Bagaimana untuk menggunakan Range Bars di dalam analisis matawang crypto

Asas pembentukan. Isyarat utama. Ciri ciri khas penggunaan carta Range bars.

Rakan – rakan sekalian,

Hari ini, saya ingin menerangkan mengenai carta harga yang jarang digunakan. Sebelum ini saya telah menerangkan mengenai carta seperti Renko, Line Break chart, Kagi, Tic-Tac-Toe (bahagian 1 dan bahagian 2).

Range bars merupakan jenis carta yang terbaru.

Pengenalan dan penerangan mengenai jenis carta baru iaitu Range Bars.

Carta jenis ini telah muncul dalam tradingview beberapa bulan lepas, iaitu pada 21 Jun 2018.

Kemungkinan, satu satunya ciri yang paling penting dalam Range bars ialah ia langsung tidak mengambil kira masa sebagai satu perkara yang penting, oleh itu, konsep timeframe (TF) – tempoh masa adalah tidak wujud dalam carta Range bars.

Untuk jenis jenis carta sebelumnya, TF adalah sangat penting selari dengan pergerakan harga diukur dalam tempoh masa tertentu, dan setiap unit adalah sama dengan nilai pada skala masa yang tidak akan kurang dari TF tersebut. Untuk carta Range bars, konsep TF telah dihapuskan terus dan bar baru akan bergabung apabila harga mencapai nilai tertentu, yang ditetapkan oleh pengguna.

Jelas sekali, ia akan mengurangkan aktiviti pasaran yang dicipta oleh volatility harga tinggi dalam TF, tapi saya akan cuba untuk menerangkan bagaimanakah cara harga ini digunakan dan bagaimanakah cara untuk menggunakan Range bars didalam analisis matawang crypto.

Pertama, mari kita lihat bagaimanakah Range bars terbentuk.

Bagaimanakan Range bars terbentuk

Ia kelihatan seperti carta biasa yang mempunyai Bar dan memiliki struktur yang sama.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Saya telah tandakan bahagian bar tersebut dengan menggunakan anak panah di dalam carta di atas:

  • Extreme ditanda dengan anak panah biru.
  • Open level ditanda dengan anak panah merah.
  • Body ditanda dengan anak panah hijau.
  • Close level ditanda dengan anak panah kuning.

Perbezaan utama antara Range bars dengan yang biasa ialah paras high bullish bar atau paras low bearish bar akan sentiasa sama dengan Close point.

Range bars diukur dalam kaedah yang sedikit berbeza.

1 Range diukur bukan dalam dolar atau bitcoin, tapi dalam unit Range. Semua bar dibuat menggunakan selang Range, jadi ia akan sentiasa berada dalam saiz yang sama.

Anda boleh pilih 1000 Range/ 100 Range / 10 Range / 1 Range

1 Range bersamaan satu perubahan harga minimum.

Nilai dikira secara automatik untuk setiap peralatan dagangan, tapi anda boleh lihat dengan mudah sekiranya carta dibuka dengan skala 1 Range.

Perbezaan nilai antara paling tinggi (High) dan paling rendah (Low), untuk pasangan BTC USD ialah 0.1 USD.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Oleh sebab masa tidak begitu di titikberatkan di dalam Range bars, ia kelihatan seperti Tick chart.

Ciri - ciri Range bar

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Disebabkan ciri ini, anda boleh lihat dengan jelas pergerakan harga seminit, dan anda boleh lihat dengan jelas perubahan pasaran, dan ianya adalah satu kelebihan yang nyata kepada scalper.

Dalam carta harga Bitcoin di atas, saya telah tandakan pergerakan market setiap seminit, Setiap unit selari dengan satu minit. Kotak merah ialah minit pasaran turun. Yang hijau pula minit dimana pasaran sedang menaik.

Seperti yang anda dapat lihat, ianya berbeza mengikut saiz. Ini kerana Range bars hanya menunjukkan pergerakan harga, tidak kira masa.

Dalam carta BTC USD diatas, sangat jelas bahawa kotak merah mengandungi 29 bar, kedua kotak hijau dengan jumlah 59 bar, dan terakhir 23 bar.

Berdasarkan carta ini, saya ingin mencadangkan ciri pertama Range bars. Dalam tempoh masa tertentu apabila harga mencecah paras tertinggi, nombor Range bars akan mengurang.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Ia dibentuk dengan sangat mudah. 1 Range bersamaan dengan 0.1 USD untuk pair BTC USD. Oleh itu, dengan kenaikan setiap 0.1 USD akan ditandai dengan bar hijau yang baru, dan dengan penurunan setiap 0.1 USD akan ditandai dengan bar merah yang baru.

Pada skala 1 Range, semuanya kelihatan sangat mudah. Tiada paras tinggi atau rendah untuk bar, kerana setiap saiz bersama dengan pergerakan harga minimum.

Carta ini kelihatan seperti Renko, tapi hanya terjadi apabila Phantom Bars diaktifkan.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Lihat carta BTCUSD diatas, sangat jelas bahawa 1 Range bar jauh dari satu sama lain. Sekiranya anda menutup fungsi Phantom Bars, anda hanya dapat melihat paras, dimana perdagangan yang sebenar berlaku. Berdasarkan carta diatas, pertama, terdapat syarat perdagangan dengan selang yng minima iaitu 0.1 USD pada 6606.0 USD, dan seterusnya seseorang telah meletakkan order pada 6617.2 USD, dan harga mencecah paras tersebut, kelihatan seperti jurang yang menunjukkan bahawa tiada dagangan dalam selang masa antara 13.29 ke 13.31.

Harga seterusnya bergerak sehingga paras 6658.4 USD, yang menunjukkan bahawa terdapat pembeli dalam kuantiti yang ramai, yang membeli pada paras harga yang tersebut.

Dalam bentuk ini, carta kelihatan tidak menarik, tetapi ia direka untuk target yang berbeza. Jurang bermaksud pedagang besar berminat dengan asset, dan ia menunjukkan isyarat kepada pedagang dalam pasaran.

Cirri ini boleh dipraktikkan dengan lebih berkesan dalam skala yang lebih besar kerana tidak banyak false breaks yang berlaku dan lebih mudah untuk mengenalpasti trend semasa.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Walaubagaimanapun, disebabkan harga crypto yang sangat kuat dimanipulasikan dan sangat kecairan yang sangat tinggi dalam pasaran matawang crypto, termasuklah BTCUSD, terdapat banyak false gaps (saya dah tandakan dengan anak panah merah dalam carta diatas)

Indicator dalam carta Range

Apabila Phantom Bars diaktifkan, jurang tersebut akan diisi dengan bar maya. Carta akan menjadi lebih panjang sedikit, tetapi struktur wave-like akan menjadi lebih jelas.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Dalam gambar diatas, merupakan carta yang sama tetapi, pada sebelah kiri ialah carta tanpa Phantom Bars, dan disebelah kanan menunjukkan Phantom Bars.

Sangat jelas disebabkan penyambungan itu menunjukkan signal yang di ikuti oleh moving averages semakin cepat. Oleh itu, untuk menganalisis aplikasi penggunaan indicator untuk carta Range bars, saya akan mengaktifkan fungsi Phantom Bars.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Carta harga BTC USD diatas sangat jelas menunjukkan bahawa Range bars sangat berkesan dengan penggunaan signal moving averange dan mengambil bahagian dalam menunjukkan corak analisis grafik.

Tambahan dengan itu, anda boleh lihat carta harga, bersama sama dengan MACD juga berkesan menunjukkan divergences dan convergences (saya dah tandakan bullish convergences dengan garis merah)

Oleh sebab principle all-round market view, saya akan cuba untuk meramal harga BTCUSD untuk beberapa hari yang seterusnya.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Dalam carta dengan skala harga 10 Range, anda boleh lihat beberapa siri bearish divergences (ditandai dengan garis merah). Terdapat paras support yang jelas pada 6610; harga Bitcoin boleh terpantut (rebound) pada paras tersebut; walaubagaimanapun, mengambil kira MACD telah memasuki fasa bearish selepas pasaran tidak bergerak untuk jangka masa yang panjang, saya mencadangkan BTCUSD akan menaik menerusi trend sideway.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Pada skala harga 100 Range dalam carta diatas, anda boleh lihat bar terakhir menunjukkan reversal pada paras tertinggi 6628 USD. Moving average didalam carta menunjukkan penurunan yang berterusan, tetapi MACH menunjukkan bullish reversal, dimana akan menyebabkan Bitcoin jatuh dalam masa yang terdekat.

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Dalam carta diatas, merupakan skala harga yang terbesar iaitu 100 Range. Disini, satu Range bar bersamaan 100 USD. Oleh itu, pergerakan harga diatas boleh ditapis sebagai aktiviti pasaran dan mungkin tidak boleh ditunjukkan didalam carta. Walaubagaimanapun, analisis yang mendalam ini menyediakan pemahaman yang mendalam mengenai pasaran matawang crypto diproses. Anda boleh lihat pada paras yang saya tandakan dalam carta, ia merupakan paras yng menjad zon support yang bagus dan harga tidak dapat melepasi paras tersebut. Dalam carta 1000 Range diatas, saya yakin pada paras support terdekat yang ditandai dengan garis oren dalam carta BTC diatas. Salah satu darinya ialah pada paras Open (6554 USD), dan satu lagi pada 6534 USD.

Saya akan menyediakan hasil dari ramalan crypto saya pada pos seterusnya, yang ditumpukan hanya untuk analisis Bitcoin sahaja.

Sebagai penutup artikel ini, telah tiba masa untuk meringkaskan nya.

Selepas mendalami pembelajaran carta Range bars, saya merumuskan ciri ciri tersebut:

  1. Carta harga adalah sama sekali tidak bergantung kepada masa.
  2. Anda boleh mengenalpasti minat pedagang besar melalui jurang pasaran.
  3. Anda boleh mempraktikan peralatan yang biasa digunakan dalam analisis teknikal seperti analisis grafik (support – resistance, analisis trendline, corak grafik (pattern), indicator berdasarkan moving average dan signal convergence/divergence.
  4. Anda boleh melihat pembentukan wave formation dan fractal model.

Itu sahaja mengenai carta Range untuk hari ini. Untuk post pembelajaran saya yang seterusnya, saya akan menerangkan mengenai carta Heikin Ashi.

Teruskan mengikuti harga Bitcoin dan teruskan mengikuti maklumat mengenai pasaran matawang crypto. Saya berharap agar analisis harga crypto saya berguna untuk anda semua!

Semoga Berjaya dan mendapat keuntungan yang baik!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Big Experiment - Range Bars (Bahagian 6)

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas