Strategi dagangan baru. Bagaimanakah anda mengetahui level sokongan dan rintangan? Di manakah point kemasukkan dan keluar dari pasaran? Belajar di sini.

Strategi dagangan baru. Bagaimanakah anda mengetahui level sokongan dan rintangan?

Rakan – rakan sekalian,

Dalam artikel pembelajaran terakhir, saya berjanji untuk mengajar anda bagaimana untuk mengenal pasti arah trend.

Terdapat banyak cara untuk mengenal pasti, tetapi salah satu yang paling biasa ialah pertemuan antara moving average.

Saya mahu mengubah sedikit kaedah mudah ini. Akhirnya, ia telah menjadi strategi perdagangan lengkap yang jauh lebih daripada sekadar mengenal pasti trend. Tapi, perkara pertama dahulu.

Dalam bentuk yang paling mudah, strategi moving average seperti ini:

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Terdapat dua moving average dalam carta graf. Yang pertama adalah warna merah dengan short period. Ianya adalah 4-9 bar.

Yang kedua adalah warna biru, dengan long period (dari 14 hingga 25 bar).

Oleh itu, apabila garis biru berada di atas yang merah, arah trend adalah menaik dan sebaliknya apabila ia berada di bawah garis merah, arah trend itu menurun.

Apabila moving average bersilang, ia adalah isyarat untuk membeli atau menjual, mengikut arah mana garis merah melintasi biru itu.

Ia akan menjadi sempurna jika ia berfungsi untuk apa-apa jenis trend. Walau bagaimanapun, ia adalah satu penunjuk arah aliran yang memberi banyak signal palsu apabila harga didagangkan secara sekata (sideway).

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Terdapat contoh yang baik dalam carta graf di atas. Anda lihat, terdapat isyarat untuk membeli pada 11262 USD dan untuk dijual pada 9203 USD. Akhirnya, kedudukannya rugi 22%, yang tidak dapat membuat orang bahagia.

Oleh kerana saya peminat Fibonacci, saya ingin menerangkan versi strategi yang lebih baik.

Jika anda tidak ingat pelajaran matematik anda, saya akan mengingatkan anda bahawa nombor Fibonacci adalah urutan nombor di mana setiap nombor seterusnya adalah jumlah dua yang sebelumnya.

Secara umum, ia kelihatan seperti ini:

0, 1, 1, 2, 3, 5, 8, 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597, 2584, 4181, 6765, 10946, 17711…

Untuk strategi yang saya telah ubah, saya mengambil keputusan untuk menggunakan nombor yang lebih luas dari 13 hingga 1597.

Akhirnya, saya mendapat 11 nombor Fibonacci; mereka adalah 11 moving average dengan period berikut: 13, 21, 34, 55, 89, 144, 233, 377, 610, 987, 1597.

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Sekiranya anda meletakkan semua nombor di atas dalam bentuk EMA, anda akan lihat carta seperti web dengan moving average yang banyak.

Saya harus perhatikan bahawa pergerakkan harga juga dipaparkan dalam bentuk garis. Dalam kes ini, kita tidak memerlukan corak candlestick; kita akan menggunakan level harga.

Memandangkan extreme bar dalam daily timeframe mewujudkan key level tertentu, adalah logik untuk melukis carta graf di sepanjang level tertinggi dan terendah untuk mengenal pasti level sokongan.

Akhirnya, anda mempunyai dua carta graf.

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Di sebelah kiri - terdapat carta, yang ditarik sepanjang level terendah harian.

Di sebelah kanan - terdapat carta, berdasarkan level tertinggi harian.

"Apa yang kita perlukan darinya?", anda akan bertanya.

Jawapannya dijumpai dalam asas analisis teknikal.

Sekiranya trend menaik, level tertinggi dipecahkan; dan setiap level seterusnya menjadi level sokongan.

Sekiranya trend turun ke bawah, semuanya bertentangan secara langsung; yang terendah dipecah, dan membina level rintangan baru.

Oleh itu, apabila trend menaik, untuk mengetahui level sokongan utama secepat mungkin, anda perlu melihat level terendah; apabila trend turun - pada level tertinggi.

Selain itu, signal kesinambungan uptrend adalah penembusan level tertinggi; dan untuk aliran menurun, ia adalah penembusan level terendah. Jadi, untuk menilai isyarat reversal, anda perlu memantau arah aliran menaik, berdasarkan level tertinggi dan arah aliran menurun, mengikut level terendah.

Untuk menjadikannya lebih jelas untuk anda, mari kita teliti contoh di bawah ini:

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Dalam carta graf, anda melihat reversal BTCUSD yang dramatik dekat dengan level 20 000 USD.

Terdapat isyarat yang kuat mengenai reversal arah aliran menaik dalam carta yang ditanda. Dalam analisis candlestick, isyarat ini tidak begitu menonjol; tetapi jika anda belajar dengan mendalam, segala-galanya cukup jelas.

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Anda lihat dalam carta di atas (di sebelah kiri), level terendah rebound dari garis sokongan; Di samping itu, level tertinggi (di bahagian kiri) memecahkan level sokongan dan bersatu dengan level terendah.

Di samping itu, prinsip aliran menaik iaitu setiap level tertinggi yang baru mesti lebih tinggi daripada yang sebelumnya dilanggar; ia juga merupakan isyarat pivot yang kuat.

Di samping itu, moving average dalam carta terendah menunjukkan level sokongan yang kuat; dan average line dalam carta tertinggi adalah level rintangan yang kuat.

Anda lihat, garis merah adalah di bawah biru, iaitu trend masih lemah. Dalam kes ini, mengetahui level sokongan / rintangan, anda boleh membuat jenis staircase posisi membeli dan staircase jualan yang sama untuk menetapkan keuntungan.

Jadi, anda meletakkan pesanan membeli di level terendah (bahagian kiri) dan mengambil keuntungan di level tertinggi (bahagian kanan).

Akhir sekali, jika anda menggabungkan kedua-dua carta ini dan membuang moving average, anda akan melihat bahawa daripada tiga pesanan membeli, dua daripadanya berfungsi dan yang terakhir adalah pada harga bergerak terendah. Saya ingin ambil perhatian bahawa keuntungan diambil di level tertinggi.

Ternyata, yang anda beli adalah dalam arah aliran menaik, dan jual semasa retracement harga! Malah, ia kelihatan seperti strategi QFL.

Sekarang, mari kita kembali ke trend sideway yang mengakibatkan kerugian 22%, berdasarkan sistem dagangan lama.

Dengan strategi yang saya ubah, keadaan kelihatan sedikit berbeza.

Di carta kiri, terdapat signal beli pada pertemuan moving average warna merah dan biru.

Anda meletakkan pesanan membeli pada level terendah. Akhirnya, tiga pesanan daripada empat yang berjaya.

Di carta tertinggi, anda menetapkan take profit.

Akhirnya, dalam gabungan carta harga, tidak memasukkan moving average, pelan perdagangan ini kelihatan seperti ini:

Akhirnya, anda mendapat perdagangan yang menguntungkan dengan jangkaan matematik yang tinggi terhadap keuntungan.

Seperti yang anda lihat dari kedua-dua contoh ini, sistem ini berfungsi dengan baik dalam trend sideway dengan trend global. Tetapi jika pasaran sedang bergerak dalam trend?

Dalam keadaan ini, saya cadangkan membuka pesanan dalam trend semasa harga rebound dari short, red, moving average dengan stop order yang dinamik (Trailing Stop) di sepanjang garis biru.

Anda mengambil keuntungan sama ada apabila harga sampai ke level utama atau apabila trend reversal (dalam kes ini, kedudukan akan ditutup dengan trailing stop). Bagaimanapun, anda akan selamat daripada membeli di tempat yang sangat tinggi. Kerana jarak antara EMA 13 dan EMA 21 sangat kecil, anda akan sentiasa mempunyai tahap risiko rendah yang terkawal dan mengelakkan keluar dari perdagangan terlalu awal, sebelum harga berkembang.

Selain itu, anda mesti mengambil kira arah aliran dan ingat bahawa mengikut strategi, anda menggunakan moving average di sepanjang level terendah untuk aliran menaik dan berdasarkan level tertinggi untuk aliran menurun.

Sebagai contoh, saya akan menerangkan keadaan dengan trend menurun.

Dalam carta di atas, moving average berdasarkan level rendah di sebelah kiri; yang dilukis di sepanjang level tertinggi, berada di sebelah kanan.

Anda melihat garis merah berada di bawah warna biru, jadi trend itu menurun dan anda berdagang berdasarkan rebound dari average berdasarkan level tertinggi.

Di bahagian kanan carta, terdapat short posisi pada 9194 - rebound dari garis merah.

Dalam carta moving average rendah, anda menandakan level rintangan utama dan meletakkan take profit pada level itu (lihat bahagian kiri carta).

Akhirnya, take profit anda untuk posisi short ialah 8158.98; 7293.76; 6690.40.

Di samping itu, isyarat aliran pivot akan bertemu antara moving average merah dan biru (lihat carta di bawah).

Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan trailing stop, keadaan ini tidak mungkin, kerana anda akan mengambil keuntungan jauh lebih awal, apabila harga mencapai moving average biru, di mana stop loss annda berada (lihat carta di bawah).

Jadi, seterusnya, anda mengharapkan point kemasukkan untuk posisi beli, iaitu rebound dari low-average merah.

Dalam carta di atas, anda melihat isyarat sedemikian pada tahap 9067,32 USD, tetapi tidak ada rebound. Ticker memulakan pembetulan, sehingga perdagangan itu keluar dari stop order di level garis biru, 8805.79. Akhirnya, anda mendapat sedikit kerugian sebanyak 3% daripada posisi yang dibuka.

Dalam artikel saya yang berikutnya, saya akan cuba menggabungkan semua sistem dan menganalisis metodologi, saya menerangkan dalam blog pendidikan saya baru-baru ini ke dalam satu strategi dagangan tunggal.

Ini termasuk pendekatan di atas yang saya panggil High Low EMA (HLEMA), strategi mengenal pasti momentum, strategi QFL dan beberapa elemen strategi SK-FX.

Ringkasan maklumat mengenai HLEMA:

Kelebihan kaedah ini:

  • Signal hanya dalam arah trend;
  • Membeli pada level terendah dalam arah aliran menaik dan pada level tertinggi dalam arah aliran menurun;
  • Peratusan risiko terkawal;
  • Kemudahan penggunaan (mudah untuk mengenal pasti point kemasukkan / keluar dan level SL;

Strategi boleh digunakan dalam kedua – dua arah trend dan trend sideway.

Kelemahan kaedah ini:

  • Stop loss dan pesanan mesti bergerak secara teratur, mengikut perubahan lokasi moving average;
  • Untuk mengenal pasti sama ada pasaran berdagang dalam trend atau sideway, anda memerlukan indicator tambahan;
  • Pasaran boleh menampung sehingga 50% dari pergerakkannya sebelum isyarat dagangan muncul.

Anda boleh cuba strategi dagangan ini dalam demo akaun di sini: https://my.liteforex.com/trading/chart?symbol=EURUSD&returnUrl=true.

Semoga berjaya dan mendapat keuntungan yang baik!

Adakah anda suka artikel saya? Kongsi di rangkaian sosial; ia merupakan penghargaan yang terbaik :)

Kemukakan soalan dan komen anda di bawah. Saya gembira untuk menjawab dan menerangkannya.

Pautan rujukan:

  • Saya cadangkan untuk berdagang dengan broker yang boleh dipercayai di sini. Sistem ini membolehkan anda untuk berdagang dengan sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel telegram dengan analisis berkualiti tinggi, pandangan Forex, artikel pembelajaran dan maklumat berguna yang lain untuk pedagang http://t.me/liteforex.

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Carta graf harga AA dalam mode real time

Pendekatan baru dalam mengenal pasti level utama dan arah aliran - strategi HLEMA

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas