Penggunaan corak dalam dagangan bagi meningkatkan kemahiran dalam pasaran

Setiap pedagang tahu bahawa pasaran adalah kitaran. Frasa “trend diikuti oleh consolidation dan cosolidation diikuti oleh trend” telah kita ketahui. Berdasarkan prinsip ini, kita boleh pilih strategi kita untuk digunakan dalam rangka kerja trend semasa, dan reversal, atau pada breakout salah satu sempadan julat dagangan. Pada masa yang sama, beberapa orang fikir mengenai bagaimana kitaran pasaran ini terdapat dalam carta. Sekiranya kita menggunakan TF yang lebih panjang (dari 1 tahun dan ke atas), trend akan dipersembahkan sebagai bar dengan julat yang dipanjangkan sewaktu consolidation – seperti bar dengan julat yang dikurangkan. Oleh itu, inside bar dalam carta daily/harian adalah sekadar pantulan kepada prinsip kitaran dalam pasaran dalam TF yang lebih pendek.

Inside bar adalah corak grafik dimana badannya terletak dalam bar sebelumnya. Sebagai peraturan, isyarat original adalah tidak tentu. Pelabur belum pernah yakin samada pergerakan harga sebelumnya akan disambung atau tidak dan mereka telah mengambil keputusan untuk berhenti seketika. Breakout satu daripada extremum inside bar menghilangkan keraguan mereka dan menunjukkan pasangan matawang dalam arah ini atau arah itu.

Inside bar dalam carta harian USD/CAD

Linda Raschke, pengarang best seller “Street Smarts: High Probability Short-Term Trading Strategies”, memanggil  inside bar sebagai satu “pengurangan” dalam julat dan mencadangkan bahawa mereka patut digunakan untuk membentuk strategi dagangan. Pertama, filter perlu digunakan: pengurangan semasa julat adalah bar dengan spread yang paling ketat selama 4 sesi dagangan. Setelah ianya muncul, 2 order perlu diletakkan: untuk order beli diatas maksimum dan order jual dibawah minimum. Stop loss perlu diletakkan pada sisi bertentangan inside bar tersebut. Jika ia berkesan, posisi bertentangan kepada order yang bertentangan dengan yang pertama akan dibuka.

 Strategi “pengurangan julat” dalam carta harian USD/CAD

   

Sekiranya pengurangan julat adalah tidak lebih daripada pantulan dalam prinsip kitaran dalam TF yang lebih pendek, mengapa tidak menggunakan sistem dagangan “Corak Dua Skrin Grafik” untuk mendapatkan penempatan order yang lebih tepat dan meningkatkan keberkesanan dagangan? Mari kita bertukar kepada carta H1 USD/CAD dan melihat inside bar pertama dan terakhir dalam TF D1.

Dalam Oktober, kenaikkan USD mampu menembus downtrend untuk USD/CAD disebabkan pengurangan julat. Ia berlaku selepas corak Splash and Shelf terbentuk dalam TF H1. Harga telah pergi melebihi julat consolidation 1.2798-1.2843 mengizinkan percakapan mengenai pertukaran kitaran. Posisi long/beli seharusnya dibuka pada harga tutup bar breakout. Ia seharusnya diletakkan diatas sempadan atas “shelf”. Stop loss seharusnya diletakkan pada sempadan yang bertentangan. Linda Raschke mencadangkan menariknya ke atas sewaktu harga sedang menaik.  Trailing stop adalah bersamaan dengan peraturan utama dagangan: “kurangkan kerugian, biarkan keuntungan bertambah”.

Corak Splash and Shelf dalam carta USD/CAD TF H1

Juga sewaktu bulan Disember, inside bar dalam TF yang lebih panjang menjadi isyarat consolidation dalam TF yang lebih pendek. Pada masa yang sama, tetapan menunjukkan formasi corak Expanding wedge. Trader yang biasa dengan corak ini tidak mempunyai kesukaran untuk membuka posisi long pada retracement 50% dalam wave 4-5. Stop order harus diletakkan pada level naik turun terendah. Break even digunakan untuk penetapan keuntungan.

Pengembangan corak wedge dalam H1 carta USD/CAD

Oleh itu, pemahaman kitaran pasaran dan penggunaan inside bar secara cekap meningkatkan kecekapan dalam dagangan.


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga USDCAD dalam mode real time

Inside bar Strategi Forex

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas