Inflasi mempengaruhi kadar pertukaran

Kadar pertukaran mata wang asing ditentukan oleh dasar-dasar monetari bank-bank pusat. Jika pelabur menganggap bahawa dasar monetari akan diketatkan (dasar terhad), mereka akan membeli mata wang, walaupun dasar monetari yang luas (melembutkan) membuatkan mereka untuk jual. Keputusan bank-bank central mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor termasuk risiko global, statistik makroekonomi domestik, situasi politik, atau pergolakan kewangan pasaran. Walaubagaimanapun, dalam keadaan normal, inflasi yang harus dipertimbangkan adalah dengan memahami tindakan diambil oleh pengawal selia.

Dari segi ekonomi, inflasi adalah kenaikan harga barang dan servis untuk jangka masa yang panjang atau peningkatan dalam stok wang kertas yang mendorong kepada penurunan nilai. Adalah munasabah untuk pertumbuhan inflasi mengakibatkan lebih rendah kuasa membeli sesuatu mata wang dan kadarnya yang rendah. Dalam praktis, kesemuanya berbeza. Sebagai peraturan, kenaikan harga pengguna dalam USA akan mengakibatkan pembelian secara besar-besaran dalam USD, dan sebaliknya. Mengapa? Pelabur menganggap bahawa FED akan mengetatkan dasar monetari untuk menyekat pertumbuhan dalam inflasi. Beberapa tugas utama bank-bank pusat adalah untuk mengawal inflasi. Ia dipanggil “disasarkan”. Tahap 2% dianggap sebagai nilai inflasi optimum. Sekiranya terdapat alasan untuk menganggap bahawa tahap ini akan ditingkatkan, pengawal selia akan meningkatkan kadar. Sebaliknya, jika penunjuk asas tidak mencapai sasarannya sendiri, dasar monetari mungkin akan dilembutkan.

Bank-bank pusat kebiasaanya bertindak terlalu jauh. Bukan sahaja sekatan monetari berlebihan memberi kesan terhadap inflasi, malah ia juga meningkatkan risiko kemelesetan: sumber kewangan menjadi mahal, mengakibatkan pelaburan dalam jumlah yang kecil. Perkara yang sama sedang mengambil tempat di USA dan Canada. Fed dan Bank of Canada memutuskan untuk memberhentikan normalisasi apabila inflasi mula bergerak secara perlahan. Tindakan mereka sepanjang tahun lepas mungkin terlalu aktif. 

Inflasi dinamik US dan kadar FED

Sumber: Trading Economics.

Inflasi dinamik Canada dan kadar BoC

Sumber: Trading Economics.

Nampaknya tiada apa pun yang mudah: hanya ikuti inflasi, membuat ramalan mengenai tindakan bank-bank pusat berdasarkan dinamiknya dan posisi dibuka dalam sesuatu mata wang. Kesemuanya baik-baik sahaja, tetapi inflasi jauh sekali untuk berkeadaan statik seperti pasaran. Sebagai contoh, Fed telah memulakan satu kitaran baru dasar monetari yang ketat apabila ia jauh dari sasaran. Pengawal selia harus mengambil tindakan supaya harga pengguna menjadi lebih terkawal. Ramalan memainkan peranan penting dalam mengkaji dan memahami pandangan sudut pengawal selia. Mereka berdasarkan jangkaan inflasi pengguna, pengeluar, atau bank pusat itu sendiri. Penunjuk US ketika ini “berada di sauh”, membuatkan Feb lebih fleksibel dalam proses normalisasi.

Jangkaan inflasi US dan CPI

Sumber: Trading Economics.

Oleh itu, untuk ramalan ini atau masa depan dasar-dasar monetari bank pusat dan kesan kadar mata wang, seseorang harus memahami dengan lebih mendalam mengenai ke mana dan kadar kelajuan inflasi bergerak dalam medium- dan pada jangka masa panjang. Persoalan tersebut tidak mudah sama sekali dan membingungkan dari semasa ke semasa bukan sahaja kepada pelabur tetapi kepada pengawal selia itu sendiri. Walaubagaimanapun, jika jawapannya terlalu mudah untuk dicari, kesemuanya akan menjadi kaya. Tetapi telah ditakdirkan kepada yang terpilih sahaja.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

 

Carta graf harga EURUSD dalam mode real time

Forex bertindak terhadap inflasi piping

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas