Kebanyakan peserta pasaran kewangan daripada bank-bank pelabur dan pelindung nilai dana (hedge funds) kepada pedagang swasta yang pernah mengalami minat mendalam terhadap peluang dan potensi perdagangan automatik. Semua orang tertarik dengan cadagan untuk menetapkan sebuah robot yang akan memberi pulangan wang yang kekal.

Mampukah rancangan untuk mewujudkan sumber pendapatan kewangan “kekal” sebegini berjaya ditubuhkan? Malahan, kecekapan sistem moden automatik yang luar biasa seperti ini sebenarnya sangat remeh, dan ia disebabkan oleh faktor manusia. Apakah ralat paling bahaya yang dilakukan oleh pedagang-pedagang yang bergantung kepada sistem automatik ini dalam kerja mereka?

 

Kesilapan sikap dan cuai membawa kepada kerosakan mekanikal

Teori mengenai perdagangan automatik itu adalah bahaya dalam kesederhanaannya: tetapkan perisiannya, tetapkan aturan dan pantau perdagangan – tidak sukar, kan? Akan tetapi, ini merupakan pendekatan perdagangan yang kompleks, dan ia sangat jauh daripada dibuktikan kesalahannya.

Bergantung kepada platfom perdagangan, tempahan dagang boleh diletakkan pada mulanya dalam komputer sebelum dimasukkan ke dalam rangkaian. Kemudian, jika berlaku kegagalan sambungan internet, tempahan tidak mungkin akan sampai ke pasaran. Juga, mungkin akan ada percanggahan antara keperluan strategi dan platfom tertentu di mana berlakunya pedagangan itu. Dalam erti kata lain, sistem sebegini perlu aturan yang terperinci dan lebih telus.

 

Kesilapan keselesaan ilusi (palsu)

Sudah tentu, ianya sangat seronok jika hanya perlu hidupkan komputer sambil melakukan kerja-kerja lain atau pun berehat di kerusi malas dengan air coke, tetapi sistem perdagangan automatik moden ini masih memerlukan pemantauan rapi. Hal ini kerana kegagalan mekanikal dan kerosakan sistem. Jika tidak, terdapak risiko untuk terjebak dalam anomali sistem yang boleh mengakibatkan transaksi yang salah, dan juga ketiadaan atau pertindihan transaksi. Jika sistem dikawal, perkara sebegini dapat dikesan dan diselesaikan dari awal.

 

Kesilapan pengoptimuman yang berlebihan

Anda boleh menyelaraskan strategi untuk keputusan luar biasa berdasarkan data historikal yang telah diuji. Dan ramai pendagang berfikir yang kerja mereka hanya menyediakan pelan perdagangan yang 100% menguntungkan dan tiada rugi.

Oleh itu, parameter diperbetulkan untul pelan yang hampir sempurna ini, di mana tidak berfungsi sepenuhnya dalam pasaran sebenar. Jangan kejar keuntungan, tetapi hadkan risiko kerugian.

 

Kesilapan percanggahan faktor-faktor asas

Sukar untuk mengatakan bahawa hari ini, data harga historikal menunjukkan maklumat yang komprehensif tentang pasaran. Memandangkan maklumat mengenai kejadian-kejadian penting di seluruh dunia tersebar di seluruh internet dalam beberapa minit sahaja, kita tidak memastikan 100% bahawa berita seterusnya tidak akan mempengaruhi pergerakan harga dinamik. Jadi sistem terpaksa menerima keganjilan yang berlaku dan keputusan yang berlawanan dengan keuntungan.

 

Kesalahan kekurangan adaptasi

Ia mengenai mekanisma untuk menyesuaikan dengan perubahan yang tidak normal. SIstem perdagangan autonomi adalah satu set peraturan yang statik semata-mata. Sistem yang lebih maju dapat melakukan penyesuaian dan perubahan berdasarkan peraturan dan proses yang telah ditetapkan untuk penysuaian di kemudian hari.

Bagaimanapun, perkara yang mempengaruhi harga pasaran adalah tidak statik dan tidak tetap. Atas hal ini, kebanyakan signalyang meramalkan perubahan trend boleh ditafsirkan oleh sistem sebagai titik rujukan dalam trend semasa atau sebaliknya.

 

Kesalahan meletakkan harapan yang tinggi kepada dagangan automatik

Untuk sesetengah pedagang, perdagangan automatik merupakan idaman dan impian mereka. Mekanismanya mungkin masih belum sempurna, tetapi sekurang-kurangnya ia berada jauh daripada perbelanjaan politikal yang tidak sihat yang disokong oleh kebanyakan fundementalis.

Ini merupakan logik akal untuk hampir kesemua pencinta perdagangan automatik yang cenderung untuk berhujah mengenai sistemnya yang mempunyai qualiti yang sangat luar biasa daripada memperoleh keputusan sebenar.  Perdagangan sihat terletak di antara analisis asas dan teknikal – di persimpangan kesedaran berita terlampau dan latar belakang teknikal yang kukuh.

 

Kesalahan kos yang tinggi

Perdagangan automatik bermaksud:

  • pembelian dan penyelenggaraan server
  • perkhidmatan pakar sumber-sumber luar
  • pembelian pakar sedia ada untuk analisis dan kajian algoritma dan kod individu
  • perkembangan kemudahan asas komputer
  • akses internet jalur lebar secara berterusan untuk sistem pengkomputeran

Sesorang perlu mengambil kira bahawasanya orang yang paling berjaya dalam pasaran adalah pencipta sistem yang mampu menandingi pesaing-pesaing dalam kepantasan pembelajaran, potensi untuk menguasai bidang tersebut.

 

Hal ini menjadikan pedagang menghabiskan masa dan wang untuk kajian dan projek yang tidak selalunya berjay dan efektif dari segi kos. Dalam erti kata lain, proses perdagangan automatik persindirian atau global yang berterusan memerlukan pelaburan jangka masa panjang.

 

Bagaimana hendak menebus kesilapa-kesilapan ini?

Walaupun banyak kubu-kubu perdagangan automatik, hanpir mustahil untuk kita mendapatkan manfaat daripadanya. Para pedagang yang sudah memilih laluan ini boleh mencapai matlamat mereka dengan cara-cara berikut:

Menggunakan sokongan teknikal yang dipercayai

Perisian dan komputer moden serta infrastruktur rangkaian adalah asas yang kukuh untuk menukar idea kepada algoritma perdagangan menjadi realiti.

Mengutamakan pembelajaran rangaian neutral yang berturutan

Faktor in memerlukan sumber yang besar dan pelaburan yang cekap, di mana, walau bagaimanapun, akan memberi pulangan berlipat ganda. Jika sistem mengambil kira pengalaman lepas, jadi setiap kali, selesaikan masalah sebelum melakukan transaksi, ia akan kurang melakukan kesilapan.

Mengutamakan kesabaran

Seperti dalam perniagaan lain, perdagangan automatik juga mengambil masa yang lama untuk menubuhkan operasi yang baik. Pedagang perlu bersabar bukan hanya berbulan-bulan, malahan bertahun-tahun.

Mengutamakan kepelbagaian fungsi.

Pedagang tidak boleh bergantung kepada penasihat semata-mata. Mereka perlu mengembangkan fleksibiliti minda daripada hanya berhadapan dengan kemahiran yang sudah dipelajari. Perkembangan pengetahuan yang berterusan dalam menganalisis teknikal dan akaun terhadap kesan-kesan berita yang juga memberi impak kepada pasaran, akan sangat membantu dalam perdagangan automatik.

Kepentingan tetapan yang mantap

Tanpa menguji dan nasihat yang optimum, adalah mustahil bagi strategi pedagang untuk maju. Pelaksanaan proses ini akan mengelakkan kesalahan kerja pakar pada masa hadapan yang menyakitkan hati.

Mengutamakan kepintaran

Pedagang perlu sentiasa mengembangkan diri, belajar daripada buku-buku algoritma dagangan moden yang terkini. Anda tidak boleh leka apabila menerima keputusan positif yang pertama. Berdagang mempunyai perjalanan yang sangat jauh di mana anda perlu sentiasa mengembangkan strategi dagangan.

 

Tujuh Kesilapan dalam Perdagangan Automatik

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas