Perbandingan candlestick Japanese dengan carta graf Renko

Artikel ini memulakan eksperimen aplikasi analisis teknikal biasa kepada carta non-standard

Penerangan eksperimen. Definisi peraturan dan tetapan utama. Perbandingan analisis.

Rakan-rakan yang dikasihi,

Hari ini, dalam artikel pembelajaran saya, saya ingin berkongsi idea kajian saya. Saya akan menerangkan dengan ringkas maksudnya.

Analisis teknikal menggunakan pelbagai indicator; tetapi penggunaannya kebanyakannya terhad oleh carta harga biasa yang berubah sepanjang masa. Contoh yang paling biasa ialah Japanese candlestick.

(carta graf candlestick)

Seperti yang anda lihat dari carta graf di atas, tidak kira sama ada terdapat sebarang perubahan pada paksi harga, carta itu masih akan melukis bar seterusnya dan bergerak satu langkah ke hadapan, mengikut jangka masa yang ditetapkan.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak cara lain yang menunjukkan bagaimana harga berubah, yang tidak banyak bergantung kepada paksi masa.

Salah satu contoh ialah carta Renko.

Renko kelihatan seperti satu siri kotak kecil. Setiap kotak seterusnya muncul hanya jika harga berubah mengikut nilai tertentu. Oleh itu, jika harga tidak berubah untuk masa yang lama, carta Renko tidak bergerak juga, dan begitu, dinamiknya tidak bergantung kepada pergerakan masa, seperti dalam carta candelestick.

Saya terkejut, ramai pedagang mengabaikan carta Renko dan jarang menggunakannya dalam analisis teknikal.

Lebih-lebih lagi, saya tidak pernah melihat aplikasinya bersama-sama dengan indicator lain.

Ya, saya mengakui bahawa indicator, menganalisis jumlah dagangan, tidak sesuai dengan carta Renko.

Tetapi terdapat banyak indicator lain, berdasarkan exponential moving average dan yang biasa, yang hanya menganalisis purata harga ringkas yang boleh dikira oleh mana-mana jenis carta.

Selain carta Renko, carta lain yang tidak bergantung pada paksi masa, termasuk Carta Linear Break, Kagi, Carta Tic Tac Toe, Range.

Contoh-contoh jenis carta ini adalah di bawah:

(Carta Linear Break)

(Kagi)

(Carta Tic Tac Toe)

(Range)

Beberapa pedagang tahu mengenai carta-carta ini namun tidak ramai menerapkannya dalam analisis teknikal dan mungkin, hampir tidak ada sesiapa pun yang cuba menerapkan indicator umum kepada mereka.

Inilah sebabnya kajian saya. Saya akan menggunakan moving average dan oscillator MACD standard untuk setiap jenis carta dan menguji isyarat, berbanding dengan alat yang sama dalam carta candlestick biasa.

Saya akan menyimpulkan keputusan untuk setiap carta dan jumlah hasil akhirnya. Saya fikir saya boleh membangunkan strategi baru, tiada siapa yang pernah menggunakannya.

Seperti yang saya sudah mula menggambarkan Renko, saya cadangkan kita bermula kajian dengannya.

Seperti yang telah saya katakan, carta itu kelihatan seperti satu siri batu bata atau kotak, masing-masing diletakkan diagonal ke arah yang sebelumnya, pada jarak tertentu. Setiap kotak mewakili pergerakan harga mengikut nilai, yang anda pilih.

Dalam Renko klasik, ia adalah parameter tetap dan anda menetapkan yang paling mudah untuk anda nilai sendiri.

Tetapi kebanyakannya, secara asasnya, saiz kotak ditentukan berdasarkan built-in indicator, ATR (Average True Range) dengan tempoh 14 bar.

Dalam carta di atas, anda melihat contoh sedemikian, di mana dalam kotak merah di bahagian atas, terdapat ATR dipaparkan dengan tempoh 14 dan julat yang dikenalpasti, berdasarkannya. Dalam contoh yang diberikan ialah 125.1 USD.

Menurut parameter ini, carta akan seperti ini:

Dalam carta di atas, harga kotak teratas ialah 6505.2 USD, jadi, had kotak bawah adalah 6505.2 - 125.1 = 6380.1 USD.

Pada paksi harga, anda melihat label merah jambu dengan harga semasa pada 6387.2 USD.

Untuk membina bata baru, perlu disetkan pada jangka masa (dalam kes yang diberikan, ia adalah 4 jam) harga bergerak naik 125.1 USD lebih tinggi daripada had atas 6505.2 USD (jika ya, ianya adalah kotak hijau ) atau turun sebanyak 125.1 USD lebih rendah daripada had bawah 6380.1 USD, maka kotak merah akan muncul.

Seperti yang anda faham, jika harga tidak bergerak ke arah mana-mana arah dengan nilai tertentu, carta tidak akan bergerak sepanjang paksi masa, dan oleh itu, satu bata mungkin termasuk pelbagai tempoh jangka masa tertentu.

Untuk melihatnya lebih jelas, lihat carta di bawah.

Anda lihat, kotak terakhir dalam carta Renko dibina pada jam 23.00 pada 17 Ogos. Carta ini sedang dibina pada 20.44 pada 19 Ogos, jadi, carta candelestick akan jauh di hadapan pada masa itu.

Jelas sekali kelebihan carta Renko yang utama adalah menjadi filter pergerakan harga yang sideway. Carta, terbina daripada bata merah dan hijau, menjadikannya lebih mudah untuk melihat trend besar dan pergerakkan harga yang kuat.

Untuk kajian yang adil, saya akan mengambil saiz kotak pada nilai yang dikira dari 125.1 USD, supaya carta tidak akan mengecilkan semula disebabkan oleh turun naik harga.

Untuk kajian, saya akan menggunakan sistem perdagangan mudah, termasuk dua exponential moving average dengan tempoh 9 dan 26 dan MACD dengan tetapan biasa (12, 26, 9).

Akhir sekali, selepas menganalisis carta candelistick biasa, saya mempunyai yang berikut:

Saya menandakan pertemuan moving average oleh persilangan berwarna biru. Seperti yang diketahui, setiap pertemuan itu adalah isyarat untuk membeli atau menjual, mengikut arahan, di mana moving average yang pendek menembusi yang panjang.

Sudah jelas bahawa moving average MACD menghantar banyak isyarat palsu, tetapi isyarat divergence dan convergence (garis biru) cukup tepat meramalkan pergerakan arah aliran.

Anda lihat, moving average dalam carta candlestick menghantar isyarat yang lebih tepat; Oleh itu, instrumen ini boleh digunakan untuk filter isyarat MACD.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa isyarat pertemuan moving average, dalam window indicator dan dalam carta MACD adalah lambat. Oleh itu, kita memerlukan alat yang boleh mengeluarkan isyarat palsu dan menghantar isyarat masuk/keluar terlebih dahulu.

Seperti yang jelas dari carta Renko, MACD dan moving average datang lebih lambat daripada pada carta harga biasa.

Adalah jelas bahawa saiz kotak terlalu besar, jadi, kita melihat semua isyarat, yang dihantar oleh penunjuk, terlalu lambat.

Sebelum ini dengan kajian saiz kotak yang kecil, saya mendapat susun atur Renko yang lebih sama dengan carta candlestick.

Sebagai contoh, mari kita ambil isyarat yang dihantar pada ketinggian 8200. Jelas sekali, tempat dan masa isyarat oleh indicator MACD terbukti tepat dan menjadi kenyataan pada 19.00 pada 25 Julai. Isyarat dengan moving average adalah 4 jam lebih awal dalam carta candlestick daripada dalam carta Renko.

Seperti yang anda lihat dalam carta di atas, jika bata carta Renko lebih kecil (dalam kes kita, ia adalah 24 USD), isyarat MACD dilihat dalam carta biasa 8 jam kemudian. Sebaliknya, tiga isyarat palsu dilihat dalam carta Renko, yang tidak terdapat dalam carta candlestick (bertanda persilangan warna hijau).

Ringkasan:

Saya tidak boleh menghuraikan hasil membandingkan carta candlestick biasa dengan carta Renko dengan cara yang pasti. Adalah jelas bahawa moving average dan MACD boleh digunakan untuk Renko. Tetapi bilangan dan kualiti isyarat kebanyakannya bergantung pada berapa saiz yang sesuai kotak itu.

Salah satu manfaat utama Renko ialah ia menjadi filter pergerakan harga sideway yang sering berbahaya bagi peniaga, terutama bagi mereka, yang berdagang dalam trend. Tetapi apabila saiz blok kecil digunakan, kelebihan ini sukar digunakan.

Selain itu, saya perlu ambil perhatian bahawa carta Renko sendiri sudah mencukupi. Anda lihat bahawa kotak hijau di carta kanan bertarikh 16 Julai membuktikan isyarat dalam carta candlestick, mencadangkan reversal ke atas; dan kotak merah pada 26 Julai membuktikan aliran menurun ke arah bawah, dan isyarat yang sama dalam carta candlestick pada 25 Julai.

Oleh itu, carta Renko agak mudah dan senang untuk mengesahkan isyarat reversal. Walau bagaimanapun, penggunaan indicator dalam carta Renko belum lagi diputuskan dan memerlukan kajian lanjut.

Saya akan menyelesaikan analisis kajian perbandingan carta candlestick Japanese dan carta Renko pada contoh BTCUSD. Dalam artikel pendidikan saya yang seterusnya, saya akan membincangkan carta Linear Break dan membandingkannya dengan carta candlestick Japanese yang sama, untuk mengetahui kelebihan dan kekurangannya.

Semoga berjaya dan mendapat keuntungan yang baik!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Masa sebenar carta harga bagi {instrumen}

Cara yang berbeza Menggunakan Indicator Biasa

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas