Apakah divergence? Bagaimana untuk mengenalinya? Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal untuk cryptocurrency?

Divergence! Ia adalah asas analisis teknikal, yang diabaikan oleh ramai, walaupun ia tidak sepatutnya. Mengapa? Teruskan membaca...

Rakan-rakan sekalian,

Saya meneruskan siri latihan saya, dan kali ini, saya ingin berbincang mengenai divergence.

Semua orang tahu bahawa divergennce dibahagikan kepada menaik dan menurun. Tetapi berapa jenis divergence yang boleh anda sebutkan?

Jawapannya adalah tiga.

Istilah divergence adalah sangat biasa dan digunakan secara meluas dalam matematik, fizik, biologi, linguistik. Cirinya adalah sama di mana-mana dan berasal dari Latin 'divergo', yang bermaksud 'deviate'.

Dalam analisis teknikal, divergence berlaku apabila indicator dan harga aset menuju ke arah yang bertentangan.

Kelebihan divergence dalam analisis teknikal ialah ianya tidak seperti kebanyakan isyarat, divergence adalah yang utama.

Prinsip isyarat ini agak mudah. Sekiranya ia muncul, arah itu mungkin akan bertukar tidak lama lagi, atau, sekurang-kurangnya, pasaran mungkin bergerak secara sideway.

Oleh itu, divergence menurun bermaksud pergerakan harga ke bawah, dan divergence menaik bermaksud harga akan bergerak ke atas.

Isyarat divergence adalah relevan dalam semua timeframe, tetapi seperti untuk kebanyakan isyarat, prinsip subordinasi perlu dititikberatkan. Iaitu, divergence dalam timeframe yang lebih besar adalah isyarat yang lebih kukuh daripada yang lebih kecil.

Jika kita membincangkan Bitcoin dalam hal ini, saya boleh mengatakan, berdasarkan pengalaman saya sendiri, bahawa jangka masa yang paling sesuai untuk mengenal pasti divergence adalah 12 jam.

Sukar untuk saya jelaskan, kenapa, tetapi betul-betul dalam jangka masa ini isyarat berfungsi dengan lebih jelas.

Untuk mencari isyarat divergence, saya menggunakan beberapa oscillator, seperti:

  • Chaikin oscillator
  • DeMarker
  • MACD
  • Stochastic
  • RSI
  • Volume oscillator.

Kenapa saya menggunakannya?

Kerana, masing-masing adalah cara yang unik, mempunyai ciri tersendiri dan kepekaan dalam keadaan pasaran yang berbeza.

Anda boleh menggunakan mana-mana oscillator lain yang mudah untuk anda. Seperti dalam artikel ini, tujuan utama untuk menerangkan ciri isyarat Divergence dan bagaimana untuk membacanya dengan betul dalam carta graf.

Oleh itu, seperti yang telah saya katakan, terdapat tiga jenis divergence, iaitu:

  • Regular Divergence (berlawanan dengan arah trend),
  • Hidden Divergence (mengikut arah trend),
  • Extended Divergence.

Selain itu, perlu diingat bahawa divergence adalah relevan sehingga extreme seterusnya berlaku. Selepas itu, ianya tidak lagi releven.

Contoh Regular Divergence (berlawanan dengan arah trend)

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Di dalam carta graf di atas kita dapat melihat contoh regular BEARISH divergence, yang juga dipanggil divergence berlawanan dengan arah trend.

Prinsip isyarat adalah berdasarkan namanya.

Dalam carta graf di atas kita lihat walaupun high sebelum ini sentiasa dibuat dalam arah trend menaik, oscillator, Chaikin, Volume dan RSI, menunjukkan paras yang lebih rendah daripada yang sebelumnya.

Untuk tujuan penerangan, saya menandakan isyarat ini dengan anak panah biru.

Seperti yang kita lihat dari sejarah, isyarat ini 100% berjaya dan mereka yang mengikuti isyarat ini meninggalkan pasaran tepat pada waktunya, menjual bitcoin mereka pada semua high sebelum ini.

Bsgi situasi regular BULLISH divergence, isyarat berfungsi mengikut prinsip yang sama iaitu indicator walaupun pembentukan low terbaru sentiasa berlaku dan akan menunjukkan paras terendah yang lebih tinggi.

Contoh Hidden divergence (mengikut arah trend)

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Di dalam carta graf di atas kita dapat melihat contoh yang baik dari divergence yang bertentangan yang juga dipanggil hidden divergence atau divergence yang mengikut arah trend./p>

Beginner sering keliru Hidden Bearish Divergence dengan Regular Bullish, yang memberi kesan yang buruk. Peniaga membuka posisi long (membeli) yang sebaliknya mereka perlu mencari posisi short (menjual)./p>

Dalam carta di atas, ia amat jelas dikenal pasti oleh DeMarker, MACD dan RSI, bahawa terdapat Hidden BEARISH divergence./p>

Prinsipnya berlawanan dengan regular divergence; di mana oscillator menunjukkan level yang lebih tinggi, yang harga tidak dapat dicapai./p>

Seperti yang anda lihat, isyarat ini juga telah menjadi seperti yang dijangkakan dan pasaran mengikuti isyarat menurun bagi pembetulan harga./p>

Untuk Hidden BULLISH divergence, semua adalah sebaliknya; indicator menunjukkan penurunan terendah, apabila harga gagal dicapai.

Contoh Extended divergence

Extended divergence sering berlaku semasa pasaran bergerak sideway, apabila tidak banyak high dan low. Ia juga berlaku apabila corak Double Bottom atau Double Top terbentuk, menjadi isyarat pengesahan penukaran arah trend.

Dalam situasi ini, seseorang perlu mengikuti nilai yang ditunjukkan oscillator, apabila harga mencapai boarder sideway.

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Dalam carta graf di atas, kita melihat bahawa harga hanya mencapai level low sebelumnya, apabila Volume oscillator dan DeMarker menunjukkan higher low.

Isyarat ini adalah Extended BULLISH divergence.

Extended BEARISH divergence berdasarkan prinsip yang sama. Ia berlaku apabila harga high berada pada level yang sama, tetapi oscillator gagal untuk menunjukkan level high sebelumnya dan menunjukkan level high lebih rendah daripada yang sebelumnya.

Langkah seterusnya?

Untuk menganalisis situasi dengan tepat dan mengetahui divergence, perlu mengikut pasaran dalam semua timeframe, W1 sampai H1.

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Mari cuba analisis Bitcoin.

Seperti yang kita lihat, dalam carta graf W1, terdapat cubaan yang lemah untuk membentuk regular bullish diveegence pada volume oscillator.

Oscillator ini adalah salah satu yang paling sensitif, jadi isyaratnya sentiasa memerlukan bukti.

Seperti yang kita lihat, oscillator masih mengikuti pasaran, dan hanya oscillator Chaikin memberikan isyarat, menunjukkan mungkin divergence akan terbentuk.

Digabungkan, isyarat ini boleh menjadi tanda pembetulan lemah dan tanda – tanda pengakhiran atau sekurang-kurangnya arah trend menurun berhenti.

Dalam carta D1, keadaan tidak jelas.

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Kami melihat volume oscillator telah mula sentiasa membentuk high baru walaupun pasaran masih bergerak ke bawah.

Walau bagaimanapun, indicator lain tidak memberikan isyarat penukaran yang kuat.

Maksudnya, rollback ini sedang berkembang sekarang, boleh memberi kesan dari satu – satunya isyarat ditunjukkan oleh volume oscillator.

Dalam carta H6, keadaan kelihatan lebih buruk.

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Seperti yang kita lihat dalam carta graf di atas, terdapat penurunan harga yang ditunjukkan oleh Chaikin dan volume oscillator, ia sudah pun menjadi alasan yang baik untuk pembetulan harga.

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Dalam carta graf H4, arah trend menurun disahkan oleh DeMarker.

Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Seperti yang kita lihat divergence dengan membandingkan harga dan indicator. Untuk lebih jelas saya cadangkan menggunakan Zig Zag. Ia menunjukkan extreme dalam carta harga yang menjadikan analisis lebih mudah untuk beginner.

Jangan lupa, untuk mencari divergence dalam arah aliran menurun dan bandingkan low, dan dalam arah aliran menaik - high.

Divergence harus dilihat sebagai isyarat pengesahan sahaja dan pelengkap bagi strategi perdagangan anda.

Membuka posisi berdasarkan isyarat divergence sahaja memberi risiko yang tinggi!

Gabungan yang baik dari analisis divergence dengan strategi perdagangan adalah penggunaan analisis ini dalam perdagangan.

Lihat contoh dalam carta graf di atas.

Sekarang, pasaran bergerak dalam channel menurun, dan penurunan harga dalam carta grah H4 menandakan channel ini tidak dapat dipecahkan dari bawah. Oleh itu, apabila harga menaik dari upper channel border, kedudukan short boleh dibuka dengan menggunakan money management yang baik dan menetapkan stop loss.

Semoga Berjaya dan mendapat keuntungan yang baik!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex
Divergence dalam pasaran cryptocurrency. Bagaimana untuk menggunakan divergence dalam analisis teknikal cryptocurrency? Bagaimana untuk mengenal pasti? Bagaimana berdagang menggunakannya?

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas