Keputusan penggunaan carta Heiken Ashi. Prestasi semua carta harga yang jarang digunakan. Contoh gabungan penggunaannya.

Bagaimanakah cara untuk menapis pasaran sideway. Bagaimanakah untuk mengenalpasti isyarat. Gabungan penggunaan dengan jenis carta harga yang lain.

Rakan – rakan sekalian,

Ini adalah bahagian terakhir dalam artikel pembelajaran, ditumpukan kepada kajian besar saya dalam membandingkan carta harga yang jarang digunakan, mengenalpasti kelebihan dan kekurangannya.

Carta terakhir menerangkan tentang Heikin Ashi candlestick. Dalam artikel pembelajaran yang terakhir, saya telah mengetahui bahawa indicator kebiasaannya lambat; saya juga telah membahagikan semua Heikin Ashi candlestick yang ada kepada tiga kumpulan.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Seperti yang telah saya nyatakan dalam artikel latihan yang sebelum ini, jenis candlestick yang pertama dan kedua kebanyakannya menunjukkan isyarat yang salah (sila perhatikan zon yang ditandai dengan bulatan merah dalam carta di atas). Jenis yang ketiga menunjukkan perubahan lebih tepat, tapi, ianya adalah sangat jarang berlaku pada permulaan pergerakan harga; oleh itu, jika anda masuk berdagang melalui isyarat ini, anda agak terlewat dan mungkin akan kehilangan banyak keuntungan, atau mungkin akan menanggung kerugian.

Untuk menapis trend sideways dalam carta Heikin Ashi candlestick, anda perlu menggunakan indicator trend dan carta. Ianya mungkin agak pelik, kerana Heiken Ashi itu sendiri dicadangkan sebagai satu indicator.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Pertama, mari kita pelajari indicator analisis teknikal, yang digunakan keatas candlestick Heiken Ashi. MACD ialah indicator trend; namun, ianya jelas bahawa isyaratnya adalah terlalu lambat daripada harga, dan ia memberitahu isyarat beli atau jual yang lambat.

Apabila anda bertukar ke TF yang singkat, lag itu menjadi semakin kurang; walaubagaimanapun, dalam zon trend sideways, terdapat lebih banyak isyarat yang salah.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Inilah masalah isyarat rawak dalam pergerakan sideway yang masih tidak dapat diselesaikan. Terdapat banyak lagi isyarat rawak apabila trading sekata.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Untuk berlaku adil, saya perlu memberitahu bahawa moving average (MA) juga tidak akan menunjukkan keputusan yang diperlukan. Pertama, MA itu sendiri adalah indicator yang lag; kedua, ia juga menghantar banyak isyarat yang salah dalam pasaran sideway; menggunakan indicator yang lag dengan Heiken ashi yang sememangnya menjadikannya bertambah lag. Oleh itu, untuk menyelesaikan masalah ini, anda perlu menggunakan carta harga lain bersama sama dengan candlestick Heiken Ashi.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Pertama, mari kita analisis jangka masa yang ditandai dalam chart Renko, Kagi, Line Break dan Tic-Tac-Toe.

Seperti yang anda dapat lihat, zon yang sedang dikaji kelihatan lebih singkat daripada dalam carta Heiken Ashi. Ini kerana anda membuang market noise daripada carta, iaitu, dalam carta ini, anda hanya akan nampak pergerakan trend sahaja.

Sebenarnya, ia bukanlah semudah itu. Titik pangkalnya, tiada carta pun yang akan bergerak seperti yang saya mahukan. Setiap carta mempunyai sensitiviti tertentu kepada perubahan harga. Tapi malangnya, sensititviti ini kebiasaannya statik dan tidak boleh berubah mengikut situasi pasaran, oleh itu apabila votaliti rendah, ia tidak akan menunjukkan sebarang perubahan, kerana keseluruhan pergerakan pasaran mungkin tidak akan mencapai nilai yang diperlukan. Pertama sekali, ini adalah mengenai carta Line Break, dimana perubahan unit harga adalah berterusan;itulah sebab mengapa ia menghantar terlalu banyak isyarat rawak dalam trend sideways.

Masalah yang sama berlaku dengan carta Range yang tidak mengambil kira masa, tapi juga menghantar satu set unit perubahan harga, yang tidak mempertimbangkan situasi sebenar pasaran.

Tiga lain jenis carta harga - Renko, Kagi dan Tic-Tac-Toe adalah lebih mudah dalam menggunakan pembolehubah dinamik selari dengan perubahan unit harga; ianya ditetapkan oleh index ATR (Average True Range). Kebolehan ini membolehkan indicator untuk berubah mengikut perubahan pasaran, walaubagaimanapun, ia mempunyai kelemahan. Masalahnya ialah keseluruhan sejarah carta adalah berubah secara berterusan disebabkan pembolehubah indeks ATR; secara asasnya ianya tidak mengubah situasi pasaran yang ditunjukkan, tapi isyarat yang dihantar sebelumnya kemungkinan akan hilang, membuatkannya semakin sukar untuk menganalisis sejarah trading instrumen tertentu secara tepat.

Sebagai tambahan, setiap daripada carta harga ini mempunyai ciri yang unik yang boleh digunakan semasa berdagang.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Pertama, lihat carta Renko dalam bahagian atas window (anda boleh mempelajari lebih lagi dalam pos pertama saya, yang didedikasikan untuk percubaan ini). Saya sudah menandai isyarat jual dan beli dengan anak panah. Ingin saya tekankan bahawa anak panah bukan dalam kotak pertama, tapi yang kedua, kerana isyarat tersebut dihantar hanya selepas kotak tersebut siap dan yang seterusnya muncul.

Jelas sekali bahawa dalam carta Heiken Ashi, isyarat beli, seperti isyarat jual, kebanyakannya datang dengan lag yang panjang. Jika anda ikut isyarat seperti ini, anda sudah pasti akan mengalami kerugian. Oleh itu, anda perlu sangat berhati hati ketika menggunakan Renko untuk menapis isyarat sideway.

Situasi yang lebih menarik digambarkan oleh Kagi (sila lihat penerangan yang lebih terperinci dalam aktikel Experiment (part 3). Kagi chart)).

Paras kunci untuk membeli atau menjual ditandai dengan garis shoulder dan waist. Jika carta sudah melengkapkan waist dan menuju keatas, itu bermaksud isyarat beli. Jika terdapat shoulder dan harga jatuh kebawah, itu adalah isyarat jual. Unjuran daripada isyarat ini dalam Heiken Ashi boleh digunakan untuk membuktikan candlestick jenis satu dan dua untuk berdagang dalam saluran tersebut.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Carta terakhir adalah untuk dipelajari disini ialah carta Tic-Tac-Toe yang menunjukkan pergerakan trend yang terbaik antara yang lain. Dalam pembelajaran range, tiada isyarat beli atau jual yang jelas; namun, dalam carta Tic-Tac-To jelas menunjukkan seluruh proses penyatuan, dimana umumnya kelihatan seperti segi tiga simetri. Penembusan corak berdasarkan yang diatas menunjukkan isyarat sell, memberi peluang untuk menghentikan kerugian pada masa yang tepat.

Kesimpulan:

Akhirnya, keputusan percubaan mencadangkan bahawa setiap harga yang tidak mengikut piawaian akan lag kebelakang berbanding harga pasaran sebenar. Darjah lagging itu adalah berkaitan secara langsung dengan sensitiviti idicator tersebut.

Setiap carta yang dipelajari mengenali trend dengan agak baik, tapi yang paling menariknya, pada pendapat saya ialah carta Kagi dan Tic-Tac-Toe.

Kagi membantu anda mengenalpasti paras kunci dan menandakan isyarat perubahan trend. Tic-Tac-Toe pula bagus untuk analisis global dan menunjukkan corak analisis teknikal adalah tidak jelas pada pandang pertama.

Mengambil kira semua carta adalah lagging, menggunakan MA bersama dengan indicator ini akan melambatkan lagi isyarat, berbanding trend pasaran umum. Ini mencadangkan bahawa tiada gunanya penggunaan indicator tambahan.

Keputusan yang terbaik dalam percubaan ini telah dilakukan dengan menggunakan gabungan sistem trading umum dalam carta Japanese Candlestick dan carta Kagi dan Tic-Tac-Toe. Anda juga boleh menggunakan Heiken Ashi sebagai isyarat pengesahan.

Semua isyarat perlu diperiksa dalam TF yang lebih singkat.

Gambar dibawah menunjukkan gabungan yang baik antara carta yang berbeza.

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Terdapat gabungan carta, terdiri daripada tiga windows, untuk menganalisis TF berbeza. Dalam window kiri, terdapat carta Japanese candlestick umum dalam TF H4, ditambah dengan beberapa indicator – ini adalah strategi trading, memberikan isyarat masuk dan keluar dagangan. Dalam carta tengah, terdapat paras support/resistance, ditunjukkan oleh carta Kagi. Dalam contoh yang diberikan, ticker telah menyentuh paras support dan terpantul.

Dengan penggunaan carta Tic-Tac-Toe dalam BTCUSD TF H4, anda boleh mengenalpasti corak global dengan mudah, yang mempunyai pengaruh yang kuat ketika itu. Akhirnya, gambaran telah lengkap, corak global dalam bentuk segitiga simetri. Ia jelas menunjukkan ticker BTCUSD telah menghampiri zon support dan mencadangkan potensi pertumbuhan setinggi 6670 USD. Dalam carta Japanese candlestick, terdapat isyarat beli yang dibuktikan oleh kedua dua carta iaitu Kagi dan Tic-Tac-Toe. Sebagai tambahan, terdapat zon risiko yang jelas, ditunjukkan oleh triangle bottom leg dan paras support dalam Kagi; ini mencadangkan tempat untuk meletakkan SL.

Ini hanyalah contoh bagaimana carta ini boleh digunakan, berbanding skim yang standard. Saya fikir ianya adalah tidak mustahil untuk mencari cara penggunaan yang lebih baik untuk carta ini dan menggunakan potensi mereka sehingga 100%. Taapi anda perlu selalu ingat tiada apa pun yang dijelaskan diatas menunjukkan harga extrems – high dan low; oleh itu, untuk meletakkan SL dan TP anda harus merujuk kepada carta Japanese candlestick yang biasa.

Ini merupakan penutup tirai percubaan besar saya dengan carta harga yang luar biasa dengan menggunakan BTCUSD sebagai contoh. Saya sangat berharap anda mendapati bahawa maklumat ini menarik dan berguna.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Big experiment (bahagian 8). Heiken Ashi dan kesimpulannya

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas