Mempelajari pembentukan dan mengunakan corak dagangan harmoni yang popular

Selama beberapa dekad kewujudan corak dagangan harmoni, pengkaji telah mengenalpasti dan mempelajari mengenai corak asasnya. Senarai mereka cukup luas dan tidak terhad kepada Shark atau Bat. Kadang kala, serangan satu daripada pihak lawan terlalu kuat menyebabkan kawasan convergence pada paras 88.6% dengan mudah dapat diatasi. Ini tidak bermaksud bahawa corak dagangan harmoni tidak berkesan. Seperti instrumen teknikal dan asas yang lain, proses kebarangkalian ini juga melibatkan pengawalan risiko dengan menggunakan stop order.

Semakin dalam correction, semakin tinggi peluang untuk reversal. Pihak lawan trend utama menunjukkan diri mereka melalui rollback, dan menunggu dengan sabar untuk memecahkan trend. Corak ini jelas kelihatan apabila corak Expanding Wedge berdasarkan pembentukan Three Little Indians. Hal yang sama boleh dikatakan mengenai corak dagangan harmoni Butterfly. Ianya berdasarkan corak 1-2-3, dan paras correction dianggarkan pada tahap 78.6% daripada ombak XA pertama. Ada juga kajian yang menyebut 61.8% dan 88.6%, tapi versi klasik menganggap yang betul adalah ditengah tengah.

Corak Butterfly

Pada pendapat saya, market tidak kelihatan begitu harmoni untuk mencari ratio panjang wave yang sesuai. Kita hanya perlu dibimbing oleh prinsip; jika zon convergence pertama telah dilepasi, terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa instrumen tersebut akan berhenti pada yang kedua. Jadi dalam contoh GBP/USD, paras 88.6% wave XA tidak menjadi halangan yang serius kepada bears. Quotes jatuh sehingga paras 161.8% dimana, kadar correction 78.6% menunjukkan kehadiran corak Butterfly.

Corak Butterflly dalam carta GBP/USD

Seterusnya, anda perlu ingat balik mengenai prinsip corak harmoni. Ianya sendiri, harga mencecah zon convergence bukanlah isyarat untuk membuka posisi dalam arah yang berlainan dengan trend asal. Anda perlu menerima satu atau lebih lagi isyarat pengesahan, termasuklah dengan bantuan corak price action. Dalam kes GBP/USD, kita telah mengenalpasti corak Anti-Turtles. Corak Shark digunakan untuk mengenal pasti sasaran posisi long. Pintu masuk untuk posisi long adalah pada paras breakdown resistance diagonal jangka pendek, dan SL ditetapkan dikawasan low turun naik harga yang terbaru. Mari saya ingatkan anda bahawa penggunaan corak ini mencadangkan kebarangkalian untuk digunakan kepada kedua dua jenis trader aggresif dan konservatif.

Strategi dagangan berdasarkan corak Butterfly

Dalam contoh diatas, pergerakan harga ke atas adalah jauh dari kepenatan; walaubagaimanapun, trader sentiasa mempunyai instrumen untuk masuk balik. Sebagai isyarat pengesahan tambahan, indicator boleh digunakan. Divergence dan relative strenght index (RSI) meninggalkan kawasan oversold adalah hujah yang agak kuat dan memadai untuk menunjukkan formasi posisi long dalam kawasan convergence, terutama kepada mereka yang percaya kepada indicator pengiraan.

Filter untuk sistem dagangan berdasarkan corak Butterfly

Oleh itu, trader seharusnya tidak keliru dengan ketidakupayaan zone convergence berdekatan untuk menjadi trampoline dalam trend bearish dan siling dalam kes bullish. Paras 127.2% dan 161.8% dengan correction 78.6% dari wave pertama (XA) adalah paras support atau resistance yang agak kuat. Ianya mungkin akan berhasil sekiranya terdapat isyarat pengesahan yang mengizinkan untuk masuk trade dengan keyakinan yang tinggi.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga GBPUSD dalam mode real time

Forex is trying to catch the butterfly

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas