Pengenalan kepada teori William Gann

Ulasan secara ringkas mengenai sejarah. Algoritma pembentukan dan aplikasi praktikal. Pengenalpastian titik masuk pada skala masa.

Wahai kawan kawan,

Hari ini, saya ingin memulakan blok pembelajaran baru yang akan dikhususkan untuk mempelajari penulisan dari seorang yang sangat hebat, iaitu William Delbert Gann, yang telah digelar Nostradamus diantara peserta dalam pasaran kewangan. Anda boleh mempelajari lebih lagi mengenainya dalam artikel ini William Gann – the Finance Nostradamus.

Pengenalan kepada teori William Gann

Gann, seperti genius lainnya, adalah seorang yang sangat luar biasa. Dalam bukunya, beliau telah menggabungkan sains dengan geometri, astronomi, teknik kira kira yang lama dan pembelajaran agama.

Menjadi seorang yang sangat berpegang pada agama (bible memainkan peranan penting dalam buku beliau). Gann percaya dengan nilai saintifik yang terdapat dalam buku ini. Gann juga ialah Freemason 33 darjah, yang mana merupakan pengetahuan beliau mengenai matematik purba.

Salah satu daripada ramalan Gann yang diketahui ramai telah diterbitkan dalam Jurnal Wall Street pada 1909. Disana, Gann menulis bawaha harga kapas akan jatuh dibawah 99 sen sebelum penghujung tahun, dan akan naik sehingga 1.45 dolar pada musim bunga. Akhirnya, ia telah memenuhi secara tepat dalam lingkungan sen.

Gann telah menghabiskan masa selama 10 tahun mempelajari pertukaran dagangan. Akhirnya, menurut hasil menakjubkan daripada ramalannya yang hampir 90% tepat, beliau telah berjaya. Walaubagaimanapun, bekerja sebagai penasihat dan menjual ramalannya kepada trader lain, beliau tidak ingin berkongsi rahsianya. Malang sekali, beliau Cuma menulis sebanyak sepuluh buku sewaktu hidup, tapi tidak mendedahkan kunci utama kepada kejayaan dagangan. Sekarang, penulisan William Gann telah menjadi subjek pembelajaran secara mendalam oleh pengikutnya.

Ianya telah diakui bahawa gabungan semua instrumen Gann dalam skala penuh dan kaedah ini merupakan ramalan yang mempunyai ketepatan yang tinggi. Walaubgaimanapun, setiap dari instrumen ini, diambil secara berasingan, tidak melakukan dengan begitu baik. Kemungkinan, inilah mengapa semua instrumen ini terdapat dalam terminal dagangan, seperti peminat Gann atau kotak Gann, adalah tidak popular. Trader Cuma tidak mempunyai idea yang betul baggimana caranya untuk menggunakannya dan mengaplikasikan kedalam dagangan dan akhirnya mereka berputus asa dengan instrumen ini, kerana kecewa.

Anak murid Gann yang sebenar telah menghabiskan bertahun tahun untuk memahami kepelikan kaedah guru yang hebat ini. Saya tidak mensasarkan untuk menceritakan kembali mengenai buku Gann, tapi ingin saya sebut mengenai asas konsep dagangan beliau, fokus kepada aplikasi praktikal dan untuk mencadangkan kepada anda kunci untuk belajar sendiri.

Hanya dengan cara ini, setiap pembaca akan dapat melihat sisi Gann yang tidak diketahui dan mengekspoit penulisannyya dengan berkesan.

Secara kasar, kaedah dagangan Gann adalah berdasarkan tiga konsep utama:

  • Empat segi Kardinal
  • Prinsip perjanjian harga dan masa
  • Sudut Geometri

Dalam siri artikel ini, dikhususkan untuk kaedah Gann, saya juga akan menjelaskan secara terperinci mengenai tiga elemen ini dari sudut pandangan teori dan praktikal. Saya juga akan menerangkan perbezaan variasi gabungan instrumen Gann dengan indicator lain yang popular dan sistem dagangan.

Yang pertama dan yang paling penting dalam elemen sistem ini adalah Empat Segi Kardinal. Oleh itu, saya sarankan kepada semua, yang ingin menggunakan sistem ini, untuk mula belajar mengenai elemen ini terlebih dahulu.

Saya cadangkan baca The Definitive Guide to Forecasting Using W.D. Gann's Square of Nine  oleh Patrick Mikula untuk mempelajari lebih lagi mengenai teori ini. Saya tidak akan pergi terlalu dalam ke dalam teori artikel ini, namun, saya akan mulakan dengan aplikasi praktikal instrumen ini.

Penerangan mengenai kes Petak Kardinal – Petak 9

Gann sendiri yang melukis petak 9 ini diatas sehelai kertas bergaris. Pada abad ke21, kita tidak perlu melukisnya sendiri. Terdapat instrumen istimewa yang mempunyai akses percuma yang dipanggil Gannzilla Pro. Ianya adalah perisian yang dicipta oleh programmer Russia, Artem Kalashnikov. Anda boleh muat turun dan menggunakannya secara percuma.

Oleh itu, untuk mengeksploit instrumen Gann, anda perlu memahami algoritma ini langkah demi langkah.

1. Tetapkan jangka masa untuk analisis (jangka masa pendek, pertengahan, panjang)

Model ini dibentuk dalam jangka masa berikut:

  • Untuk dagangan jangka masa pendek – sejak dari hari sebelumnya sehingga hari berikutnya;
  • Untuk dagangan jangka masa pertengahan – sejak dari minggu sebelumnya sehingga minggu berikutnya;
  • Untuk dagangan jangka masa panjang – sejak dari masa sebelumnya diantara ekuinoks dan soltis sehingga yang berikutnya.

TF berikut kebiasaannya digunakan untuk analisis:

  • Jangka masa pendek - М5;
  • Jangka masa sederhana - М30;
  • Jangka masa panjang - D1.

2. Tetapkan tetapan Gannzilla.

3. Pilih titik dimana harga berpatah arah sewaktu pilihan masa yang telah dipilih.

4. Pilih nombor dan ubah putaran sudut supaya diagonalnya bersilang atau palign hampir dengan titik yang ditandai.

5. Kenalpasti titik pivot dalam pembelajaran jangka masa pada masa hadapan.

6. Kenalpasti harga “sudut kesukaan”, berdasarkan bulatan.

7. Kira unit harga dan tentukan paras kunci.

8. Kenalpasti tarikh dan masa harga berpatah arah.

9. Tandakan semuanya pada carta.

Jadi, mari kita bermula dengan langkah 1. Untuk mengekploit instrumen dagangan dengan berkesan, anda perlu menganalisis semua TF. Jika instrumen belum dianalisa dalam tempoh masa jangka panjang, anda boleh bermula dengannya. Seterusnya, anda boleh pergi ke TF yang lebih pendek.

Dalam pos ini, saya akan menceritakan mengenai analisis jangka masa panjang. Dalam artikel seterusnya, saya akan melakukan analisis yang sama dalam jangka masa sederhana dan pendek, merumuskan pengakhiran dan mencadangkan senario dagangan.

Setelah memilih masa yang ingin dianalisis, anda perlu membuat konfigurasi yang selari dengan Gannzilla Pro. Anda bergerak kepada panel disebelah kiri dan ubah nilai bermula dari bahagian atas. Terdapat tetapan yang betul untuk analisis jangka masa panjang dibawah:

  • Layout
    • Visible – enable
    • Clockwise – enable
    • Size – 10
    • View – Square of 9
    • Data type – Date
  • Date
    • Today – disable
    • Value – default
    • Find - default
    • Show trading days – for cryptocurrency market – disable, for others - enable
    • Format - dd.mm.yy
  • Protractor
    • Visible – enable
    • Clockwise – enable
    • Angle - 1800
  • Chronometer
    • Visible – enable
    • Clockwise – enable
    • Angle - 1800
    • Range – Annual (for long-term analysis)
  • Cosmogram
    • Visible – disable

Parameter yang lain yang belum ditunjukkan seharusnya berada dalam nilai default.

Pengenalan kepada teori William Gann

Semak sekiranya parameter diatas adalah selari dengan nilai pada skrin anda.

Tutup sorotan untuk semua objek dengan cara klik kanan pada bahagian kanan skrin.

Jika anda sudah melakukannya dengan betul, skrin anda akan terpapar seperti yang berikut:

Pengenalan kepada teori William Gann

Titik semakan adalah pada sebelah kanan ditengah tengah garis mndatar (ditandai dengan kotak biru). Pada titik tersebut, protractor mesti memaparkan darjah 0, dan chronograph – 21 Mac.

Seterusnya, menurut langkah 3, anda pilih titik dimana harga berpatah arah dalam jangka masa yang telah dipilih.

Seperti yang telah saya sebutkan, untuk ramalan jangka masa panjang, anda perlu menggunakan jarak diantara masa ekuinoks dan soltis sebelumya dengan masa hadapan.

Untuk mendapatkan masa yang tepat, saya cadangkan anda merujuk kepada Wikipedia

Dalam masa saya menulis artikel ini, ianya dalah November, 2018; dan masa diantara ekuinoks ialah pada September 23, 2018 dan soltis pada December, 2018 (saya highlight kan ia dengan warna hijau dalam jadual dibawah). Oleh itu, jangka masa sebelumnya ialah dari June 21, 2018 (permulaan soltis) dan permulaan ekuinoks pada September 23, 2018 (highlight dengan warna merah). Saya juga telah menanda masa hadapan yang akan bermula pada December 21, 2018 dan berakhir pada March 20, 2019 (highlight dengan warna biru).

Pengenalan kepada teori William Gann

Anda tanda jangka masa iini pada carta harga untuk instrumen dagangan, anda analisa.

Pengenalan kepada teori William Gann

Seterusnya, anda buka Gannzilla Pro yang telah diubah, dan dalam bahagian Data, dalam kotak Value, anda masukkan tarikh pertama, ditandai pada atas carta, iaitu pada 21.06.2018.

Pengenalan kepada teori William Gann

Selepas itu, anda balik kembali kepada carta the BTCUSD dan tandakan titik kritikal.

Ianya adalah local low pada 29.06.2018, local high pada 07.07.2018 dan extremes pada 13.07.2018; 24.07.2018; 14.08.2018, dan juga extremes pada 05.09.2018 dan 08.09.2018.

(Lihat garis titik dalam carta dibawah)

Pengenalan kepada teori William Gann

Langkah ke4. Pilih nilai dan betulkan putaran sudut.

Untuk melakukannya, anda perlu tanda titik dalam carta diantara msa sebelumnya pada petak 9 dalam Gannzilla Pro dengan tanda hijau (lihat hasilnya dibawah)

Pengenalan kepada teori William Gann

Seterusnya, susun nilai tersebut, bermula dari segitiga kepada penamat dengan decagon (ditandai dengan anak panah merah). Objektif seterusnya ialah memilih niai dan putaran sudut supaya diagonal bersilang dengan nombor maksimum dalam kotak hijau. Sekiranya terdapat beberapa nilai, anda pilihlah nilai yang mempunyai sudut yang sedikit.

Dalam kes yang diberikan ialah decagon(lihat gambar dibawah)

Pengenalan kepada teori William Gann

Terdapat titik pivot kawalan global pada bulatan luar – chronograph. Dalam kes yang diberikan, anda perlu menumpukan perhatian hanya kepada mereka yang selari dengan analisis sehingga Mac 20, 2019.

Dalam gambar yang dibesarkan dibawah, anda boleh lihat tarikh yang diperlukan ialah pada Oktober 15, November 20, Disember 26, Januari 31 dan Mac 8.

Pengenalan kepada teori William Gann

Anda tandakan tarikh ini dengan garisan hijau yang tebal dalam tempoh masa analisis (tengok garis hijau dalam carta).

Pengenalan kepada teori William Gann

Disini, saya perlu tandakan bahawa garis pertama pada 15 Oktober sangat bertepatan dengan momentum dalam carta, yang bermaksud ketepatan yang tinggi.

Jika anda tidak yakin dengan kebetulan ini, anda boleh lihat titik global yang sebelumnya.

Pengenalan kepada teori William Gann

Mereka adalah 14.04, 20.05, 26.06, dan 02.08.

Akhirnya, anda boleh lihat semua tanda paras global ini bermula dengan ombak yang kuat dengan penyimpangan hanya beberapa hari. Umumnya, penyimpangan ini diantara 1 atau 2 hari adalah boleh diterima, tapi pergerakan yang berlaku adalah lebih dekat.

Langkah ke5. Anda sudah mengenalpasti titik pivot dalam pembelajaran jangka masa hadapan. Untuk melakukannya, anda perlu menggerakkan diagonal nilai pilihan. Dalam contoh yang diberi ialah decagon. Disana, anda tandakan petak yang padan dengan jarak pembelajaran dan bersilang dengan garis diagonal. Decagon mempunyai sebanyak lima diagonal, anda perlu menumpukan perhatian kepada, yang mana bersilang dengan petak hijau (lihat gambar dibawah).

Pengenalan kepada teori William Gann

Untuk lebih jelas, saya tandakan petak masa hadapan dengan highlight kuning. Nilai yang telah bersilang, ditandai dengan warna merah (disini, saya berminat dengan bulan lepas).

Seterusnya, anda perlu tanda titik kunci pada carta (lihat carta dibawah)

Pengenalan kepada teori William Gann

Ianya jelas kelihatan melalui carta diatas, semua garis merah halus adalah dengan sangat tepat dengan paras ini, dimana disana terdapat momentum yang kuat. Ini merupakan bukti dimana sudut putaran petak pada bulatan chronograph ini adalah betul.

Seterusnya, anda tandakan titik ini, termasuk jangka masa analisa, di masa hadapan.

Tarikh ini:

01.12.18, 05.12.18, 16.12.18, 25.01.19, 30.01.19, 11.02.19, 25.02.19, 03.03.19

Pengenalan kepada teori William Gann

Seperti yang dapat kamu lihat dalam carta diatas, terdapat beberapa siri titik pivot yang menandakan masa masa yang mempunyai volatiliti yang tinggi, dan, kebarangkalian yang tingga untuk pergerakan masa hadapan. Semua siri ini adalah dekat dengan paras kunci global (garis hijau).

Siri pertama bermula pada 16 Disember dan berakhir pada 24 Disember, dan, kita boleh menjangkakan momentum yang kuat dalam masa ini. Ombak yang seterusnya bermula pada 25 Januari dan berakhir pada 31 Januari. Kumpulan garis terakhir adalah diantara 25 Febuari dan 8 Mac. Anda seharusnya memberi perhatian kepada garis pada 01 Disember dan 05 Disember, dan pada 11 Febuari; mereka juga boleh menunjukkan potensi momentum yang kuat.

Walaubagaimanapun, garis ini tidak mencukupi untuk membuat ramalan. Walaupun, digabungkan dengan indicator trend dan isyarat patah arah yang lain, paras ini mungkin akan berkhidmat untuk mengesahkan parah arah harga atau momentum kuat pada masa hadapan.

Untuk melengkapkan analisis ini, anda perlu mengenalpasti paras kunci dalam carta harga. Titik ini diperlukan untuk tempat perjumpaan paras harga dan tarikh. Ia akan menjadi indicator dan sasaran dalam sistem dagangan.

Walaubagaimanapun, untuk membuat analisis ini secara skala penuh, supaya kita dalam melihat gambaran yang lengkap, kita perlu mempelajari jangka masa sederhana dan jangka masa pendek. Hanya dengan itu kita boleh melihat pergerakan harga yang paling tepat. Saya akan menerangkanya pada minggu hadapan.

Disini, saya akan menamatkan artikel pertama saya, dikhususkan kepada Delbert William Gann dan pembelajarannya, dimana saya aplikasikan keatas pasangan BTCUSD. Diharap maklumat ini menarik dan berguna untuk anda.

Saya harap anda bernasib baik dan dapatkan keuntungan yang baik!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

https://ru.liteforex.com/uploads/blog_post/cryptocyrrency/hyipov/hyipov.gif

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Unknown Gann Method: Square of nine

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas