Regulator yang membenarkan kemuflisan : sebab dan akibat

Kemuflisan broker yang dibenarkan oleh regulator: sebab dan akibat. Bagaimana dan kenapa regulator melakukan kesilapan dan apakah yang akan terjadi.

Jika peserta pasaran mempunyai lesen regulator, ia bermaksud bahawa broker diperhati secara dekat dan apa sahaja penipuan atau masalah liquidity akan dikeluarkan. Itu akan terjadi sekiranya pihak pemantau yang mengaudit broker secara berkala, memerhatikan semua aktiviti mereka, dan dalam kes pertikaian, akan terjadi campurtangan suruhanjaya khas untuk pengurusan interaksi diantara peserta pasaran kewangan. Lesen menunjukkan bahawa syarikat kewangan tersebut adalah broker, bukan dealing centre.

Adakah ia betul betul menjamin bahawa regulator dan lesen, yang diterima broker akan melindungi anda dari sebarang masalah? Sebenarnya, terdapat banyak kes yang membenarkan broker muflis dan trader kehilangan jutaan USD. Saya akan menjelaskan antara kes yang paling terkenal:

1. Bagaimana SEC dan CFTC memandang rendah risiko dan membenarkan kemuflisan MF Global

2. Bagaimana Ernst & Young dan FCA mengabaikan penipuan WorldSpreads.

3. Bagaimana CySEC mempertahankan IronFX dimana trader berharap untuk mendapatkan kembali wang mereka.

4. Mengapa IFSC membenarkan kemuflisan Panteon Finance dengan begitu mudah.

Apabila regulator forex melakukan kesilapan : anatomi kemuflisan broker

Apabila regulator melakukan kesilapan: anatomi kemuflisan broker

Lesen yang diberikan oleh regulator adalah sebagai tanda kepada pedagang yang mengatakan bahawa broker tersebut berada dibawah kawalan. Secara teorinya, regulator akan memantau penyata kewangan, menyemak paras modal, menyemak sekiranya peraturan pemisahan adalah diperhatikan (pemisahan akaun pelanggan dengan akaun broker), tidak termasuk transaksi dalaman, dan transaksi yang berkait dengan risiko yang tidak berasas. Secara teorinya....

Dalam internet, terdapat banyak pautan kepada kemuflisan yang terkenal bahagian sub British Alpari yang berlaku pada musim bunga tahu 2015 sejurus sahaj Swiss franc melambung tinggi. Pada masa itu, FCA mampu menyelamatkan wang pelanggan, dan kisah in selalu disebut sebut sebagai contoh kecekapan kerja regulator. Walaubagaimanapun, kes dimana regulator (termasuklah FCA) membenarkan broker besar bankrup disebabkan kecuaian kebiasaannya dirahsiakan. Ianya adalah contoh yang hebat dimana lesen regulator adalah jauh sekali daripada menjadi penawar kepada masalah yang ada. Baca lagi untuk mengetahui mengenai kes tersebut.

1. SEC dan CFTC: bagaimana memandang rendah risiko menjejaskan reputasi broker

SEC (U.S. Securities and Exchange Commission) dan CFTC (Commodity Futures Trading Commission) dianggap sebagai paling cekap bukan sahaja di USA, tapi juga di seluruh dunia. Tapi contoh kemuflisan MF Global menunjukkan bahawa bukan sahaja regulator tidak boleh menganggarkan risiko broker, tapi mereka juga tidak tahu berapa banyakkah aset toksik yang pelanggan mereka ada.

Sewaktu detik kemuflisan, broker MF Global mempunyai 7 jumlah aset dalam bahagiannya. Syarikat tersebut adalah kepunyaan ejen pelaburan multilevel yang melakukan operasi dalam derivatif. Cuma satu minggu sahaja telah mencukupi untuk menjatuhkan sebuah broker. Audit kewangan mendedahkan bahawa terdapat defisit sebanyak $700 juta dalam akaun berasingan milik pelanggan: wang tersebut telah digunakan oleh syarikat untuk pembiayaan operasi mereka. Juga, telah diketahui bahawa selain kerugiaan yang didaftarkan pada suku ketiga tahun 2011, jumlah hutang yang dianggarkan adalah sebanyak $39.7 bilion, dengan aset yang bernilai sebanyak $41 bilion. SEC dan CFTC mengatakan bahawa broker telah bankrup dengan serta merta, namun sebab dan kesalahan masih belum ditemui.

Apabila regulator forex melakukan kesilapan : anatomi kemuflisan broker

Kesalahan MF Global adalah keyakinan yang tidak wajar terhadap pertalian dengan kerajaan yang di termeterai dibawah perjanjian beli semula (repo). MF Global menjual (pencen dan dana pelaburan) jaminan pelabur , setuju untuk membeli balik pada harga yang telah ditetapkan. Dalam kata lain, broker merekorkan jualan jaminan tersebut diatas penyata imbangan tanpa menjelaskan mengenai perjanjian beli balik. Ujian tekanan yang dilakukan oleh regulator tidak menunjukkan apa apa masalah broker dimana perjanjian repo dibuat diluar penyata imbangan mereka.

Ini adalah seperti piramid kewangan. MF Global akan membeli bon European, menjua mereka dengan syarat untuk membeli mereka balik, menggunakan duit yang diterima untuk membeli bon lagi, dan menjual semula bon tersebut. Tapi, semakin tinggi jumlah transaksi, semakin banyak duit yang diperlukan untuk membeli balik dimana pelabur akan cenderung untuk mengeluarkan wang mereka sewaktu krisis berlaku. Terdapat masa dimana broker tidak mempunyai kecairan yang cukup untuk meningkat cagaran.

Prinsip memperolehi wang melalui hutang cagaran adalah seperti berikut : kebergantungan cagaran adalah kukuh dan harga meningkat. Pembeli (dana) memperoleh perbezaan diantara harga penebusan dan harga beli (biasanya rendah daripada harga nominal), MF Global mendapat pembayaran melalui kupon sewaktu penebusan bon tersebut. Negara european sepatutnya meneruskan pembayaran hutang mereka dan pelabur Europen – perlu lebih akur dengan masalah European. Masalah bermula dengan Greece dan kemudian tersebar ke negara lain (Cyprus, Spain, Italy, Portugal, Belgium, dan Ireland). Bon European mula mengalami kejatuhan harga, kontraktor (pembeli bon), meminta lebih banyak cagaran kerana mengetahui bahawa MF Global tidak mempunyai wang untuk membeli balik bon pada harga yang telah ditetapkan. Krisis kecairan membawa kepada kejatuhan penilaian, dimana ia telah mencetuskan kenaik dalam keperluan kecairan. Perkara yang paling sedih ialah broker menggunakan dana mereka sendiri dan juga dana pelanggan.

Apabila regulator forex melakukan kesilapan : anatomi kemuflisan broker

Kemuflisan MF Global’s menunjukkan bahawa:

  • Regulators tidak tahu berapa banyakkah posisi repo yang tidak direkodkan yang dimiliki oleh syarikat broker;
  • regulators dan pengaudit tidak terfikir bahawa melabur dalam bon European akan mencetuskan apa apa masalah.

2. FSA (FCA) dan WorldSpreads: kegagalan regulator

Syarikat WorldSpreads ditubuhkan pada tahun 2007 sewaktu US diambang krisis pajakan yang sebahagian darinya telah menjejaskan UK juga. Syarikat memperoleh jumlah pelanggan yang besar dan kedudukan yang kukuh telah membantu mereka untuk melalui tahun 2008 yang paling sukar. Setelah meningkatkan perolehan, broker telah modal sebanyak mencapai 40 milion pound, yang mana telah menjadikannya salah satu syarikat terbesar dalam sektor ini. Mengikut undang undang, syarikat tersebut yang mempunyai akaun yang berasingan,namun ia tidak membantu pelanggan sama sekali.

  • Nota: akaun berasingan bermaksud akaun trader dipisahkan daripada akaun broker. Secara teorinya, jika broker muflis, akaun berasingan pelanggan akan dipindahkan ke syarikat lain. Dalam hal ini, broker tidak mempunyai akaun berasingan untuk setiap pelanggan dan jumlah posisi yang di hantar kepada pasaran atau liquidity provider tidak dapat disemak oleh FSA.

Pada pertengahan bulan Mac 2012, WorldSpreads telah mengakui bahawa £13 milion daripada £30 milion telah hilang dari penyata imbangan syarikat. Detik ini adalah dimana pengurusan broker menyedari bahawa mereka menghampiri titik dimana mereka tidak boleh berpatah balik dan cuba untuk membuat perjanjian untuk menutup defisit dengan London Capital Group dan IG Group. Walaubagaimanapun, perjanjian tersebut gagal dan broker terpaksa menerbitkan penyata imbangan yang defisit. Situasi ini kelihatan sangat mustahil untuk berlaku di UK, oleh sebab itu penipuan ini telah mengejutkan keseluruhan sektok dan operasi broker dihentikan dengan serta merta.

Apabila regulator forex melakukan kesilapan : anatomi kemuflisan broker

Siasatan kemudian yang dijalankan menunjukkan bahawa kehilangan £13 milion adalah disebabkan pengeluaran yang dilakukan oleh WorldSpreads atas alasan kebenaran pelanggan untuk membeli saham syarikat. Jika kes MF Global adalah disebabkan memandang rendah risiko,kes WorldSpreads adalah penipuan yang jelas lagi nyata.

Kemuflisan WorldSpreads’ menunjukkan kelemahan pihak berkuasa kewangan:

  • Pengaudit “Big Four” Ernst&Young tidak melihat kekosongan dalam penyatan imbangan broker dlaam tempoh masa semakan 5 tahun. Tiada bayangan keraguan mengenai WorldSpreads, dan tiada orang akan tahu mengenai duit yang telah dikeluarkan jika perjanjian yang gagal itu tidak dibuka kepada umum.
  • FSA bergantung kepada laporan pengaudit tanpa mengawal broker. Apa yang menakjubkan ialah tiada maklumat mengenai aduan daripada trader. Oleh itu, boleh kita simpulkan disini bahawa WorldSpreads telah memanipulasikan wang pelanggan walhal tinjaun FSA hanyalah formaliti semata mata.

Kemudian, pengaudit Big Four yang lain iaitu KPMG, dilantik untuk menyiasat kes tersebut, mengambil tindakan undang undang terhadap Ernst&Young. Dua tahun kemudian, kesepakatan telah dicapai. Ianya adalah hasil yang agak bagus untuk pengaudit yang bersalah sehingga mampu untuk mengembalikan reputasi mereka (mari saya ingatkan kamu mengenai kemuflisan sumber tenaga yang besar iaitu Enron di USA pada tahun 2001 selepas pengaudit Arthur Andersen ditutup dan Big Five bertukar menjadi Big Four).

Kesan selepas kemuflisan WorldSpread agak serius terhadap FSA juga. Regulator tersebut di strukturkan semula kurang daripada 1 tahun. Terdapat beberapa kuasanya di tukar ke Bank of England dan organisasi terbaru dibentuk FCA (dibentuk pada 1 April 2013) mengubah cara pendekatan pemantauan kewangan, meningkatkan kekerapan audit daripada 1 tahun kepada suku tahun.

Situasi ini merupakan detik paling menyedihkan buat pelanggan WorldSpreads. Akaun berasingan dan dana pampasan adalah tidak mencukupi untuk menyelamatkan wang mereka. Hanya 15% - 40% daripada deposit berjaya dibayar.

3. CySEC dan IronFX: regulator yang tidak mengaku kesalahannya

IronFX adalah broker global yang klasik, menyediakan dagangan dalam pasaran tukaran matawang asing dan stok. Ianya telah beroperasi dibawah jurisdiksi Cyprus sejak tahun 2010. Projek ini telah ditubuhkan dan diuruskan oleh Cypriot, dan ibu pejabat juga terletak disitu. Syarikat berkembang secara beransur ansur kepada lebih 60 buah pejabat diseluruh dunia. Aduan pertama terhadap broker bermula pada mac 2015, namun CySES tidak menghiraukannya. Siasatan oleh wakil regulator mula dilakukan pada bulan Ogos-Sept 2015. Pada April 2016, mereka menyuarakan keputusan yang dikagumi oleh trader, kenyataan rasmi CySEC adalah seperti berikut:

  • Regulator tidak mempunyai kuasa untuk membuat bayaran pampasan kepada mereka yang terjelas dari dana pampasan sehinggalah IronFX diisythiharkan bankrup. Walaubagaimanapun, broker tidak mempunyai rancangan untuk mengisytiharkan bankrup. Ianya Cuma untuk tidak menghiraukan permintaan trader.
  • Regulator menggesa broker untuk membayar hutangnya kepada trader dan membayar penalti sebanyak 335,000 euro.

Apabila regulator forex melakukan kesilapan : anatomi kemuflisan broker

Kami masih tidak tahu samada keperluan telah dipenuhi (mereka tidak memenuhinya, berdasarkan maklumat yang tidak sahih). Walaubagaimanapun, IronFX mengekalkan lesen Cyprus. Selain itu, syarikat tersebut membuka pejabat di China. Pada awal oktober 2014, IronFX mempunyai masalah dengan China (tuduhan menipu)namun sub-bahagiannya terus menguasai pasaran China selepas menukar jenama.

Terdapat satu lagi peningkatan konflik mengambil tempat pada tahun 2017. Satu kumpulan pelabur bersama dengan trader Hungarian telah mengumpul aduan kolektif bersama dengan Financial Ombudsman Service dan ESMA (European Securities and Markets Authority). Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memeriksa aduan berkenaan. Jawapan formal telah diberikan: tiada pelanggaran terma dalam aktiviti regulator. Tapi trader tidak berhenti membuat aduan kepada Suruhanjaya European dan ianya berhasil: Parlimen European campur tangan dalam kes tersebut. Pemeriksaan aduan dimulakan pada bulan Julai 2017, dan hasilnya masih lagi dalam penantian. Hati hati sewaktu memilih syarikat untuk berdagang, periksa terlebih dahulu sejarah dalam menguruskan pelanggan; sekiranya ia telah beroperasi selama lebih daripada 10 tahun dan masih tidak terlibat dengan perbicaraan yang serius dan aduan rasmi regulator, syarikat tersebut kemungkinan boleh dipercayai. Dan hubungan kekeluargaan rakyat Cypriot kelihatan agak membantu dalam situasi sekarang.

4. IFSC dan Panteon-Finance: adalah lebih baik lambat daripada tidak pernah

Panteon-Finance ditubuhkan pada 2010. Beroperasi di negara CIS, syarikat ini meletakkan posisinya sebagai broker PAMM tapi juga menyediakan servis forex yang biasa. Kempen pemasaran yang aktif adalah agak berkesan. Penerbitan ulasan yang kerap dalam blog pelaburan dan forum menjadikan jenama ini antara yang paling dikenali pada tahun 2012. Panteon-Finance dilesenkan oleh regulator Bezile IFSC, walaupun ianya luar pesisir tapi ianya masih lagi popular dikalangan broker. Apalah sangat yang akan berlaku kan?

Pada tahun 2013, terdapat desus desas dalam komuniti trader bahawa Panteon-Finance hanyalah sekadar piramid. Terdapat satu lagi broker yang terkenal selari dengannya iaitu Forex Trend. Pada awal pertengahan 2014, terdapat beberapa aduan mengenai kegagalan untuk menunaikan kewajipan difailkan terhadap kedua dua syarikat tersebut. Pada Semtember 2014, International Forex Traders Union mengumumkan pengakhiran kerjasama dengan syarikat pelaburan ini. Tiada reaksi langsung daripada regulator.

Aduan yang direkodkan terhadap Forex Trend dan Panteon-Finance adalah tetap dalam jangka masa musim luruh 2014 sehingga musim bunga 2015. Pada bulan Februari 2015, pusat peraturan instrumen kewangan melalui kaunter menarik balik lesen mereka. Pada Mei 2015, regulator New Zealand FMA memberi amaran mengenai kemungkinan Forex Trend’s akan jatuh bankrup, memandangkan syarikat tersebut tidak boleh diharap, tapi tidak mengambil tindakan lain.

Forex Trend terus mengeluarkan wang sementara FMA membataskan diri dan mencadangkan trader merujuk merujuk kepada organisasi yang menguruskan pertikaian (salah satu contoh bantuan yang produktif yang diberikan oleh regulator luar pesisir)

Situasi dengan Panteon-Finance adalah lebih menarik. Fakta yang mengatakan bahawa broker tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya dibuka kepada umum pada Oktober 2014 – Februari 2015. IFCS mengeluarkan amaran dalam lamannya pada lewat Oktober 2015, namun ianya langsung tidak berguna lagi pada masa itu.

Apabila regulator forex melakukan kesilapan : anatomi kemuflisan broker

Setelah beberapa tahun penyiasatan dijalankan, kita telah mengetahui bahawa Panteon-Finance, Forex Trend, dan Private FX diuruskan oleh satu kumpulan bersama Pavel Krymov sebagai ketuanya, yang memperuntukkan hampir 30 milion USD. Semua broker tersebut adalah piramid kewangan. Soalannya ialah:

  • Bagaimanakah mereka mendapatkan lesen sedangkan regulator seharusnya memeriksa asal dan kecukupan wang?
  • Bagaimanakah dua regulator membenarkan pelanggaran tersebut sedangkan objektif utama mereka adalah menguruskan pengubahan wang haram dan piramid kewangan?
  • Mengapakah walaupun terdapat aduan dalam jumlah yang besar, regulator bertindak sangat lambat, membuat perkara ini begitu remeh?

Kesimpulan. Kecekapan regulator kadang kala boleh dipertikaikan. Dalam sesetengah kes, tiada yang lebih kecuaian atau ketiadaan mekanisma kawalan yang cekap. Dalam sesetengah kes, lesen cuma satu formaliti, dan terdapat juga regulator yang menyebelahi pihak broker. Oleh itu, semua orang perlu menentukan bahawa regulator boleh dipercayai atau tidak.

Apabila regulator forex melakukan kesilapan : anatomi kemuflisan broker

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas