Peraturan ketika memfailkan adual terhadap broker kepada pihak pengawal selia (regulator)

Memfailkan aduan terhadap broker kepada CySEC, FCA, ASIC dan IFSC; Alasan memfailkan aduan, peraturan ketika memfailkan aduan kepada pihak regulator dan ombudsman

Regulator ialah pihak tertinggi yang boleh menyelesaikan persengketaan diantara pedagang dan broker. Regulator tidak menyiasat tuntutan persendirian dalam kebanyakan kes, dan menghantar pedagang terus kepada ombudsman. Walaubagaimanapun, setiap tuntutan yang dihantar boleh mengurangkan atau menghapuskan broker yang jahat ini. Apakah yang anda akan pelajari dalam artikel ini Apakah kes yang sesuai dan masuk akal untuk dibuat aduan? Apakah perbezaan diantara regulator European dan luar negara? Bagaimanakah cara yang betul untuk menghantar aduan kepada CySEC, FCA, ASIC, dan IFSC? Apakah peluang untuk memenangi kes ini?

Apakah yang perlu saya lakukan jika broker menganiaya saya?

Bagaimanakah caranya untuk memfailkan aduan kepada regulator terhadap broker

Kebanyakan broker adalah dilesenkan oleh regulator dimana kuasa jurisdiksi adalah berkait dengan pejabat utama broker tersebut. Terdapat broker yang dilesenkan oleh beberapa regulator, tapi dengan merujuk kepada pengalaman lampau, ini telah membantu pedagang. Mari kita ingat kemuflisan terkenal tahun tahun sebelumnya : WorldSpreads, MF Global, MMCIS, Panteon Finance – dalam semua kes ini, regulator adalah tidak berkuasa, tapi bukannya langsung tidak berguna. Aduan secara besar besaran oleh para pedagang menghalang kehilangan modal daripada broker yang disahkan muflis, dan mendapatkan separuh dari jumlah wang tersebut. Ianya adalah lebih bagus daripada tidak mendapatkann apa apa. Bacalah mengenai apa yang perlu untuk mempelajari kes yang manakah yang anda dapat adukan kepada regulator, bagaimana cara untuk menghantar aduan secara betul, apa yang anda akan dapat (sebagai contoh menggunakan CySEC (Cyprus), FCA (Great Britain), ASIC (Australia), dan IFSC (Belize)).

Aduan terhadap broker : sebab, matlamat, peraturan penyerahan

Pertama, kita perlu menentukan beberapa perkara:

  • Sebarang cubaan untuk menyelesaikan persengketaan dengan broker perlulah dimulakan dengan menghubungi servis bantuan broker. Tiada regulator yang akan menerima tuntutan jika pedagang tidak cuba untuk menyelesaikan persengketaan dengan broker terlebih dahulu. Selepas itu barulah broker akan memberikan jawapan secara rasmi dan persengketaan tersebut tidak selesai, pedagang boleh mengadu kepada regulator berdasarkan komunikasi terdahulu dengan broker;
  • Aduan perlu diajukan kepada regulator dan ombudsman dibawah jurisdiksi broker tersebut;
  • Jabatan broker yang anda berurusan juga adalah penting. Regulator european hanya mengizinkan berurusan penduduk dalam wilayahnya sahaja, oleh itu jabatan luar negara dicipta untuk orang Asia dan pasaran lain. sekiranya broker tersebut dilesenkan oleh CySEC atau FCA, pedagang yang berurusan dengan jabatan yang didaftarkan di Bezile atau pulau Marshall, jadi tidak gunanya memfailkan aduan kepada regulator European.

Secara teorinya, mempunyai lesen bermaksud:

  • Regulator akan mengawasi secara terperinci laporan kewangan syarikat dan menilai kecukupan modal broker dan kesolvenan berdasarkan audit luaran;
  • Regulator mengawal dengan tegas peraturan pengurusan akaun yang berasingan; akaun pedagang adalah dipisahkan daripada akaun broker. Yang kedua hanya boleh menggunakan dananya sendiri;
  • Konflik kepentingan dikecualikan

Kebiasaannya, pedagang akan selalu dipertikaikan dan selalu mempertikaikan broker. Sebab yang paling kerap ialah masalah sewaktu mengeluarkan duit. Walaupun ia adalah salah pedagang, kerana mereka tidak membaca tawaran awam broker dan melanggar peraturan dagangan broker, broker sendiri mungkin cenderung untuk tidak membayar wang tanpa sebarang alasan.

Kes yang munasabah untuk memfailkan aduan terhadap broker:

  • Hak pedagang telah dicabuli : terdapat pengesahan bahawa petikan tersebut telah di manipulasi, duit tidak dibayar balik tanpa apa apa sebab, akaun telah disekat dengan melanggar perjanjian, petunjuk kemuflisan;
  • Broker menolak untuk melakukan liabilitinya dan tidak cuba untuk memahami klien, berkeras dengan pendapatnya. Masalah masih tidak dapat diselesaikan melalui perkhidmatan sokongan;
  • Jumlah wang yang tidak dibayar adalah sangat besar. Ianya adalah logik bahawa aduan bernilai $100 tidak akan disiasat. Namun, tiada had untuk menyiasat aduan, oleh itu, ianya adalah berbaloi untuk membuat percubaan dalam apa apa kes sekalipun

Anda seharusnya menyediakan bukti untuk diadukan kepada regulator terlebih dahulu. Kebanyakan aduan pedagang ditolak oleh suruhanjaya kerana kekurangan bukti, oleh itu anda seharusnya mengumpul bukti terlebih dahulu, untuk sebarang kemungkinan. Disini terdapat beberapa petua:

  • Sebelum membuat deposit, anda perlu memastikan anda disahkan terlebih dahulu supaya tiada isu yang berkait dengan pengesahan pada masa akan datang;
  • Screenshot bukti deposit (E-wallet/statement kad, tangkapan skrin profil klien anda) untuk menunjukkan bahawa duit tersebut dibayar kedalam akaun;
  • Screenshot segala yang berguna pada masa depan; carta platform dagangan, keuntungan yang diperolehi. Kebiasaannya, broker bukanlah ejen cukai, oleh itu mereka perlu menyediakan penyata akaun. Anda perlu meminta penyata tersebut dari semasa ke semasa. Sekiranya akaun anda disekat, tangkap skrin profil peribadi anda;
  • Simpan semua mesej daripada perkhidmatan sokongan

Sekiranya terjadinya pertikaian, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pedagang ialah menghubungi pihak perkhidmatan broker. Tuntutan perlulah kukuh dan mengandungi ; nombor akaun, tarikh pertikaian, permasalah, yang mengandungi sebanyak nombor yng mungkin (jumlah, quotes, timeframe). Pasti terdapat maklumat sebelum terjadinya permasalahan tersebut. Ianya adalah logik bahawa permintaan seperti “platform tidak berfungsi dengan baik dan broker tidak mahu memberi pertolongan” akan ditolak.

1. Turutan untuk memfailkan aduan kepada CySEC

CySEC ialah regulator Cyprus dipilih oleh banyak broker yang beroperasi dalam wilayah Europe dan CIS. Jurisdiksi ini dianggap sebagai luar pesisir, namun CySEC beroperasi berdasarkan arahan MiFID, bertindak dalam lingkungan rangka kerja undang undang European. Laman sesawang regulator adalah di cysec.gov.cy/home/.

  • Perhatian: regulator ini tidak menyiasat tuntutan individu, namun semua tuntutan akan dipertimbangkan untuk mengendalikan kawalan. Oleh itu, ianya berbaloi untuk memfailkan aduan individu dan ianya akan dipertimbangkan, tapi pertikaian persendirian tidak mungkin akan diselesaikan. Sebab itulah adalah lebih baik untuk menyediakan tuntutan kolektif. Walaubagaimanapun, laman CySEC tidak menentukan berapa ramai pedagang yang perlu menandatangani tuntutan supaya regulator mengambil tindakan. Regulator akan meminta pedagang untuk memberitahu permasalahan tersebut, tapi mencadangkan agar mereka menghubungi ombudsman Cyprus secara langsung untuk menyelesaikan pertikaian (financialombudsman.gov.cy). Borang aduan terletak dalam “Forms” atau boleh dimuat turun di sini).

Langkah pertama ialah menyemak samada broker tersebut dilesenkan oleh regulator atau tidak. Sebenarnya, ia harus dilakukan pada permulaan dagangan dengan broker tersebut, tapi kepada mereka yang membaca berita regulator dimana maklumat sepeti penarikan lesen kemungkinan ada dikeluarkan. Terdapat beberapa cara untuk menyemak lesen:

1. Taip nombor lesen dalam kotak pencarian di halaman utama. Laman tersebut akan menyediakan pautan mengenai broker, tarikh resit lesen (dibuat) dan tarikh kemaskini (diubah). Ini bermaksud lesen tersebut hidup.

2. Cari syarikat dalam pendaftaran syarikat melalui nama. Detik penting: nama cap dagangan atau cap yang diketahui ramai mungkin berbeza dengan nama entiti yang sah. Dalam bahagian “Regulated Entities), pilih “investment Firm (Cypriot) “ bahagian sub. Masukkan nama entiti sah dalam indeks huruf (biasanya dinyatakan dalam laman broker bersebelahan dengan nombor lesen, dalam bahagiaan maklumat kenalan, atau dibahagian bawah laman tersebut). Sebagai contoh, broker LiteForex ialah “LiteForex Investments Limited”.

Cara kedua untuk mencari broker adalah lebih baik dengan cara anda melihat maklumat termasuklah nombor pendaftaran, nombor telefon, alamat dan nama domain (laman).

Apakah yang perlu saya lakukan jika broker menganiaya saya?

Jika broker tidak termasuk dalam senarai, tiada guna anda membuat aduan. Jika syarikat ada dalam senarai, masuk ke langkah yang seterusnya, memfailkan aduan. Untuk melakukannya, pergi ke “investor Protection” dan seterusnya ke “Complain Regarding CIFS”. Halaman tersebut terbahagian kepada beberapa blok dengan panduan ringkas bagaimana caranya untuk mengisi.

1. Blok pertama adalah ringkas. Anda harus memasukkan maklumat peribadi anda, termasuklah Kad Pengenalan, nombor telefon, dan alamat tempat tinggal. Anda hanya boleh menggunakan huruf Latin. Jika anda mempunyai pasport antarabangsa, adalah lebih baik untuk nyatakannya sekali. Wakil regulator akan menggunakan maklumat ini untuk menghubungi pedagang, oleh sebab itu ianya adalah penting semua maklumat tersebut mematuhi piawaian global.

Apakah yang perlu saya lakukan jika broker menganiaya saya?

2. Blok kedua juga adalah penting. Disini anda seharusnya menentukan nama pendaftaran syarikat seperti yang dinyatakan diatas dan nombor pendaftaran broker (seperti yang ditunjukkan dalam tangkap skrin yang pertama). Mari kita kaji secara mendalam senarai sebab untuk memfailkan aduan. Ianya adalah seperti berikut;

Apakah yang perlu saya lakukan jika broker menganiaya saya?

Mari kita lihat senarai yang lebih panjang:

  • Perlaksanaan order. Segala tuntutan berkaitan dengan perlaksanaan order disini: slippages, delays, salah quotes, dan lain lain;
  • Nasihat pelaburan. Sebarang tuntutan berkaitan dengan nasihat yang salah dari pihak broker. Betul, tuntutan hanya boleh difailkan jika broker menjanjikan 100% kejayaan dagangan. Kebiasaannya, broker menyatakan bahawa segala risiko adalah ditanggung oleh pedagang yang menentukan untuk mengikut atau tidak mengikut isyarat yang diberikan.
  • Pengurusan portfolio. Aduan keatas syarikat pelaburan yang menggunakan maklumat portfolio yang tidak selari dengan realiti.
  • Kekurangan maklumat yang diberikan kepada klien. Aduan berkenaan penyembunyian maklumat berkaitan khidmat atau isu teknikal. Sebagai contoh,maklumat yang tidak boleh diharap berkenaan pilihan keuntungan atau ketiadaan maklumat mengenai pemprosesan bonus. Walaupun, ianya adalah sukar untuk membuktikan bahawa broker bersalah kerana terma ini dikeluarkan secara umum. Pedagang tidak membaca terma tersebut adalah persoalan lain.
  • Terma kenalan/bayaran.caj. Apa apa pelanggaran terma umum, termasuk masalah berkait dengan pengeluaran wang dan salah pengiraan komisyen termasuk dalam bahagian ini;
  • Pentadbiran Am/Perkhidmatan pelanggan. Apa apa aduan berkaitan tetapan umum pengguna, penyekatan akaun;
  • Perniagaan yang tidak dibenarkan ditawarkan atau dijalankan. Apa apa tuntutan berkaitan pelanggaran undang undang EU oleh broker;
  • Lain lain. apa apa sebab yang tidak berkaitan dengan yang diatas.

Pedagang juga harus memilih instrumen kewangan dan menjelaskan jumlah yang dipertikaikan. Untuk forex dan binary option, ianya adalah point yang ke 6 (pilihan, masa depan). Yang lain digunakan untuk pasaran stok dan syarikat pelaburan. Semua senrai adalah disambung ke “pop-up windows” dimana masalah boleh dinyatakan dengan lebih terperinci.

Adalah sukar untuk diberitahu berapa lamakah masa yang diambil untuk memeriksa aduan. Adakalanya ia mengambil masa selama berminggu minggu – tapi untuk memberikan panggilan awal untuk mendapatkan bahan untuk kepastian. Ianya bergantung kepada jumlah yang diberitahu dalam tuntuan kolektif dan jumlah pedagang yang tidak berpuashati.

2. Turutan untuk memfailkan aduan kepada FCA

Langkah ini adalah sama seperti yang dinyatakan diatas. Aduan ini dibuat kepada ombudsman British (financial-ombudsman.org.uk) dan disalin kepada regulator. Tapi perbezaannya disini : lesen regulator British adalah lebih berharga daripada lesen regulator Cyprus. Sekurang kurangnya, yuran kemasukan dan keahlian tahunan adalah lebih tinggi disini. Itulah sebabnya tiada broker yang bersetuju untuk kehilangan lesen FCA tanpa sebab yang kukuh (dimana terdapat banyak contoh broker yang menukar jurisdiksi luar pesisir).

Aduan kepada ombudsman akan difailkan dalam tempoh 6 bulan dari tarih pertikaian. Sebelum itu, pedagang diberi masa 8 minggu untuk menyelesaikan masalah dengan broker secara langsung. Selepas tuntutan yang munasabah telah dihantar, ombudsman akan menghubungi broker secara untuk mendapatkan penjelasan dari broker mengenai situasi tersebut. Jika pedagang berada dipihak yang benar, aduan akan diselesaikan dengan segera.

Borang aduan boleh dimuat turun dalam .doc dalam halaman utama “How to complain” atau menggunakan link ini). Borang ini mengandungi 3 halaman dimana pedagang perlu menyatakan maklumat peribadi dna maklumat mengenai broker (tak sama macam CySEC, tiada tips yang akan diberikan disini), dan jawapan menjurus kepada soalan. Kelebihan borang ini ialah ia dihantar melalui email, jadi semua bukti boleh diselitkan sekali bersama dengan mesej yang dihantar.

Apabila ia berkaitan dengan mengisi aduan secara terus ke FCA, hal ini tidak semua CySEC. Dan juga, bahagian “Pengguna – Bagaimana untuk mengadu” mengatakan bahawa aduan individu tidak akan dipertimbangkan. Tapi regulator Cyprus sekurang kurangnya menyediakan borang aduan kolektif dalam laman mereka, FCA mencadangkan supaya menghubungi ombudsman atau mahkamah. Lagi pula, peluang memenangi kes adalah lebih tinggi di UK berbanding jurisdiksi atau mahkamah luar pesisir. Walaubagaimanapun, seseorang perlu mengalih bahasa semua dokumen kepada bahasa ingeris. Anda perlu menentukan jika perbelanjaan kewangan dan masa anda adalah berbaloi dengan baki akaun anda.

Apakah yang perlu saya lakukan jika broker menganiaya saya?

3. Turutan memfailkan aduan kepada ASIC dan IFSC

Menurut lamannya, kita boleh lihat turutan memfailkan aduan kepada regulator Australia ASIC adalah agak berbeza. Pertama, regulator tidak menghantar pedagang terus kepada ombudsman atau mahkahmah. Sebaliknya, ASIC mengumumkan bahawa terdapat 20,000 aduan klien persendirian terhadap apa apa sahaja struktur kewangan (termasuk broker) diperiksa setiap tahun. Selain itu, skim penghantaran tuntuan adalah rumit. Laman pertama yang perlu dibiasakan ialah peraturan memfailkan aduan di asic.gov.au/about-asic/contact-us/how-to-complain/. Seterusnya, kita prlu menekan pada pautan atau melihat video yang berkaitan. Video tersebut tidak menjelaskan situasi. Ianya juga adalah mustahil untuk mencari borang aduan.

Regulator luar pesisir Bezile – IFSC – adalah sangat popular dikalangan broker European, tapi masalah disini adalah sama dengan ASIC: tiada maklumat tentang bagaimana cara untuk menghantar tuntutan atau untuk mendapatkan borang aduan dalam laman regulator. Yang ada hanyalah alamat email. Menghantar tuntutan yang tidak mengikut contoh yang diperlukan ke alamat tersebut bermaksud anda tidak akan mendapat apa apa jawapan.

  • Saya fikir anda sudah perasan perbezaan yang ketara antara regulator luar pesisir dan yang diketahui oleh segelintir sahaja dan mereka yang mempunyai nama baik. Walaupun tiada jaminan bahawa pedagang persendirian akan mendapatkan wang mereka balik, regulator yang bertanggungjawab boleh mengenalpasti kelemahan broker terlebih dahulu. Ianya akan mengurangkan risiko.

Kesimpulannya, percubaan untuk menyelesaikan masalah dengan broker melalui mahkamah kebiasaannya gagal kerana tiada perundangan langsung dan pengaruh undang undang terhadap broker (walaupun, terdapat kes tuntutan ke mahkamah). Regulator dan pemulangan balik adalah harapan terakhir untuk mendapatkan kembali duit tersebut. Namun, tidak semestinya ia bermaksud aduan terhadap broker akan menyelesaikan masalah tersebut. Dalam kes apa apa pun, ia akan menjadi isyarat kepada regulator tentang masalah yang berpotensi menjadi besar. Beberapa aduan akan diendahkan. Namun beribu aduan akan menjadi sebab untuk mengambil tindakan. Oleh itu, jika anda yakin dengan kekuatan anda dan tuntutan anda munasabah, anda seharusnya cuba untuk melawan demi kepentingan anda sendiri. Regulator hanyalah pihak berkuasa yang membuat penyeliaan sahaja, dan yang pertama anda perlu merujuk kepada ombudsman negara regulator tersebut.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex
Apakah yang perlu saya lakukan jika broker menganiaya saya?

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas