Ulasan EOS, pesaing EOS dan prospek EOS

EOS adalah satu projek yang masih baru tetapi berpotensi tinggi. Ianya ditubuhkan pada tahun yang lalu, tetapi sudah berada dalam senarai TOP 5 permodalan terbaik. Walaupun platform ini belum dilancarkan sepenuhnya, ianya boleh menjadi pesaing yang serius terhadap Ethereum. Ketahui apakah itu EOS, kebaikan dan kekurangannya, di mana untuk membeli dan menyimpannya, sama ada ianya boleh dilombong, siapakah pesaing utama dan apakah prospeknya. Teruskan membaca dan sertai pedagang berjaya di LiteForex.

EOS - децентрализованная сеть будущего. Обзор, конкуренты, перспективы

EOS adalah pesaing utama terhadap Ethereum 

Baru-baru ini, beberapa instrument telah ditambahkan dalam senarai mata wang crypto LiteForex dan pasangan mata wang crypto. Salah satunya adalah EOS. Prospek instrument ini berpotensi tinggi. Mata wang crypto tersebut berada di kedudukan ke-10 dalam senarai CoinMarketCap pada musim bunga tahun 2018, yang menjana dekat dengan pesaingnya NEO. Tetapi selepas pembetulan pasaran pada musim panas, NEO (analogi China terhadap Ethereum) berada di kedudukan yang jauh di belakang sedangkan EOS memasuki senarai TOP 5. Pesaing-pesaing berada dalam keadaan berjaga-jaga, oleh itu kami tidak mengetahui jika mata wang tersebut akan kekal dalam senarai, tetapi ianya sangat sukar untuk dikeluarkan dari senarai TOP 10. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah itu EOS, kebaikan dan keburukannya, dan apakah prospeknya.

EOS adalah platform pelbagai tugas untuk pembangunan terhadap permulaan

Pada asasnya, EOS (eosio) sama dengan Ethereum, di mana ianya satu platform berpusat untuk pembangunan berbagai aplikasi. Ianya berdasarkan kontrak asynchronous yang dilaksanakan secara selari, membolehkan kadar pemprosesan maklumat sebanyak 1 juta transaksi sesaat dicapai. Tiada pembayaran yang perlu dilakukan dalam rangkaian tersebut. Pemaju EOS menjanjikan persekitaran yang selamat untuk pelaksanaan kontrak setanding Ethereum.

Kelebihan EOS:

  • penghantaran maklumat percuma untuk semua peserta;
  • peluang untuk memulihkan akaun pengguna di bawah protokol asas. Sandaran untuk BTC dan ETH dilaksanakan menggunakan skema multisignature rumit. Untuk EOS, semuanya lebih mudah: jika pengguna telah kehilangan atau terlupa kata laluannya, mata wang tersebut dengan mudah boleh dipulihkan;
  • Alamat pendek dengan mudah dihantar dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain, manakala BTC dan tidak boleh menggunakan fungsi tersebut.

Jumlah pelepasan token adalah 1 bilion coin dikeluarkan secara ansuran dalam masa 1 tahun, yang menimbulkan keraguan terhadap projek tersebut (tiada pemusatan yang dimaksudkan). Sekarang, lebih dari 900 juta coin berada dalam edaran percuma, 10% daripadanya dipegang oleh pemaju.

Di mana untuk membeli dan bagaimana untuk menyimpan EOS

1. Pertukaran

Apabila EOS telah tersenarai dalam permodalan TOP 5 terbaik, pengedaran jumlah dagangannya terhadap pertukaran mata wang crypto menjadi lebih baik. Jumlah utama (50%) digunakan untuk berdagang di pertukaran Bithumb (bithumb.com) Korea Selatan di mana mata wang tersebut hanya boleh dibeli untuk mata wang korea won (KRW). Sekarang, pengagihannya semakin bertambah:

  • Huobi adalah ketua dari segi jumlah (24-26%). Token boleh dibeli untuk BTC dan USDT, di mana ianya menjadi mudah;
  • OKEx menyumbang sebanyak 16%-18% dari jumlah dagangannya. Mata wang tersebut dijual untuk BTC dan USDT juga. ETH menyumbang sekitar 1%;
  • Binance: kira-kira 10%-12% dari jumlah dagangan (untuk BTC dan USDT);
  • Bitfinex dan Bithumb menyumbang sebanyak 11-13%.

Benar, pengagihannya mungkin berubah pada bila-bila masa. Seseorang susah untuk mempercayai EOS mungkin terkeluar dari senarai atau pertukaran mata wang crypto tersebut, tetapi sahamnya boleh berubah. Menurut CoinMarketCap, mata wang tersebut terdapat dalam lebih dari 120 pertukaran, tetapi yang boleh didagangkan hanyalah 50-60 sahaja. Dalam pasangan mata wang exotic, mari berbincang mengenai CNY (Chinese Yuan) dan CK USD (token pertukaran Canada). Kraken adalah salah satu dari pertukaran yang menjual EOS untuk USD dan EUR.

EOS - децентрализованная сеть будущего. Обзор, конкуренты, перспективы

Fakta menarik: dari segi permodalan, EOS menjana kepada Ripple dan Bitcoin Cash, tetapi dari segi jumlah dagangan, ia menjana hanya kepada BTC dan ETH. Situasi tersebut hampir sama seperti di OKEx, di mana EOS telah mengatasi ETH. Walaupun kemenangan itu mungkin sementara, kepimpinan EOS dalam jumlah dagangan bererti platform tersebut tidak akan kalah dan mungkin mencapai kedudukan keempat atau ketiga dalam permodalan tidak lama lagi.

2. Wallets

Pertukaran mata wang crypto tidak pernah dianggap sebagai cara yang boleh dipercayai untuk menyimpan mata wang crypto. Sering digodam dan tidak terkawal, kebiasaanya digunakan untuk perdagangan harian. Sesiapa yang menjangkakan quotes akan meningkat dalam jangka masa panjang mungkin berminat dalam wallets, di mana mata wang crypto dipindahkan selepas dibeli dalam pertukaran mata wang crypto.

Platform tersebut tidak mempunyai wallet sehinggalah 1 Jun 2018, oleh itu coin boleh disimpan di mana-mana wallet yang menggunakan ERC-20 Ethereum. Pada 1 Jun 2018, versi lengkap wallet EOSIO v1.0 dilancarkan dalam laman web platform tersebut.

  • Perhatian: EOS wallet harus diselaraskan dengan kunci dalam laman web tersebut. Mereka yang gagal untuk berbuat demikian sebelum ICO akan kehilangan coin mereka yang disimpan dalam wallet. Maklumat mengenai penyelarasan boleh ditemui dalam forum (anda perlu memahami asas programming dengan lebih mendalam). Terdapat pilihan yang lebih mudah – hanya ikuti arahan dalam laman web tersebut.

Mata wang tersebut digunakan untuk memberi sokongan terhadap popular wallet yang lain, seperti Exodus dan Jaxx, tetapi pemaju mengarahkan untuk gunakan wallet yang tersedia dalam laman web platform tersebut.

3. Mining

Tiada mining seperti itu. Pemaju mata wang crypto memutuskan dengan segera untuk tidak menggunakan PoW consensus algorithm dan memilih DPoS. Ianya adalah analog PoS di mana pemegang token akan mendapat faedah dari memegang token, sama seperti deposit dalam bank. Perbezaannya adalah DPoS adalah satu protokol di mana sejumlah terhad pemegang token yang dipilih oleh perserta rangkaian boleh membuat keputusan terhada rangkaian tersebut. Itulah sebabnya satu-satunya cara untuk mendapatkan token adalah dengan membelinya dalam pertukaran mata wang crypto. Atau berdagang CFDs mereka di Forex.

Prospek pelaburan EOS

Pengasas Bersama EOS adalah Daniel Larimer. Walaupun dia kurang terkenal berbanding Vitalik Buterin, beberapa fakta daripadanya menjadi pengetahuan umum orang ramai. EOS bukanlah projek awamnya yang pertama. Pertama sekali, beliau adalah pemaju Bersama pertukaran BitShares, tetapi meninggalkannya sebaik sahaja fasa permulaan menghadapi masalah teknikal yang menjejaskan popularitinya. Kemudian, dia melancarkan rangkaian sosial Steemit (analog Reddit), tetapi sekali lagi, terpaksa meninggalkan projek tersebut kerana terdapat perselisihan di antara perserta lain. Rangkaian itu sendiri sering dikritik oleh pengguna. EOS adalah projek berikutnya dan tiada jaminan bahawa Larimer tidak akan berhenti jika terdapat sebarang masalah. Walaupun banyak yang tidak bergantung sepenuhnya kepada beliau, ia tidak akan mempunyai kesan positif terhadap platform.

Inilah masanya untuk menyebut pesaing EOS (popularity platform berpusat untuk permulaan berada di tempat kedua selepas system pembayaran):

  • Ethereum. Pesaing yang tidak dapat ditandingi setakat ini. Walaubagaimanapun, secara teknikal ianya tidaklah begitu maju. Isu yang pertama adalah keselamatan yang dikompromikan oleh consensus algorithm PoW. Peralihannya kepada PoS telah ditangguhkan setakat ini dan tarikh tetap masih belum diketahui. Kepimpinan ETH kebanyakannya berdasarkan kuasa oleh Vitalik Buterin.
  • Cardano. Pesaing utama yang tersenarai dalam TOP 10. Platform tersebut mempunyai pasukan sokongan yang kuat, tetapi terdapat beberapa faktor yang mengelakkan harga daripada terus meningkat. Pertama sekali, bahasa programming yang digunakan (satu bahasa baru Haskell (1990) dan bahasanya sendiri Plutus), kedua-duanya adalah bahasa yang rumit. Kedua, platform masih dalam pembangunan dan belum dilancarkan sepenuhnya. Oleh itu, ianya mustahil untuk mengaplikasinya dalam praktis.
  • NEO. Platform tersebut digelar analogi China oleh Ethereum, tetapi ianya tidak lagi berada dalam senarai TOP 10. Salah satu sebabnya adalah permasalahan kod struktur yang membawa kepada kegagalan aplikasi. EOS tidak mempunyai masalah sedemikian setakat ini.
  • Lisk. Pesaing yang juga menggunakan DPoS consensus algorithim. Platform tersebut tersenarai dalam Top 20 permodalan dan mungkin menarik minat banyak pemaju aplikasi. Selain itu, ia menggunakan bahasa popular JavaScript. Platform tersebut telah digunakan dan pelbagai permulaan dijalankan menggunakan asasnya.
  • Expanse. Perlukah kita mempertimbangkan satu platform yang berkedudukan di bawah tempat ke-500? Ya, kerana terdapat banyak kebaikannya. Persoalannya adalah jika pemaju boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan sebenar.

Oleh itu, kita boleh mencapai beberapa kesimpulan terhadap permasalahan platform EOS:

  • Permulaannya masih baru dan belum dilancarkan sepenuhnya. Oleh itu, tiada jaminan bahawa aplikasi pemaju platform tersebut tidak akan mengalami sebarang masalah pada masa akan datang.
  • Maklumat yang diberikan oleh pemaju hanyalah bertujuan untuk pemasaran.
  • Harga terkesan dari pemasaran.

Point terakhir disahkan dengan situasi yang mengambil tempat pada bulan April 2018.

EOS - децентрализованная сеть будущего. Обзор, конкуренты, перспективы

Walaupun berlakunya kemerosotan pasaran (permodalan telah jatuh dua kali ke 412 bilion usd), EOS, sebaliknya, membuat sejarah pada akhir bulan April (pertumbuhan mingguan mencapai 79%). Terdapat 2 siaran yang menyumbang: maklumat mengenai penubuhan dana teroka EOS Global bernilai 200 bilion untuk mempromosikan projek di rantau Asia dan merancang untuk menukar ERC 20 standard ke blockchain sendiri pada permulaan musim panas. Benar, harga akan menurun tidak lama lagi, yang mengesahkan spekulasi berita.

Pada 1 Jun 2018, tahun pertama ICO telah berakhir berakhir dan peralihan yang dijanjikan kepada blockchain sendiri telah direalisasikan. Berdasarkan jumlah yang dilaburkan ($4 bilion), permulaannya menjadi pemimpin, tetapi berita itu tidak mempengaruhi harga. Di samping itu, penghujung ICO membenarkan pembatalan pengedaran token dalam rangkaian tersebut. Menurut Ethereum World News, hampir setengah dari token (49.67%) disimpan dalam 10 wallets. Ini adalah sebab yang serius untuk memikirkan mengenai pemusatan mata wang crypto dan kebarangkalian terhadap manipulasi harga.

Sejurus pelancaran blockchain sendiri, pada awal bulan Jun, pakar-pakar syarikat penyelidikan Cina Qihoo melaporkan beberapa kelemahan yang membuatkan penggodam boleh mengawal rangkaian EOS. Bagaimanapun, mereka tidak banyak bercakap mengenai kelemahan platform tersebut sepanjang tahun pertama kewujudannya, jadi ini hanya satu cubaan untuk memotong harga. Sebagai keselamatan, platform EOS boleh dipercayai.

Pada pertengahan bulan Ogos, pemaju EOS melancarkan satu sistem baru - Alliance - di mana peserta rangkaian boleh membincangkan vektor pembangunan platform selanjutnya. Ianya seperti perbincangan untuk membuat keputusan bersama dan pertukaran maklumat dalam masyarakat. Sistem ini dikawal oleh 7 presiden, 2 dari mereka dipilih oleh masyarakat. Benar, mekanisme pengundian dan prinsip-prinsip operasi sistem tidak dapat difahami sepenuhnya.

Kesimpulannya. Mata wang crypto EOS adalah projek baru dan prospeknya belum dijelaskan sepenuhnya setakat ini. Ramai pelabur mempercayainya, memandangkan kedudukan dari segi permodalan yang dicapai hanya dalam tempoh 1 tahun adalah tuntutan yang serius. Ianya bergantung kepada matlamat pemaju. Kita boleh mengatakan bahawa EOS adalah versi Ethereum yang lebih baik pada masa ini, tetapi ia tidak akan mengalahkannya. Tambahan lagi, harga EOS bergantung kepada trend pasaran umum: jika pasaran terus jatuh, EOS juga akan menjadi lebih murah. Walau bagaimanapun, terdapat satu lagi senario yang menarik: penyatuan beberapa platform sama. Mengapa tidak mempertimbangkan perkara tersebut, walaupun perkara-perkara seperti itu belum pernah berlaku?

Dan sementara EOS turun naik dalam kedua-dua arah dan pasaran mata wang crypto belum lagi mencapai bahagian bawah, saya mencadangkan untuk mempertimbangkan pasangan mata wang crypto LiteForex untuk menjana dari kedua-dua harga yang semakin meningkat dan menurun. Sila komen untuk mengulas mengenai strategi yang anda gunakan sendiri! Perdagangan yang baik, semua orang!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex
EOS: Decentralized network pada masa hadapan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas