Sambungan penerangan teori William Gann’s

Algoritma dalam melukis dan penggunaan praktikal Square of 9 Gann dalam analisis sejarah extreme

Rakan - rakan sekalian,

Saya akan menyambung siri artikel saya, yang dikhususkan hanya kepada pengajian Gann.

Dalam artikel sebelumnya, saya adalah menjelaskan mengenai cara untuk mengenalpasti point pivot tarikh dan level harga untuk jangka masa panjang, pertengahan dan sederhana. Saya juga ada menerangkan bagaimana untuk mengenalpasti sudut harga kegemaran Gann dan membuat ramalan, menggunakan grid Gann, fan Gann dan menggabungkan mereka dengan indicator biasa.

Kepada mereka yang tidak membaca lagi tiga artikel yang sebelumnya, anda dicadangkan untuk membacanya disini:

  1. Unknown Gann Method: Square of 9
  2. Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 2)
  3. Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 3)

Cara untuk mengenalpasti tarikh utama dan level harga, ianya diterangkan di dalam artikel itu, mungkin agak mengelirukan dan subjektif.

Untuk mereka yang seperti diatas, Gann menawarkan kaedah alternatif untuk mengaplikasikan Square, dimana saya akan terangkan dibawah. Sebelum kita mulakan, saya ingin mengatakan bahawa kaedah ini adalah sama dengan langkah yang telah saya terangkan. Jadi saya tidak akan mengulangnya sekali lagi. Jadi, jika anda masih tidak membaca artikel sebelumnya, saya sarankan anda membacanya terlebih dahulu.

Sebagai mukadimah, saya ingin tambahkan kaedah alternatif ini bukannya lebih baik mahupun lebih teruk daripada yang diterangkan sebelumnya; Cuma ia sedikit berbeza. Walaubagaimanapun, Gann sendiri, menyarankannya, dan pengalaman membuktikan, cara terbaik untuk mengaplikasikan instrumen Gann adalah dengan menganalisis pasaran dan menumpukan sepenuh perhatian keatas level yang dikenalpasti oleh kedua dua kaedah.

Pertama, saya akan terangkan cara alternatif untuk mengenalpasti tarikh utama, menggunakan Chronometer, bulatan yang mengelilingi Square of 9.

Bagaimana untuk mengenalpasti tarikh utama, menggunakan Chronometer

Dalam bahagian pertama blok pembelajaran ini,saya sudah menyebut tentang kaedah sama untuk mengenalpasti point pivot global dalam analisis jangka panjang.

Saya ingin mengingatkan bahawa point ini dikenalpasti apabila saya memilih rajah yag akan bersilang dengan garis diagonal pada nombor maksimum level utama, yang dicadangkan oleh Square of 9, ditandai pada square tersebut.

Saya ingin mengingatkan bahawa point ini dikenalpasti apabila saya memilih rajah yag akan bersilang dengan garis diagonal pada nombor maksimum level utama, yang dicadangkan oleh Square of 9, ditandai pada square tersebut.

Pertama, saya perlu mengenalpasti high tertinggi dalam sejarah dalam carta harga instrumen yang dianalisis. Dalam kes saya, ianya adalah carta harga Bitcoin.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Seperti yang anda dapat lihat dari carta BTCUSD diatas, harga Bitcoin tertinggi adalah pada level 19666 USD telah direkodkan pada Disember 2017. Saya juga telah menanda harga yang rendah, terdekat dengan tarikh tersebut, adalah pada level harga 5920 USD pada 6 Februari 2018.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Seterusnya, saya akan mengubah tetapan Gannzlilla seperti yang diterangkan didalam bahagian pertama .

Saya menggunakan tarikh tertinggi sebagai titik rujukan. Kemudian, saya akan memilih rajah supaya satu daripada sudut tersebut akan kearah tarikh tersebut (lihat contoh didalam carta diatas). Tambahan pula, rajah yang sempurna akan menjadi satu dimana suduh seterusnya dalam pusingan arah jam bertembung dengan yang ditandai dibawah, dengan penyimpangan yang tidak lebih daripada 2-3 hari. Sekiranya rajah tersebut tiada, maka anda perlu memilih low yang seterusnya dan memilih rajah, berdasarkannya.

Cuba semua rajah, dari decagon ke triangle.

Pilih rajah yang sesuai. Dalam contoh saya, ianya adalah heptagon.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Seperti jelasnya gambar diatas, rajah sama padan dengan low pada 6 Februari, dan inilah yang saya perlukan.

Seterusnya, saya akan menandakan semua level tarikh pada carta, yang ditandai dengan semua sudut rajah lain dalam Chronograph.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Seperti yang anda dapat lihat dalam carta diatas, semua point adalah agak dekat dengan carta extreme. Sekiranya sejarah high adalah telah berlalu lebih dari setahun, semua level yang anda tandakan akan bersilang dengan semua sejarah carta.

Seperti yang anda dapat lihat dalam carta diatas, semua point adalah agak dekat dengan carta extreme. Sekiranya sejarah high adalah telah berlalu lebih dari setahun, semua level yang anda tandakan akan bersilang dengan semua sejarah carta.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Jadi saya memanjangkan kitaran pasaran ke masa hadapan. Kitaran ini sesuai sehinggalah terdapat high yang baru. Dalam kes ini, kitara akan bermula dari high yang baru itu. Ingin saya tekankan, menurut kaedah ini, tiada konsep seperti ramalan jangka masa panjang atau pendek. Anda hanya boleh beroperasi dengan hanya maklumat sejarah dalam TF harian.

Untuk langkah seterusnya adalah mengenalpasti level sejarah harga. Ini adalah langkah yang sama seperti yang diterangkan dalam artikel kedua blok ini, dikhususkan untuk model Gann. Jadi saya perlu masuk carta semula, dimana saya telah tandakan nilai sejarah.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Dengan level harga kegemaran, saya tandakan harga yang bersilang dengan tarikh, paling dekat dengan hari ini; ia perlu sepadan dengan pantulan pasaran patah arah setepat yang mungkin. Seperti yang dapat anda lihat dalam carta diatas, garisan ini adalah garis merah pada 4 September. Pada langkah yang seterusnya, saya perlu mengenalpasti kenaikan; unit harga apabila ia bergerak dari satu sel ke sel lain dalam square Gann. Dengan ini, Gann menawarkan cara alternatif dengan cara “percubaan dan kesilapan”.

Saya akan mengambil low sebagai titik rujukan, dan selepas itu, saya akan pilih beberapa kenaikan supaya satu daripada nilai terdekat dalam sel, dimana yang bersilang dengan level harga kegemaran, adalah extreme yang padan dengan tarikh kunci yang dipilih. Untuk menerangkan dengan lebih jelas, saya akan memberikan contoh.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Seperti yang dapat anda lihat dalam carta diatas, high BTC dalam tempoh pengajian adalah pada 7411.85 USD. Harga Bitcoin terendah adalah 0.003 USD untuk 1000 BTC pada tahun 2009; jadi, pertama saya akan mengambil nilai yang mungkin dalam carta adalah 0.01 USD. Seterusnya, saya perlu membina level harga dari titik kenaikan supaya satu daripada sudut kegemaran adalah paling dekat dengan high pada level 7411.85 USD.

Gann, sebagai kaedah alternatif untuk memilih nilai permulaan kenaikan, menawarkan penggunaan 5 USD dan untuk harga yang lebih tinggi daripada 1000 USD; 0.5 USD dan lebih – untuk harga yang melebihi level 100 USD. Saya mencadangkan kita membuatnya menjadi lebih mudah dan membahagikan harga high kepada 1000. Pengalaman membuktikan bahawa ianya adalah cara yang paling relevan.

Oleh yang demikian, tetapan akan kelihatan seperti ini:

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Dengan percubaan dan kesilapan, saya mendapat nilai kenaikan sekitar 7.633 USD. Menemui kenaikan itu, saya boleh mengetahui Square of 9. Selain itu, saya ingin menekankan bahawa saiz square mestilah dibesarkan supaya nilai terakhir, sepadan dengan sudut kegemaran, dan akan menjadi lebih tinggi daripada high (dalam contoh yang diberikan adalah 19666 USD). Dalam contoh saya, saiz square akan bertambah dari 10 sel ke 33 sel. Anda mungkin sudah tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Ya anda betul; saya cuma akan menanda level harga persilangan pada sudut kegemaran yang menunjuk kepada 4 September.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Akhirnya, jika anda telah mengikut saranan saya, anda akan mempunyai square besar yang sama dan garis diagonal sepanjang sel hijau. Saya tandakan high 7411, dimana ia bersilang, dengan warna kuning.

Sekarang, saya akan mulakan satu langkah yang sangat penting dalam analisis, bila anda perlu menandakan semua level yang dikenalpasti didalam carta. Nasib baik, high sejarah tidak dikemaskini dengan kerap, oleh itu, saya tidak perlu mebuat pengiraan dengan kerap.

Akhirnya, saya mempunyai gambar seperti yang diatas. Anda boleh lihat dalam carta diatas, hampir semua level harga kunci sepadan dengan titik kunci, dan dalam sejarah carta, ianya adalah zon reversal, consolidation, atau correction dalam trend. Jadi sekarang, terdapat detik yang menarik. Semua model dagangan Gann adalah berdasarkan kitaran analisis. Dan kaedah ini juga bukanlah pengecualian. Jika anda mahu memahami dengan lebih baik apa yang saya tulis ini, saya sarankan anda membaca analisis fractal. Saya khususkan pengajian blok kepada model fractal dulu lagi (artikel terakhir disini)

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Untuk memudahkan analisis, saya tandakan semua level dengan nombor. Anda mungkin boleh mempunyai bilangan level yang berbeza dalam carta anda. Ia bergantung kepada level yang anda mula dari pembentukan grid. Saya mengambil tapak level 1320 USD, kerana saya tidak fikir bahawa Bitcoin akan jatuh ke dalam lagi. Walaubagaimanapun, turutan nombor level tidak penting, kerana saya akan mengira perbezaannya.

Sewaktu saya mengaplikasikan heptagon untuk mengetahui kitaran, kitaran akan mengandungi tujuh kolum, tujuh tahap yang saya aturkan kedudukan menggunakan huruf dari A ke G.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Kemudian, saya mengira sel, tutup sewaktu masa setiap tahap. Sekiranya BTCUSD pecah melalui garis sel tapi tidak melintasi blok secara sepenuhnya, saya tidak akan mengira square ini. Disini juga penting tentang isyarat matematik. Ianya adalah samada anda mempunyai nombor dengan simbol + atau -. Ia akan membantu anda untuk mengenalpasi harga akan naik atau turun.

Ia seharusnya juga dicatat bahawa ramalan asasnya hanya akan berkesan sekiranya terdapat kitaran yang lengkap. Sekiranya titik permulaan kitaran berdasarkan high yang baru, untuk analisis anda, anda boleh menggunakan regularities, menggabungkan diantara tahap; tapi, jika anda menyambungkan kitaran lama kedalam masa hadapan yang anda ramal, anda akan membuat banyak kesilapan.

Ianya jelas sekali dari carta diatas sewaktu tahap pertama, ianya adalah A, harga turun 10 sel, sewaktu tahap B, semua kenaikan berhenti disebabkan rollback, dan kolum ditutup dengan tiada kenaikan. Sewaktu tahap C, pertumbuhan, ditukar untuk kerugian, ditutup 2 sel. Sewaktu tahap D, Bitcoin jatuh dua sel.

Pada tahap E, satu sel naik.

Pada tahap E, satu sel naik.

Pada tahap G, jatuh empat sel.

Apakah seterusnya?

Seterusnya, saya lakarkan paparan kitaran pada carta. Pergerakan dikenalpasti mengikut bagaimana tahap kitaran sebelumnya selesai; oleh itu, selepas setiap dari tahap itu selesai, saya membetulkan harapan untuk yang seterusnya. Walaubagaimanapun, arah pergerakan didalam tahap boleh dikenalpasti dengan agak tepat.

Seperti yang anda dapat lihat, kenaikan atau pengurangan nombor sel untuk paparan ke masa hadapan tidak boleh diambil secara mudah, Ia adalah mengenai perubahan relatif. Jika kitaran sebelumnya menunjukkan penurunan 1 sel, dan seterusnya 2 sel; itu bermaksud, tahun hadapa, sekiranya harga turun 2 sel dalam tahap yang sama, ia sepatutnya naik 4 sel untuk tahap seterusnya; perkadarannya adalah sama untuk nombor sel diantara tahap dan arah pergerakan, tambahan pula tiada kekangan keras, Cuma ia adalah mengenai arah pergerakan harga dan potensi minima untuk pergerak di dalam tahap tersebut.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Sebagai contoh, saya akan membuat ramalan untuk situasi semasa Bitcoin. Bayangkan tahap G yang terakhir dalam kitaran berakhir dengan penurunan sebanyak 4 blok. Mengambil kira situasi lepas, tahap A akan turun sebanyak 10 sel, diikuti oleh kenaikan 11 sel, kemudian saya tidak menjangkakan harga akan naik pada masa hadapan tahap A akan naik lebih tinggi daripada pergerakan dalam tahap G sebelumnya, dimana ia hanya akan naik sebanyak 3 sel sahaja, ini tidak bermaksud harga tidak akan naik sampai 6 sel. Saya memahami bahawa tahap ini adalah besar kemungkinan untuk kembali dan lihat sasaran minimum untuknya.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

 

Seterusnya, dalam tahap C, bitcoin kemungkinan akan jatuh sedikit, berdasarkan idea yang saya cerminkan dalam kitaran sebelumnya.

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Jika tahap seterusnya tutup dengan kenaikan harga, kesan cerminn akan hilang, dan kitaran ini mungkin akan memasuki fasa bearish dan harga akan memulakan kejatuhan baru, tidak mengambil kira apa yang berlaku sebelum ini. Sebelum saya menamatkan pos ini, ingin saya tekankan sekali lagi bahawa carta diatas tidak menunjukkan ramalan saya untuk harga masa hadapan Bitcoin; ia Cuma contoh bagaimana anda boleh memberikan perhatian kepada bagaimana tahap sebelumnya tamat. Apakah perubahan terakhir harga, dibandingkan dengan tahap yang sebelumnya? Apakah perubahan harga, dibandingkan dengan tahap yang sama dalam kitaran sebelumnya?

Untuk mengeksploit kaedah ini dengan berkesan, saya mencadangkan gabungan penggunaan dengan kaedah Gann yang lain, termasuklah, yang diterangkan dalam artikel sebelumnya. Dalam pos seterusnya, saya akan bergerak dari matematik dan mula menulis tentang bintang. Saya akan terangkan bagaimana Gann menggunakan astrologi dalam pengajiannya dan mengaplikasikannya dalam praktikal.

Disini saya akan menamatkan artikel saya yang seterusnya, dikhususkan kepada Delbert William Gann dan pembelajaran beliau, dimana saya aplikasikan kepada pasangan BTCUSD. Saya berharap agar maklumat ini menarik dan berguna untuk anda.

Semoga berjaya dan dapatkan keuntungan yang banyak!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

https://ru.liteforex.com/uploads/blog_post/cryptocyrrency/hyipov/hyipov.old.gif

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

Unknown Gann Method: Square of 9 (bahagian 4)

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas