Menganalisis perkara yang jarang berlaku dalam strategi dagangan

Dagangan adalah seperti hidup: mereka yang boleh bersabar akan berjaya. Peka dengan kitaran semulajadi pasaran, anda tidak perlu berdagang setiap hari. Mereka yang gatal tangan untuk melakukannya kebiasaannya akan kehilangan dana yang dimasukkan lebih cepat daripada yang mereka boleh bayangkan. Adakah ianya berbaloi untuk menangkap pisau yang jatuh dan berusaha keras untuk meramal perubahan trend atau cuba untuk menggunakan jalan belakang mengikut pendapat orang ramai apabila anda mempunyai penyatuan dengan arahan anda sendiri? Walaupun seseorang fikir dagangan turun naik adalah membosankan, kita sendiri tahu bahawa selepas ribut, keadaan akan reda. Jadi bukankah ianya lebih mudah jika kita persiapkan diri dengan kesabaran dan memerhati situasi dengan penuh perhatian? Pasaran sendiri yang akan memberi anda peluang. Kita anda perlu belajar bersabar.

Dalam artikel saya yang sebelum ini, saya ada menerangkan mengenai cara yang mudah untuk anda mencari pasangan matawang yang sesuai dengan cara dagangan anda, samada retracement atau kemaskini extremum sebelumnya. Kita lebih cenderung berminat ke arah situasi dimana ianya dinasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti dagangan. Pada saat ini, pihak wartawan lupa mengenai aset, dan orang ramai akan terburu buru ke arah instrumen dan penyatuan mengambil tempat. Sesuatu seperti ini berlaku kepada gold dalam Ogos-Oktober. Bagi saya, saya tidak terkejut apabila Wall Street Journal, Financial Times, dan beberapa media global yang mendahului yang lain lupa mengenainya. Penonton lebih menyukai “berita panas/sensasi” sedangkan pasaran gold sedang tenang. Average Directional Index menurun lebih daripada paras kritikal iaitu paras 25, yang menyebabkan perhatian digandakan kepada gold

Penyatuan dalam pasaran minyak

  

Kita telah merasai bekerja dengan TF yang berbeza dan kita tahu bahawa kedua instrument dan indikator dibina diatas dasar yang lebih sensitif dengan TF kecil. Kebiasaan ini boleh digunakan untuk melakukan dagangan. Breakout paras atas $1180-1215 dan diikuti dengan pertumbuhan ADX yang tajam menjadi perdebatan yang kukuh untuk masuk dagangan “long”. SL boleh diletakkan dibahagian bawah dalam range dagangan atau lebih bawah lagi daripada paras bawahnya.

Strategi yang berjaya dari penyatuan

Strategi ini pertama kali diterangkan oleh Charles Schaap dan dipanggil” Dua Skrin Schaap: Penyatuan” (juga disebabkan penggunaan TF berbeza). Penulis mencadangkan menggunakan sistem filter, termasuklah nombor bar yang minimum dalam dagangan range. Dia fikir, jika nombor tersebut melebihi 20, sistem dagangan tersebut terbukti bagus. Bagi saya pula, saya ingin menarik perhatian anda untuk memperbanyakkan retest penyatuan yang tidak berjaya dimana ia mengizinkan untuk mencari titik tambahan untuk membuka posisi long. (dalam kes seperti gold). 

Reentry sewaktu percubaan retest

Selain point masuk dan lokasi SL, sebarang strategi perlu mempunyai sasaran dan peraturan pengurusan posisi (pedagang harus menaikkan posisi, atau tutup sebahagian darinya atau teruskan bertahan dengan prinsip “anda beli-anda harus tahan”). Sekiranya anda menggunakan sistem dagangan “Dua Skrin Schaap: Penyatuan” dalam carta graf gold, ianya adalah munasabah untuk menggunakan titik sasaran yang disarankan oleh dagangan harmonious. Dalam masa yang sama, menurut corak Bat, pertumbuhan gold dijangka sehingga $1255/ounce.

Mengenalpasti titik sasaran dibawah strategi “Dua Skrin Schaap: Penyatuan”

Jadi, jangna berlari mengikut orang ramai kelajuan yang boleh menyebabkan anda patah tengkuk sewaktu dalam pencarian instrumen yang sensasi: menggunakan dua TF menawarkan lebih banyak kelebihan kepada pedagang.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

 

 

Carta graf harga XAUUSD dalam mode real time

Dua Skrin Schaap: Penyatuan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas