Pengaruh dasar kewangan terhadap kadar pertukaran

Pedagang yang baru mula belajar analisis asas perlu tahu peranan utama dalam pembentukan kadar pertukaran Forex dimainkan oleh bank pusat. Walaupun mereka tidak membeli ataupon menjual matawang, keputusan mereka membenarkan pelabur, termasuk bank-bank utama dan dana terhad, menentukan arah dan berapa pantas kadar bergerak. Jika mereka tahu jawapan untuk soalan-soalan ini, mereka boleh melabur dalam pelaburan selamat atau aset berisiko dan membentuk portfolio yang sangat produktif.

Memandangkan dagangan utama Forex berkait dengan pasangan dolar, ia boleh difahami kenapa pasaran sangat reaktif terhadap kenyataan Fed, kenyataan susulan, dan minit FOMC yang sering menjadi peristiwa utama mingguan. Pemain penting cuba untuk memahami bank terkemuka dunia untuk mengetahui di mana mereka patut melabur wang mereka. Dalam hal ini, percubaan Fed untuk mengubah pendekatan terhadap sasaran inflasi (pengurusan) mesti menarik perhatian kedua-dua pelabur lama dan baru Forex dalam analisis fundamental.

Apa sahaja aktiviti bank pusat bertujuan untuk memastikan kestabilan harga. Inflasi 2% dianggap optimum untuk ekonomi. Pertumbuhan harga yang cepat merendahkan kuasa membeli penduduk, manakala pertumbuhan yang lebih perlahan meningkatkan simpanan dan mengehadkan potensi pertumbuhan KDNK. Untuk mencapai sasaran 2%, bank pusat harus merangsang ekonomi dengan merendahkan kadar melalui QE, LTRO dan program lain, atau sebaliknya mengetatkan dasar kewangan.

Sebagai satu peraturan, apabila ekonomi berada di bahagian atas perkembangannya, permintaan domestik yang kukuh akan mendorong inflasi melebihi 2%. Ini akan membuatkan bank pusat menaikkan kadar, meningkatkan kos pinjaman dan menyumbang kepada pembetulan indeks saham. Akhirnya, ia akan mengakibatkan kemelesetan ekonomi. Itulah sebabnya bank-bank pusat ini dianggap membentuk kitaran ekonomi. Pengesahan terbaik adalah kejatuhan yield curve ke zon merah. Penunjuk ini telah menjangkakan kemelesetan ekonomi berkali-kali dan dinamiknya mencerminkan pandangan Fed. Perbezaan antara bon 10 tahun dan 2 tahun US hanya satu langkah dari inversion dan Fed harus berhati-hati. 

Dinamik yield curve

Sumber: Bloomberg.

 

Niat Jerome Powell and pasukannya untuk menyemak pendekatan pengurusan inflasi berkait dengan hasrat untuk memanjangkan ekonomi US yang baik, iaitu kitaran ekonomi semasa.  Central Bank mengakui inflasi 2% dengan syarat KDNK berkembang dengan mantap. Sebaliknya, perbelanjaan penggunaan peribadi mungkin berada bawah sasaran di bawah dinamik minggu. Dengan erti kata lain, Fed bersedia untuk mensasarkan nilai inflasi purata dan bukannya nilai khususnya. 

Dinamik inflasi US

Sumber: Wall Street Journal.

Ia mampu mengelakkan daripada menaikkan kadar dana persekutuan sekiranya PCE meningkat kepada 2.5%-3% memandangkan nilai purata akan lebih rendah dalam kitaran ekonomi. Pada masa yang sama, terdapat risiko yang lebih rendah dari Fed yang mengakibatkan ekonomi US meleset.                                     

Sekiranya Washington mengamalkan pendekatan pengurusan inflasi ini, penyelesaian kitaran normalisasi semasa akan menamatkan pertumbuhan dolar. Sekatan kewangan adalah trump utama bagi mana-mana matawang. Dinamik masa depan pasangan dolar bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh pesaing Fed.   


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Adakah Fed akan mengubah strategi?

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas