Kelebihan berdagang dalam corak yang popular

Tidak kira sama ada anda memegang satu posisi atau menganalisa pasaran untuk buka satu posisi, adalah sangat penting untuk mengenal pasti di mana tahap support dan resistance berada. Terdapat banyak teknik untuk mengenal pastinya, termasuklah pendekatan garisan, tahap Fibonacci, penunjuk pasaran, dan banyak lagi. Corak “Tiga bar” adalah salah satu cara yang paling mudah untuk mengenal pasti tahap-tahap yang penting. Gabungkannya dengan beberapa penunjuk, anda boleh membina satu strategi dagangan. Jospeh Stowell, seorang pengurus yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dianggap sebagai pengarang teknik “Tiga bar”. Beliau mengajar perdagangan dalam kolej dan universiti di New York selama 30 tahun.

Jika satu maximum baru mengambil tempat dalam pasaran menaik, bar di dalamnya ditandakan sebagai №1. Bar dengan minimum lebih rendah dari minimum bar №1 ditandakan sebagai №2. Bar №3 juga dikenal pasti dengan cara yang sama. Oleh itu, garisan tiga bar tersebut diplotkan. Ianya adalah garisan support. Selagi harga berada di atasnya, pasaran kenaikan akan mengawal pasangan mata wang. Bar №1-3 tidak perlu berada dalam susunan. Bar yang lain mungkin berada di antara mereka. Syarat utama adalah minimum berada di lokasi yang betul.

Sekiranya pembentukan satu puncak baru dalam carta Forex diikuti dengan nilai extremal salah satu garisan ADX, terdapat satu peluang untuk membentuk satu posisi di penembusan oleh garisan “tiga bar”. Sebagai contoh, terdapat satu gabungan tiga bar dengan minimum yang meningkat dalam pasaran menaik dan satu nilai extremal oleh +DMI dalam carta AUD/JPY dengan jangka masa H1.

Corak tiga bar dalam carta AUD/JPY

  

Serangan yang berjaya terhadap garisan tiga bar berfungsi sebagai tahap support adalah sebab untuk buka satu posisi short. Stop-loss hendaklah diletakkan pada maximum naik turun harga. Dalam kes AUD/JPY, pedagang mempunyai peluang untuk jual Australian dollar sekali lagi dalam beberapa hari kemudian. Secara visual, ia mengingatkan semula tahap support yang berfungsi sebagai resistance sejak akhir Februari.

​Strategi tiga bar dalam carta AUD/JPY

Teknik yang sama juga digunakan dalam trend menurun. Jika satu minimum baru mengambil tempat, ia ditandakan sebagai №1.

Bar №2 adalah bar dengan maximum yang lebih tinggi. Kemudian, bar №3 dikenal pasti dan garisan tiga bar diplotkan. Dalam kes ini, garisan tersebut berfungsi sebagai resistance, dan situasi ini dikawal oleh penjual sehinggalah resistance ditembusi. Satu extremum baru oleh garisan –DMI oleh ADX adalah satu keadaan untuk buka posisi long.

Corak tiga bar dalam carta USD/CHF

Satu posisi long boleh di buka pada ketika penembusan atau di harga closing dari bar penembusan jika ianya terletak di atas garisan tiga bar. Stop loss hendaklah diletakkan di bawah minimum harga terkini (di bawah bar №1). Dagangan tersebut harus di tutup menggunakan faktor keuntungan pre-set.

Strategi tiga bar dalam carta USD/CHF

Kaedah lain analisa teknikal, termasuklah tahap Fibonacci atau VSA, boleh berfungsi sebagai pengesahan signal atau filter yang dapat meningkatkan keberkesanan dalam strategi perdagangan. Sebagai contoh dalam carta AUD/JPY, pembentukan maximum di bawah volumes menurun menunjukkan kelemahan kenaikan tersebut. Dalam carta USD/CHF dengan jangka masa H1, sebaliknya, boleh diberikan perhatian terhadap peningkatan volumes yang membolehkan pedagang untuk membeli.

On the whole, the “three bars” pattern is quite a simple instrument for identifying important control levels. Before it’s broken, we can easily understand which party dictates to the market.  


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

 

 

Carta graf harga AUDJPY dalam mode real time

Tiga bar dalam sesuatu trend

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas