Mereka berkata, anda perlu berdagang mengikut arah trend dan ketika correction, anda seharusnya menunggu sehingga ianya berakhir, dan perkara utama ialah “bagaimana mengenal pasti samada ianya perubahan trend atau correction?”. Bukan. Perkara utamanya ialah “bolehkah kita tahu samada ianya perubahan trend atau correction?”. Artikel ini mungkin akan mengubah pandangan anda tentang carta harga.

Hai semua! Jika anda berminat dengan artikel ini, anda kemungkinan telah penat dan letih sewaktu cuba mengenali satu dari yang lain dan anda tidak pernah tahu situasi pasaran yang sebenar. Saya juga menjangkakan bahawa anda telah mempelajari beberapa teori dalam dagangan Forex dan telah cuba masuk dagangan anda yang pertama, tapi.... TERDAPAT KESILAPAN TELAH BERLAKU ;)

Anda masuk ketika uptrend (segalanya jelas, high menjadi semakin tinggi, low juga sedang menaik. Harga jelas sedang menaik), tapi selepas anda menekan order buy, harga dengan segera (atau selepas beberapa ketika, jika anda bertuah) berpatah arah. Kesimpulan yang  muncul dalam fikiran pedaagang, (sudah tentu, saya tak boleh cakap dengan kepastian dan sekarang saya bercakap umumnya mengenai diri saya) kebiasaannya, adalah seperti ini,”saya telah mengenalpasti trend YANG SALAH”. Betul kan?

Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?

Artikel ini ditujukan kepada semua yang ingin masuk mengikut trend, mereka yang berbalah dalam forum mengenai mereka perlu “beli” sekarang atau perlu “jual”; juga kepada mereka telah beratus kali cuba menjawa soalan retorik pedagang “samada trend atau correction”, dan selepas beberapa kali percubaan yang berjaya, ianya masih lagi silap.

Apakah trend dan correction?

Mari kita lihat carta dan bayangkan perubahan harga untuk sesuatu aset hanyalah dalam bentuk nombor. Sebagai contoh, EUR/USD bernilai 1.15 pada penghujung hari isnin, pada hari selasa pula, nilainya adalah 1.17, pada hari rabu, 1.16, pada hari khamis, 1.18. mari bentangkannya didalam bentuk jadual:

Isnin - 1.15

Selasa - 1.17

Rabu - 1.16

Khamis - 1.18

Jumaat - ?

Lihat nombor yang dinyatakan diatas, TANPA MEMBAYANGKAN carta didalam fikiran anda, cuba jawab soalan ini: apakah harga EUR/USD pada hari jumaat? Adakah ianya akan naik? Mengapa? Sebab ianya dah menaik terlalu jauh? Tapi sekiranya kelmarin hujan, adakah hujan pasti akan turun juga hari ini? Seseorang mungkin akan menjawab bahawa harga akan jatuh. Mengapa? Sebab ianya dah menaik terlalu lama? Tapi, jika ianya hujan kelmarin, patutkah hari ini cuaca akan menjadi cerah?

Saya menjuruskan idea tentang bagaimana fikiran kita berfikir pada permulaan dagangan: seperti “projek ke masa hadapan”, sesuatu yang telah berlaku sebelumnya.

Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?

Selain itu, kita sedang mencuba untuk meramal masa depan, berdasarkan masa lampau, dan melupakan fakta bahawa ianya adalah pasaran/market. Pasaran sesak dengan orang ramai, dan setiap seorang daripada mereka mempunyai gambaran masa depan yang TERSENDIRI, dan keputusan mereka dalam situasi yang sama adalah BERBEZA. Bagaimanakah anda dapat mengetahui, siapakah yang akan menjadi ramai dalam tempoh masa seminit, - pembeli atau penjual? Bagaimanakah anda mengenalpasti apakah jenis model kereta yang akan muncul tak lama lagi? Sudah tentu, sekarang kita akan ketawa diatas segala tekaan untuk meneka masa depan, tapi apabila anda berada didepan komputer anda, anda akan melihat carta dan minda anda akan SEKALI LAGI bertukar ke “trend-correction” dan mencipta satu ILUSI dimana anda memahami kemanakah harga akan bergerak sekarang.

Pada mulanya, minda kita cuba untuk meramal masa depan, berdasarkan apa yang telah berlaku. Dalam ramalan cuaca, ia akan kelihatan seperti ini, “Jika kelmarin hujan, hari ini sepatutnya hujan” atau “jika kelmarin hujan, hari ini sepatutnya akan panas”

Ianya bukan lah sesuatu yang terlalu buruk, ianya adalah detik kebiasaan yang akan menjadi jelas kemudian hari.

Sekarang, mari kita cuba fahami, maksud sebenar “trend” dan “correction”.

Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?


Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?

“Trend” dan “Correction” adalah PENERANGAN mengenai situasi pada carta harga. Cuma penerangan situasi, seperti, sebagai contoh “ianya hujan sekarang”. Bersendirian, tiada apa yang dapat diramalkan

“Trend” biasanya adalah pergerakan harga yang lebih kuat, dan “correction” (adalah penting untuk anda memahaminya) adalah tidak berapa kuat sewaktu kita sedang melihat carta. Ini bukan selalu terjadi! Cuma ketika waktu yang betul, apabila kita melihat carta. Tapi “correction” ini boleh menjadi berlarutan, dan ia boleh menjadi “trend”.

Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?

Jika ia lebih atau kurang jelas mengenai hujan, bahawa ia sedang hujan sekarang, dan tiada orang akan tahu apa yang akan berlaku dalam masa 5 minit, oleh itu “trend-correction” bukanlah penerangan yang mudah, ia mencadangkan supaya kita “tahu apa akan terjadi”. Semua orang telah baca bahawa “trend (!!) adalah lebih menjurus kepada menyambung perjalanannya daripada berpatah arah”, jadi kita semua mempunyai anggapan yang lucu mengenai perkataan “trend” dengan meramal masa depan dalam fikiran kita.

“Trend” kadang kala mencadangkan seseorang patut berdagang mengikut arahnya, dan correction bermaksud sesorang perlu menunggu harga berpatah arah “dalam arah trend” dan membuka posisi selepas itu. Ketika saya menulis ini, ia membuatkan saya ketawa, kerana saya ingat dimana saya telah kecewa kerana berasa sangat bodoh kerana sentiasa gagal untuk masuk supaya harga akan terus naik “dalam arah yang diperlukan”: dan bagaimana saya selalu mencuba untuk memahami “apakah silap yang telah saya lakukan?” Seperti seorang budak yang melihat diluar jendela dan cuba untuk meneka, siapakah yang datang tidak lama lagi, lelaki atau perempuan. Dan dia mungkin telah menjawab dengan tepat beberapa kali, dan dia menjawab dengan salah dan terus berasa kesal, seperti: “Apakah yang terjadi! APAKAH yang saya tidak ambil kira sekarang?” Maaf. Saya telah lari dari tajuk, tapi dalam kes saya ianya benar benar kelakar, kerana saya telah berusaha terlalu keras untuk mendapatkan segalanya.

 Oleh itu, dari penggunaan perkataan ”trend”, anda gunakanlah perkataan “momentum”, dan anda akan berfikir secara berbeza. Anda tidak yakin bahawa pergerakan akan BERTERUSAN, bukan? Walaupun, situasi carta adalah sama.

Sama juga untuk correction; ianya hanyalah sesuatu harga yang bergerak dalam satu arah, berlawanan dengan trend, dimana ianya lebih kecil. Apakah yang akan terjadi dimasa hadapan? Tiada orang yang tahu =)

Ianya adalah sangat hebat jika anda tidak membuka posisi walaupun seseorang berkata “ianya adalah pasti adalah trend sekarang” atau”ianya adalah pasti adalah correction sekarang”, anda akan mempunyai NIAT YANG KUAT untuk masuk, walaupun anda bersetuju dengan semua kemustahilan dan hal yang tidak masuk akal dalam apa apa jua ramalan. Cuba jalankan percubaan, jika anda tidak percaya. Kenapa? Kenapa anda rasa seperti itu? Saya tahu jawapannya, tapi adalah lebih baik anda mencarinya sendiri.

Kenapa anda perlu mencari “trend” dan “correction”

Mari kita buat latihan. Perkara utama yang anda perlu tahu dan faham ialah anda perlu mengaku bahawa Pedagang tidak dapat menjangkakan pergerakan harga yang seterusnya. Pedagang yang bagus adalah mereka yang mempelajari pendekatan yang sukar dan banyak tipu daya, mencadangkan pergerakan harga masa hadapan (yang ajaibnya, semua orang fikir seperti ini pada permulaannya). Pedagang yang bagus, adalah mereka yang meningkatkan deposit mereka melalui hasil 100 kali dagangan.

Dalam fikiran saya, setiap pemula menganalisa carta seperti ini:

Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?

Pedagang yang lebih berpengalaman akan menganalisa carta seperti ini:

Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?

Adakah anda dapat lihat perbezaannya? Pendekatan pertama adalah dengan hasrat untuk menjangkakan atau meramal harga. Ianya termasuklah jangkaan, seperti formula “jika...kemudian...” dan membayangkan pergerakan harga yang lebih jauh. Dalam kes kedua, anda hanya masuk dengan titik keluar yang telah ditentukan – dengan kerugian, atau keuntungan. Kenapa bukan hanya dengan keuntungan, jika Pedagang itu hebat? :) Kerana Pedagang yang bagus memahami, dalam setiap dagangan, akan terdapat dua hal yang terjadi – harga boleh naik, dan ianya juga boleh turun, atau “Take Profit boleh, Stop Loss pun boleh”. Walaubagaimanapun, Pedagang yang bagus telah melalui pembelajaran dan mencapai kataputus dimana, berdasarkan hasil 100 kali dagangan, 55 dari mereka tertutup dengan profit, dan 45 lagi adalah dengan kerugian, dan mencampurkan hasil tersebut, sebagai hasil, deposit mereka meningkat selepas 100 kali dagangan.

Perkara utama yang anda perlu faham dan akui adalah fakta bahawa Pedagang tidak boleh menjangkakan pergerakan harga seterusnya, namun, mereka mencipta sistem, menghasilkan hasil yang positif, sebagai contoh, hasil 100 kali dagangan.

Anda mungkin takut, saya setuju. Apakah jaminan bahawa ratio ini tidak akan berubah pada masa akan datang? Apakah jaminan bahwa anda akan diberi ganjaran, jika anda bersetuju dan mengukut sistem anda, tanpa rasa tekanan jika harga melawan anda dalam dagangan tertentu? Dimanakah jaminan bahawa dagangan seterusnya akan menjadi keuntungan? Siapakah yang boleh menjamin bahawa anda akan mendapat keuntungan dalam dagangan?

Itu lah masalahnya. Pedagang yang betul adalah tidak logik. Mereka kelihatan tidak masuk akal kepada pemula, kerana mereka tidak dapat mencari sebab, walaubagaimanapun, Pedagang yang bagus akan berdagang seperti ini.  Kesukarannya adalah didalam “fikiran kebarangkalian” (dimana anda berpuashati dengan 60% keuntungan, dan bukan dengan 100%, dan anda tidak bimbang sama sekali). Beginner tidak boleh memahami bagaimana situasi pasaran yang SAMA menghasilkan keuntungan 6 daripada 10, dan membawa kepada 4 kes kerugian. Ini adalah kegilaan, bukan? Bayangkan dalam kehidupan seharian, anda memasukkan makanan kedalam ketuhar microwave, dan dalam 6 kes daripada 10, ianya dipanaskan, tapi dalam 4 lagi kes, ia meletup (termasuklah microwave tersebut). Kedengaran tidak begitu baik bukan? Dan apa yang anda akan lakukan jika makanan anda dan microwave (walaupun untuk kali pertama) ? Anda akan mencari KEROSAKAN – kenapa, sebab apa, ketuhar microwave anda, kali ketujuh, tidak memanaskan makanan anda tetapi meletupkannya. Sudah pasti terdapat sesuatu yang silap. Dan apakah yang Pedagang dalam pasaran lakukan apabila mencecah Stop Loss? Adakah anda nampak sekarang? Hanya dalam kes microwave, anda boleh mencari kerosakan, dan bukannya dalam pasaran. Kerana struktuk microwave tidak berubah, tapi situasi market boleh berubah bila bila masa.

Kita sudah terbiasa dengan “permikiran yang sempurna”, ditujukan kepada “keburukan” dan mencari sebab, “menambahbaik”, “memahami sebab kegagalan”, dan sebagainya. Ianya adalah kebiasaan, ianya bukanlah terlalu buruk; dan kesukaran yang biasa dialami oleh Beginner adalah – mengubah cara anda berfikir kearah “kebarangkalian”, dimana anda tidak selalu menjadi Pedagang yang sempurna, namun, anda perlu mencari KESAN positif dan menambahbaik sepanjang masa, mengetahui bahawa KESEMPURNAAN TIDAK BOLEH DICAPAI.

Trend vs. correction. How to distinguish the trend reversal from the correction?

Saya cuba untuk menjelaskannya, tapi, lagi sekali, halnya adalah berapa pantas anda boleh bertukar daripada “menambahbaik” kepada “menganalisa beberapa dagangan”.

Saya akan jelaskan dalam terma bola sepak. Pemain bola sepak berlatih menggunakan gabungan tertentu sebanyak 100 kali dalam latihan mereka. Setiap kali, mereka akan nampak ciri baru dalam gabungan tersebut, dan merasai antara satu sama lain dengan lebih baik, penghantaran menjadi semakin tepat; dan, mereka merasa lebih yakin (berdasarkan pengalaman, mereka tidak boleh memberitahu melalui LISAN kepada sesiapa pun, atau memujuk bahawa gabungan ini benar benar berkesan). Apabila mereka memasuki pertandingan sebenar dengan lawan yang sebenar, mereka tidak menjamin bahawa gabungan ini akan sentiasa menjadi seperti yang dibayangkan.

Namun, semakin bagus mereka berlatih, SEMAKIN BANYAK mereka berlatih, mereka akan menjadi semakin handal. Dan semakin lama mereka bermain bola sepak, gabungan tersebut akan menjadi semakin mantap dan KEBARANGKALIAN mereka berjaya akan menjadi lebih tinggi.

Mereka tidak akan dapat mengagak kemana lawan mereka akan lari (anda boleh lihat bagaimana pemain bola sepak pasukan yang ternama bermain), mereka tidak mengubah diri mereka mengikut pihak lawan; semua gabungan dilakukan seperti ‘secara mekanikal”, kerana mereka sudah berlatih sebanyak 1000 kali sebelum ini, dan pemain tidak membayangkan atau meramal, tidak berfikir mengenai “jaminan kejayaan” dan sebagainya.

Anda nampak? Mereka Cuma TAHU apa yang perlu dilakukan, kerana mereka telah berlatih beratus kali, dan mereka mempunyai keyakinan bahawa kejayaan BUKAN BERDASARKAN pengetahuan mereka mengenai masa hadapan. Mereka hanya tahu, jika bukan sekarang, yang seterusnya masih ada, atau yang seterusnya lagi, mereka pasti akan berjaya. Walaupun, dalam terma meramal masa depan, adalah langsung tidak munasabah =)

Kesimpulannya, ingin saya menekankan bahawa yang paling sukar ialah memujuk diri anda untuk mula berlatih tanpa apa apa kepercayaan atau harapan bahawa anda akan mencipta sistem dagangan anda sendiri. Tiada (!) orang mempunyai keyakinan diri pada permulaan, oleh itu mereka akan mencari sesuatu yang lengkap dan menguntungkan, membeli penasihat, yang menjanjikan 1000% hasil sehari, dan mempercayai pakar dalam forum. Jadi, jika anda mampu mengatasi diri anda sendiri, dan tidak berputus asa selepas kekalahan berturut turut, dan anda akhirnya dapat berdagang dengan baik dan lebih baik, dan kemahiran anda akan meningkat dan menonjol. Saya sangat berharap anda semua berjaya dalam dagangan; dan harapan saya adalah anda dapat mencapai semua yang saya sebut diatas.

Trend vs. correction. Bagaimana cara nak mengenalpasti antara perubahan trend dengan correction?

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas