaty untuk membuat keputusan itu. 

Rakyat British tidak mahu melihat ke masa depan: kenapa mereka perlu kecewa sekali lagi? Akhirnya, semua mungkin perlu mengundi semula. Dan jika ramai yang tidak berani mengatakan “tidak” kepada Brexit pada 2016, situasi ini mungkin akan berakhir dengan cara yang berbeza 3 tahun kemudian. Sebenarmya, lagi mudah untuk katakan “tidak”. Hanya perlu fikir tentang diri sendiri dan pasangan anda.

Jangan takut untuk gagal, tetapi takutlah dengan tidak mencuba. Pound mengabaikan ekonomi dan hanya bertindak balas terhadap debat parlimen. Berjaya! Pound menyukainya. Tidak kira kenaikan GDP hanya sebanyak 0.2% dan Bank of England akan mengabaikan kenaikan kadar repo walaupun dibawah Brexit. Adegan politik memang penting! Britain semakin miskin, tetapi perut yang lapar baik untuk bermimpi, bukan berfikir.

London akan menjadi pusat kewangan dunia tanpa EU!

Kita akan mulakan hidup baru!

​Pemisahan daripada EU sekiranya impian tidak dapat diteruskan dalam realiti. Dan pada akhirnya, jika anda ingin menggandakan wang anda, hanya letakkan didepan cermin. 

Bagaimanapun, perkara yang paling penting adalah cekal. Situasi yang selebihnya dapat diatasi. Dinamik GDP yang stagnan dan politik British juga dapat ditangani. Rakyat British mengutuk diri mereka dengan ketidakpastian dan negara mereka mengingatkan haiwan yang baru lahir:

- Comelnya kucing ini? Adakah ia jantan atau betina? 

- Ia akan tentukan sendiri setelah ia dewasa

Pilihan pelabur yang menggunakan pound tidak kelihatan sukar. Selain itu, London melangkah pergi dari Brexit dan GBP/USD tidak dijangka akan jatuh ke 1.15. selain itu juga, ketidakpastian masih ada, ekonomi tidak dapat pulih, dan pound berkembang pesat. Ini mengingatkan pada logik wanita. Dan logik wanita menjadikan lelaki gila.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga GBPUSD dalam mode real time

Pound and female logic

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas