Gambaran keseluruhan mengenai dua strategi berdasarkan indicator digital

Apakah indicator digital: perbezaan antara peralatan biasa, jenis filter. 

Pada masa kini, terdapat banyak indicator analisis teknikal yang telah dicipta: instrumen trend, oscillator, dll. Kebanyakan daripada mereka menggunakan kaedah maklumat secara purata, dimana ianya dianggap mentah. Tapi terdapat kumpulan peralatan yang lain – indicator digital diasaskan berdasarkan kaedah matematik analisis spektrum. Formula mereka mengizikan trader untuk menapis harga secara tepat dan mengecualikan lonjakan sekali sekala, menjadikan ramalan mereka lebih berkesan berbanding indicator biasa. Dalam ulasan ini, anda akan mempelajari mengenai perbezaan, kelebihan, jenis indicator digital dan conto strategi yang boleh digunakan berdasarkan indicator tersebut.

Dua strategi yang tidak standard berdasarkan indicator digital

Indicator analisis teknikal asas telah dibentuk kedalam kebanyakan platform yang berdasarkan formula matematik. Formula ini adalah pantulan kepada kelakuan market sebelum ini. Dalam kata lain, indicator ini dibentuk berdasarkan corak yang ditemui sebagai hasil daripada analisis statistik, yang mengizinkan seseorang untuk meramal pergerakan trend sehingga ke sesuatu tahap tertentu. Tapi, terdapat juga kumpulan indicator yang digelar indicator digital. Indicator ini dicipta melalui analisis matematik dan merupakan sistem spectrum algorithm yang digelar ATCF (Adaptive Trend & Cycles Following). Dalam artikel ini, saya akan memberitahu anda lebih lagi mengenai komponen dalam sistem ini, menerangkan perbezaan diantara indicator digital dan biasa, dan memberi contoh dua strategi menggunakan templat indicator.

ATCF - Market Spectrum Analysis Method

Terdapat teori dimana market huru hara dan tidak dapat dijangka, dengan itu, ia tidak boleh dianalisis dengan tepat. Tambahan pula, tiada orang yang dapat mengagak bagaimana trader akan bertindak balas terhadap news tertentu, atau samada pelabur besar ingin melawan market seperti George Soros lakukan dengan Bank of England. Tapi terdapat teori lain; kebanyakan trend umum market adalah logik, mempunyai rasional, sebab dan penyebab. Ekonomi turun naik, oleh itu ia boleh diterangkan melalui kaedah matematik.

Indicator digital didefinisikan sebagai kumpulan algoritma untuk meneliti situasi market, dimana ia berdasarkan kaedah matematik. Ianya berlainan dengan indicator standard. Ia menunjukkan jumlah tertentu; harga, harga yang lancar, dan jumlah. Terdapat banyak indicator standard yang dibentuk berdasarkan tapisan harga sejurus selepas turun naik harga dengan bantuan moving average dan variasi yang lain. Tapi, MA bukanlah penapis yang bagus, kerana indicator digital yang menggunakan penapis spectrum menjadikannya mungkin untuk mendapatkan pengiraan yang lebih tepat.

● Secara mudahnya, indicator digital adalah peralatan analisis teknikal dimana filter spectrum digunakan untuk menapis keluar harga sebagai ganti penggunaan MA.

Paparan indicator tradisional ialah line, area, dan channel. Indicator digital boleh dipaparkan didalam bentuk line dan didalam bentuk digital. Paparan data digital merupakan sumber tambahan kepada statistik, untuk trading, carta linear yang biasa digunakan.

Semua model milik kategori analisis spectrum berdasarkan situasi market. Indicator teknikal yang konvensional, menunjukkan harga dipuratakan melalui tempoh masa yang telah ditetapkan, yang akan memberikan hasil yang tidak tepat. Penggunaan analisis spectrum mengizikan kita untuk meningkatkan kecekapan trading disebabkan indicator digital menggunakan maklumat statistik lepas, yang dtukar menjadi “kekerapan” market (tempoh turun naik)

Teori Fourier menyediakan jarak spectrum tempoh masa trend seperti berikut:

● jarak kekerapan rendah (0-4) – pantulan kepada trend yang panjang selema 2 bulan atau lebih;

● jarak kekerapan sederhana (5-40) – trend bertahan selamat 10 ke 60 hari, oleh itu ia dirujuk sebagai correction

● jarak kekerapan tinggi (41-130) – harga bertahan selama beberapa hari

Algoritma ATCF dibentuk berdasarkan analisis spectrum dan mengandungi indicator yang tercipta menggunakan fiter digital. Ia mengandungi indicator dan fiter:

● FATL. Dibentuk berdasarkan fiter digital kekerapan rendah;

● SATL. Dibentuk berdasarkan fiter digital kekerapan rendah order berlainan;

● RFTL. Garis kekerapan tinggi;

● RSTL. Garis kekerapan rendah;

● PCCI. Indeks channel komoditi sempurna yang dibentuk berdasarkan analisis matematik. Anggaran divergence harga dengan jangkaan secara kiraan matematik;

● FTLM. Mewakili perbezaan diantara FATL dan RFTL;

● STLM. Mewakili perbezaan diantara SATL dan RSTL.

Filter digital FTLM empunyai persamaan yang ketara dengan formula Momentum dengan satu perbezaan; FTLM bukan berdasarkan harga tutup, tapi jumlah harga yang sekata, selepas semua turun naik harga dikeluarkan dari market menggunakan beberapa filter.

Sistem ATCF dengan beberapa set indicator (yang dipaparkan diatas skrin pada masa yang sama) adalah strategi universal yang berasingan tanpa perlu menggunakan indicator klasik. Anda boleh mencari 30 muka surat manual penggunaan secara online yang menjelaskan mengenai prinsip asas trading untuk indicator tersebut dan peraturan asas untuk menterjemah isyaratnya. Kebelakangan ini, indicator digital yang digabungkan telah muncul, dimana ia dibentuk berdasarkan filter ATCF persendirian (baca lebih lagi mengenainya dibawah dalam contoh strategi).

Saya tidak akan masuk secara mendalam mengenai analisis matematik. Tugas saya ialah untuk memperkenalkan kamu semau mengenai terma umum dengan kumpulan indicator yang masih baru da tidak diketahui ramai dengan prinsip pengiraan yang berbeza dengan peralatan teknikal klasik. Saya berharap anda semua akan berjaya.

Taktik trading menggunakan indicator digital.

Dibawah merupakan strategi yang menarik yang menunjukkan hasil yang agak memberangsangkan. Ia akan menjadi lebih baik jika anda, pembaca blog ini, mengujinya sendiri dan ungkapkan pandangan anda diruangan komen.

1. Filter Digital. Taktik ini berdasarkan harga yang telah ditapis oleh indicator. Formula ini termasuklah 4 digital filter yang diterangkan diatas : FATL, SATL, RFTL, dan RSTL. Disini saya akan menggunakan Bolinger Band indicator. Saya ingin mengatakan bahawa TF yang sesuai ialah H1 dalam pasangan matawang EUR/USD. Kelebihan menggunakan indicator ini ialah, bergantung atas jenis filter yang anda gunakan, anda boleh membentuk taktik trading yang berbeza.

● Nota. Anda boleh muat turun templat indicator filter digital anda disini. Selepas archive tersebut telah dimuat turun, anda perlu membuka dan mengeluarkannya daripada archive tersebut. Seterusnya, dalam MT$, pilih “File - Open data catalog”. Dalam paparan window yang dibuka itu,, cari folder “Templates”, dimana kita akan memindahkan templat tersebut. Indicator seharusnya disalin dan dipindahkan kedalam folder “MQL4 - Indicators”.

Dengan menggunakan strategi ini, anda akan trade trend yang berpanjangan selepas garis filter digital meninggalkan channel Bollinger Bands.

Tetapan Filter Digital:

● TimeFrame = semasa;

● Jenis Filter = 2. Ini adalah jenis filter yang saya katakan diatas, terdapat 4 jenis. Sebagai contoh, jika anda set kan nilainya kepada 0, anda kaan melihat indicator terssebut mengambil bentuk tanpa sebarang tambahan paras atau channel. Apabila di set kan kepada 1, indicator akan menjadi semakin lancar dan perlahan.. carta yang mempunyai nilai 2 adalah sama dengan 0, tapi ianya lebih laju, kurang lancar, dan Bollinger bands dipaparkan. Dengna nilai 3, indicator akan menjadi sangat laju dan tidak lancar, tanpa memaparkan channels;

● Price = 0. Bermaksud pengiraan berdasarkan harga penutup (Close);

● Lenght = 0. Jangka masa kelancaran lengkung. Dalam kes ini, lengkung tersebut sangat cepat. Jika anda menetapkan jangka masa yang lebih panjang, lengkungan tersebut akan menjadi lebih lancar, tapi lag akan muncul;

● Phase = 0.0. Parameter ini hampir tidak mempunyai kesan keatas paparan indicator, oleh itu ia boleh diketepikan. Mengapa ia ada disana adalah soalan kepada orang yang menciptanya;

● Lenght of Band = 52. Jangka masa indicator Bollinger Bands;

● Interpolate = true. Parameter yang tidak berprinsip dimana ia boleh ditetapkan oleh default.

Posisi long dibuka apabila filter digital menjangkaui lebih daripada garis channel atas Bollinger. Sebaik sahaja persilangan berlaku, buka posisi pada candle selepas isyarat pertama. SL ditetapkan pada 15 point. Sebaik sahaja TP menjadi 10 point, kita akan mengambil 50% daripada posisi tersebut, dan menjamin 50% lagi dengan menggunakan trailing stop pada jarak lebih kurang 10 point.

Posisi jual juga dimasukkan dengan cara yang sama, tapi terbalik. Sebaik sahaja garis indicator pergi melebihi sempadan bawah channel, kita akan masuk market pada candle isyarat pertama. Syarat untuk menetapkan SL dn menutup trade adalah sama.

Ingat satu perkara yang penting. Screenshot pembukaan posisi long diatas menunjukkan garis bersilang betul betul pada candle isyarat. Ia mungkin kelihatan seperti persilangan candle yang sebelumnya (yang ditandai dengan anak panah biru). Dan posisi mungkin perlu dibuka pada candle isyarat. Saya cadangkan untuk menunggu sedikit lagi sehingga garis filter Digital meninggalkan channel sedikit lagi, dimana ia akan menunjukkan isyarat dengan lebih jelas.

Penerbitan maklumat statistik berlandaskan kalendar ekonomi dan acara yang kuat, anda tidak seharusnya membuka posisi. Jika candle isyarat tersebut mempunyai badan yang besar berbanding yang berhampiran dengannya, anda seharusnya tidak membuka posisi.

2.Trading berdasarkan RBCI. Range Bound Channel Index merupakan indicator lain yang berasaskan formula digital filter. Tugasnya adalah untuk mengecualikan pengiraan turun naik harga yang huru hara dalam market yang meningkat disebabkan elemen spectrum dengan kekerapan yang rendah, dan spekulasi turun naik yang terjadi disebabkan spectrum kekerapan tinggi. Secara visualnya, RBCI adalah sama dengan MACD, tapi prinsip pengiraannya agak berbeza dengan oscilator. Pada detik tersebut, apabila RBCI menghampiri high semasa, harga akan bergerak kearah garis atas channel. Muat turun templat nya disini.

Kita trade dalam M15 dengan pasangan matawang EUR/USD, USD/CHF. RBCI hanya mempunyai satu parameter – jumlah candle yang akan ditunjukkan pada indicator, Countbars = 5000 (garis indicator akan ditunjukkan pada candle 5000 terakhir)

Posisi beli dibuka jika bertepatan dengan faktor dibawah:

● masa terbaik untuk berdagang adalah dari 9.00 to 20.00 EET.

● Garis MERAH RBCI turun dibawah garis BIRU lower diuar channel dan telah berada dibawah untuk beberapa ketika;

 ● garis MERAH RBCI kembali kepada channel, memangkah garis BIRU dari bawah ke atas;

● Candle dimana indicator itu kembali didalam channel haruslah mempunyai badan kurang daripada 15 point.

Sekiranya kesemua syarat ini bertepatan selepas candle isyarat tutup, kita akan membuka posisi, menetapkan SL pada paras 20 point. Paras TP pula ialah 10 point, dimana kita akan gerakkan SL ke paras BreakEven. Kesemua posisi akan ditutup apabila keuntungan mencecah 20 point atau apabila garis merah mencecah sempadan biru bahagian atas channel.

Posisi jual dibuka jika bertepatan dengan faktor berikut:

● Masa terbaik untuk berdagang adalah dari 9.00 to 20.00 EET.

●Garis MERAH RBCI turun diatas garis BIRU lower diluar channel dan telah berada dibawah untuk beberapa ketika;

● garis MERAH RBCI kembali kepada channel, memangkah garis BIRU dari atas ke bawah;

● Candle dimana indicator itu kembali didalam channel haruslah mempunyai badan kurang daripada 15 point.

Anda seharusnya mengelakkan trading apabila news dijangka akan dikeluarkan, atau apabila channel kelihatan lebih nipis berbanding dengan tempoh masa sebelumnya.

Tiada strategi yang unggul, oleh itu tiada 100% jaminan bahawa teknik yang dicadangkan akan berkesan. Tapi saya berharap artikel ini berguna untuk anda. Tinggalkan komen anda dibahagian komen.

 

Indicator digital: definisi, jenis dan strategi yang boleh digunakan

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas