Sambungan penerangan mengenai teori William Gann

Algoritma lakaran dan penggunaan secara praktikal jika Square of 9 Gann dalam analisis jangka panjang ke atas pasangan BTCUSD. Pengenalpastian titik kemasukan berdasarkan skala masa. Mengaplikasikan Vektor Gann kepada analisis pasaran crypto secara terperinci.

Rakan – rakan sekalian,

Hari ini saya akan menjelaskan mengenai pembelajaran Gann dan kaedah ramalannya. Secara khususnya saya akan menjelaskan bagaimana cara untuk mengeksploitasi Square of 9 Gann. Sekiranya anda masih tidak membaca bahagian pengenalan, saya cadangkan supaya anda menekan pautan dibawah dan baca.

Unknown Gann Method: Square of 9

Pastikan anda membaca artikel ini dari awal sehingga akhir. Jika tidak, anda tidak akan faham bagaimana untuk menetapkan tetapan asas dan menggunakan kaedah ini; jadi, anda tidak akan dapat memahami apa apa pun yang ditulis dibawah.

Kepada mereka yang telah mempelajari artikel sebelum ini minggu lepas, ingin saya ingatkan beberapa petua:

  1. Kami telah menentukan jangka masa yang ingin dianalisa. Seperti semua orang yang bermula dengan analisa jangka masa panjang, saya cadangkan penggunaan TF D1 untuk analisis.
  2. Kami telah mengkonfigurasikan perisian Gannzilla Pro untuk digunakan dalam TF D1. Semua screenshot dan konfigurasi telah dipaparkan dalam pos sebelumnya dalam Unknown Gann Method: Square of 9.
  3. Kami telah menentukan masa zon pembelajaran dengan cara kitaran diantara soltis dan ekuinoks.
  4. Kami telah mengenalpasti extreme sewaktu tempoh masa pilihan dalam sejarah carta dan tandakan mereka dalam Square of 9 (ditandai dengan warna hijau)
  5. Kami telah mengepilkan rajah ke atas carta supaya persilangan penjuru sebanyak yang mungkin didalam petak hijau yang ditandai yang menunjukkan extreme.
  6. Seterusnya, kami telah tanda tarikh kritikal global dalam bulatan chronometer, yang ditunjukkan oleh sudut rajah.
  7. Saya telah menanda tarikh masa hadapan dalam jangka masa pembelajaran dengan warna kuning, dan tarikh yang telah berlalu – dengan warna merah; oleh itu membuktikan sudut yang dilakar adalah betul.
  8. Saya telah meletakkan semua tarikh dalam carta harga, supaya saya boleh mengenalpasti tarikh patah arah masa hadapan dan momentum yang kuat.

Sekarang, saya mensasarkan untuk menanda paras harga dalam carta harian (D1) mengikut Square of 9. Sesudah saya menemui kesemuanya, pada pertemuan dengan tarikh kunci, saya akan melihat titik, dimana akan menunjukkan tempat patah arah bakal berlaku, dan kemungkinan permulaan ombak baru atau momentum yang kuat.

Untuk mengetahui paras harga ini, saya perlu menentukan harga “kegemaran” sudut. Ia agak mudah. Saya cuma perlu melihat sekali lagi Square of 9 yang terbentuk. Sudut kegemaran ialah yang ditunjukkan oleh garis median dan bersilang dengan nombor maksimum extreme (petak hijau).

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Anda boleh lihat dari carta diatas kebanyakan petak hijau adalah dibahagikan sama rata dengan tiga penjuru. Seperti yang diketahui, ianya tidak boleh ada tiga sudut kegemaran, jadi saya perlu pilih satu sahaja.

Gann selalu memberi perhatian istimewa kepada penjuru dan persilangan utama. Dalam gambar rajah diatas, saya tandakan persilangan utama dengan petak kelabu, ia kelihatan seperti “+”, dan persilangan penjuru kelihatan seperti “X”. Ianya adalah jelas bahawa penjuru atas adalah sangat menyimpang daripada persilangan ini, tapi dua garis median bawah adalah agak rapat dengannya.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Jika anda membesarkan rajah, anda boleh lihat penjuru atas adalah pada 1310, dan sudut terdekat dengan persilangan adalah apda 1350. Garis median bawha adalah 95 darjah dan sudut terdekat dengan persilangan tersebut adalah pada 900. Oleh itu, penjuru atas adalah lebih dekat dengan nilai persimpangan, dan sudut kegemaran harga adalah pada 1310. Setelah anda mengenalpasti sudut kegemaran harga, anda perlu mengubah sedikit tetapan Gannzilla Pro. Dalam bahagian Layout anda akan nyatakan jenis Data sebagai Price, bukan Date.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Seterusnya, anda perlu memasukkan ke dalam kotak Value harga paling minimum dalam tempoh pembelajaran. Ingat, tempoh masa ini untuk carta harianyang telah kita kenalpasti berdasarkan tempoh soltis dan ekuinoks. Akhirnya, kita telah menandakan zon, meliputi tempoh dari 21 Jun sehingga 23 September.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Ianya jelas dari carta diatas bahawa nilai terendah dalam zon adalah spike yang paling bawah, dan direkodkan pada 5755.00 USD. Jadi, saya ambil nilai ini sebagai titik permulaan.

Seterusnya, saya perlu mengira unit harga (Increment), bermaksud pergerakan harga diantara blok.

Disini formula untuk melakukannya:

Oleh itu, saya sudah tahu nilai minimum. Sekarang, saya perlu mengetahui nilai maksimum.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Ianya adalah sangat jelas berdasarkan carta diatas bahawa harga tertinggi untuk tempoh pembelajaran adalah pada 8506.70 USD.

Berdasarakan formula diatas, unit harga adalah 30.57 USD.

Seterusnya saya perlu memasukkan semua data pengiraan kedalam tetapan Gannzilla.

Seterusnya, saya akan balik semula kepada Square of 9 dan menandakan pada median, menunjukkan sudut kegemaran, petak harga, bersilang dengan garis.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Ianya adalah jelas berdasarkan gambar diatas bahawa parasnya adalah 5999, 6488, 7222, 8200, 9392, 10860, 12572, 14523, 16729.

Nilai utama adalah luarbiasa dengan maksud ia tidak akan naik lebih tinggi daripada 16729 USD dalam tempoh pembelajaran. Ingat, garis masa adalah qkuinoks pada 20.03.2019.

Untuk mencari tahu paras support dalam kes senario bearish, anda hanya perlu menukar tanda increment dari “plus” kepada “minus”.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Akhir sekali, seperti yang anda dapat lihat dalam carta diatas, ini adalah parasnya: 5510, 5021, 4287, 3309, 2117, 650 USD.

Oleh itu, harga tidak akan jatuh lebih rendah daripada 650 USD sehingga 20 Mac 2019. Sekarang, mari tandakan paras ini pada carta.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Seperti yang anda dapat lihat dalam carta diatas, semua paras yang ditanda adalah agak tepat sesuai dengan extreme pada paras kuat dalam zon dagangan, yang membuktikan kepentingan mereka.

Oleh itu, sekiranya anda mengepilkan paras ini kepada tarikh kunci, yang ditunjukkan dalam artikel sebelum ini, anda akan dapat memahaminya.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Seterusnya, untuk menjalankan ramalan yang lebih terperinci, saya perlu melalui prosedur yang sama untuk jangka masa sederhana dan jangka masa pendek. Saya akan tuliskan mengenainya dalam pos saya yang berikutnya. Hasil yang dipaparkan sudah mencukupi untuk mereka yang memilih dagangan masa panjang.

Seperti yang telah saya tuliskan diatas, semua paras mendatar adalah paras support dan resistance yang berpotensi. Titik dimana mereka bertemu dengan daris melintang akan menandakan titik kritikal dalam carta.

Seterusnya, cara untuk membuat ramalan selanjutnya adalah dengan menggunakan Gann fan.

Anda perlu menggunakannya dengan cara berikut.

Dalam carta dalam tempoh pembelajaran, anda perlu mencari titik yang paling hampir dengan puncak harga dan melakarkan garis penjuru ke titik kritikal yang terdekat, dimana ombak telah berakhir.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Anda boleh lihat dalam carta diatas terdapat beberapa garis penjuru yang bersambung dengan titik kritikal (saya tandakan dengan anak panah hijau). Seterusnya saya sambungkan titik ini dengan menggunakan Gann fan.

Pada permulaannya ia kelihatan agak mengelirukan.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Walaubagaimanapun, sekiranya saya mengeluarkan semua objek yang tidak penting daripada fan ini, dan tinggalkan zon dari 1 hingga 8/1, ianya akan kelihatan lebih komprehensif.

Walaubagaimanapun, sekiranya saya mengeluarkan semua objek yang tidak penting daripada fan ini, dan tinggalkan zon dari 1 hingga 8/1, ianya akan kelihatan lebih komprehensif.

Untuk mengetahui pergerakan harga masa hadapan BTCUSD, saya perlu melakarkan fan dari titik kunci pertama daripada ombak terakhir kepada titik kunci terdekat maklumat semasa dalam ombak tersebut.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Dan fan ini, saya perlu mengekalkan semua sudut yang lebih daripada 1 (lihat contoh dalam carta diatas)

Sekiranya ticker rendah daripada kes dengan trend bearish, ia mencadangkan pasaran mengalami oversold yang kuat dan akan balik pada 1/1. Dalam kes trend bullish pula, ia masih lgi sama. sekiranya ticker pergi lebih tinggi daripada 1/1, ia akan kembali kepada zone dagangan dalam masa terdekat.

Ramalan untuk grid Gann mencadangkan anda menganalisa setiap sel. Ideanya adalah kita tidak tahu dengan pasti kemana harga akan pergi, tetap apabia ia bergerak dari satu blok ke blok yang lain, kita akan dapat memahami julat pergerakan harga didalam sel tertentu, jadi kita boleh menjangka arah pergerakan tersebut. Ianya adalah sama ada harga akan naik atau turun di dalam petak tersebut.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Dalam carta diatas, anda dapat lihat contoh bagaimana pergerakan harga didalam sell ditunjukkan. Anda lihat trend terbentuk dalam zon diantara sudut 1/1 dan 2/1. Semua sel, dimana harga jatuh, ditanda dengan anak panas kebawah. Kenaikan harga dalam sel ditanda dengan anak panah keatas.

Sekiranya anda menganalisa pergerakan BTCUSD didalam sel Gann, anda akan nampak sel nipis, meregang ke atas, sel mencadangkan denyutan pergerakan harga, lebih tajam daripada sel yang luas. Selain itu, sekiranya ticker bergerak dari satu zon ke zone seterusnya dalam sel yang sama, ia akan bergerak dalam arah breakout dalam petak seterusnya. Anda harus sentiasa ingat bahawa zon trend urutan yang terdahulu sentiasa mendominasi.

Untuk melihat dengan lebih jelas, mari kita perhatikan contoh situasi semasa.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Anda lihat dalam carta diatas, ticker bergerak didalam sel luas dalam zon 1/1-2/1. Sel semasa dikelilingi oleh 9 petak yang lain. Seterusnya, anda lihat petak 5 ada didalam persilangan dua zon. Zon kelabu 1/1-2/1 telah tertutup, jadi harga hanya boleh bergerak ke zon dagangan yang seterusnya iaitu 2/1 – 3/1. Apabila harga bergerak melalui paras support atau resistance tanpa berpadanan dengan tarikh kunci, ia jarang akan bergerak dalam arah yang sama. inilah sebabnya pergerakan keatas akan berhenti dan BTCUSD harus pergi, bergerak ke zon ungu.

Memasuki sel 4 mencadangkan pergerakan disepanjang penjuru melalui titik kunci. Pergerakan ini boleh memberi momentum yang kuat untuk correction bullish sehingga sempadan zon bearish 5755 USD.

Memasuki petak 3 mencadangkan pergerakan dari zon kelabu ke zon ungu, yang bermaksud trend sideway didalam zon baru, akan naik sehingga 16 Disember.

Memasuki petak 3 mencadangkan pergerakan melalui titik kunci bawah, dan ini akan menyebabkan isyarat bearish yang kuat dan kejatuhan harga ke zon support seterusnya pada 2117 USD.

Petak satu mencadangkan breakout support, tidak dipastikan dengan tarikh kunci. Oleh itu, ia meningkatkan kebarangkalian samada breakout false atau flat.

Oleh itu, sel nombor 1 dan 5 boleh dirujuk sebagai zon false breakout atau kepenatan trend.

Petak nombor 4 dan 2 adalah pergerakan yang kuat.

Petak tiga adalah zon pengumpulan.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Berdasarkan semua yang diatas, harga akan memasuki sel melalui zon 1, sukar untuk Bitcoin jatuh dengan tajam. Oleh itu, ianya adalah tidak mungkn bergerak ke petak 1 atau petak 2. Ia juga tidak mungkin akan pergi ke sel 5, kerana saya tidak nampak percubaan kuat untuk membeli BTCUSD pada paras semasa. Jadi, petak 4 mempunyai peluang untuk perkembangan lanjut tapi tidak lebih daripada petak 3. Saya mencadangkan harga kemungkinan besar akan memasuki zon ini.

Sekiranya harga secara hipotesis nya memasuki zon 3, zon fan akan berubah. Berdasarkan andaian ini, pergerakan selanjutnya akan menunjukkan ciri kelemahan bear, tapi masih dalam trend bearish. Sekiranya ticker menutup sel dalam zon seterusnya, terdapat peluang untuk pergerakan pembetulan kearah 5700 USD.

Untuk ramalan lebih terperinci, saya perlu melakarkan grid kecil pada skala sederhana dan pendek. Berdasarkan prinsip Gann dan analisa trend pada skala berbeza, saya mencadangkan pergerakan harga Bitcoin seterusnya setepat yang mungkin. Tapi akan diberikan dalam artikel seterusnya.

Disini saya akan menamatkan artikel saya yang seterusnya, dikhususkan kepada Delbert William Gann dan pembelajaran beliau, dimana saya aplikasikan kepada pasangan BTCUSD. Saya berharap agar maklumat ini menarik dan berguna untuk anda.

Saya mengucapkan semoga bernasib baik dan dapatkan keuntungan yang banyak!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas