Strategi Pump & Dump untuk berdagang matawang crypto: ciri, prinsip pembentukan Pump, sikap pedagang sewaktu pump. Contoh Pump & Dump dan petua untuk menjana pendapatan

Strategi Pump & Dump memasuki dunia matawang crypto melalui pasaran saham. Ia mencadangkan pengasas skim memilih aset kecairan yang rendah yang mempunyai nilai yang rendah dan stabil dan mengembangkan kos dengan cara mengaut keuntungan melalui kenaikan harga. Ramai yang berpendapat bahawa ianya adalah satu penipuan, namun yang lain berlawanan dengan pendapat pertama, turut serta dan menikmati keseronokan dengan cara ini. Melalui artikel ini, anda akan mempelajari bagaimanakah pump di atur, bagaimana pump boleh dikenalpasti, dengan contoh yang praktikal dan bagaimana pedagang boleh memanfaatkan pump dan memperolehi kebaikan melaluinya.

Bagaimanakah cara untuk membuat keuntungan dengan matawang crypto melalui Pump & Dump

Mata wang crypto merupakan jenis peralatan dagangan yang agak baru, namun banyak strategi yang dicipta adalah sangat memberangsangkan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan:

  • Berdasarkan analisis teknikal: berdagang menggunakan corak, sokongan/rintangan, Fibonacci;
  • Berdasarkan analisis fundamental: berdagang melalui permulaan dan penamat fork, dan melalui berita yang dikeluarkan;;
  • Berdasarkan psikologi: berdagang melalui pemahaman penyebab tindakan pedagang lain dalam pasaran tersebut (“Hamsters” and “Whales”).

Strategi Pump & Dump boleh dimasukkan ke dalam kumpulan yang ketiga; walaubagaimanapun, ia perlu dikelaskan secara berasingan. Ramai yang berpendapat bahawa ianya adalah scam. Ya betul, tapi mengapakan seseorang tidak patut turut serta?

Pump & Dumps boleh dibandingkan dengan HYIPs. Ia juga ialah salah satu skim Ponzi, tapi itu bukanlah sebab utama ramai yang menidakkan daripada mengambil bahagian dalam skim ini. Perkara utama yang paling disukai oleh pedagang bukanlah hanya dagangan yang Berjaya sahaja. Bukan segalanya berkisar mengenai duit, kerana seseorang boleh menikmati proses sewaktu berdagang, dan kadangkala, emosi yang diperolehi adalah lebih baik daripada duit.

Kelebihan dalam matawang crypto : Bagaimanakah Pump & Dump berfungsi.

Penganjur (organizing pool) tidak berusaha langsung untuk mengembangkan harga token, hanya dalam beberapa hari, mencecah 100% bahkan lebih; dan kemudian mengaut keuntungan melalui peningkatan harga dan berseronok dengan duit yang diperolehi.

Mengikut teori, ia kelihatan seperti ini:

  • Penganjur pump (kebiasaannya satu kumpulan terdiri dari beberapa orang) memilih asset. Asset yang dipilih seharusnya matawang crypto yang tidak terkenal, didagangkan dalam trend yang sekata, supaya ianya tidak menarik untuk pelabur. Kos yang diperlukan hanya beberapa sen, jauh dari matawang yang paling tinggi, tapi ianya berkait dengan legenda yang mampu menarik perhatian;
  • Coin tersebut dibeli dalam kadar yang rendah supaya harga tidak naik terlalu awal. Pada masa yang sama, kempen pemasaran yang diuruskan dengan baik akan menjalankan sesi mengwar –warkan / mengviralkan coin ini di media dan internet, penganjur akan mempromosikan matawang tersebut, dengan menjanjikan hasil yang lumayan dan akan lebih ramai orang membeli matawang tersebut
  • Pada permulaan pump, penganjur akan melabur dalam token supaya harga melonjak tinggi. Pedagang, yang dipanaskan dengan berita dan pengiklanan, akan membeli coin tersebut dan mengembangkan lagi harga sedia ada.
  • Pada kemuncak gelombang pump pertama, penganjur akan memuaskan sebahagian permintaan “Hamster” dengan cara menjual sejumlah besar token. Harga akan mula menjunam.
  • Penganjur akan menurunkan harga ke paras yang munasabah dan membelinya kembali, untuk menceturkan gelombang kedua. Pedagang akan melihat kepada kenaikan harga dan menganggap kejatuhan harga tersebut hanyalah correction yang biasa.
  • Gelombang kedua kebiasaannya lebih tinggi dari gelombang pertama, dan apabila ia mencecah tahap tertinggi, penganjur akan menjual semua asset pada harga yang paling tinggi, dan pembeli akan mengurang seterusnya menyebabkan harga jatuh menjunam. Walaubagaimanapun, berapa kali gelombang adalah bergantung kepada pihak penganjur itu sendiri.

Ini ialah contoh yang tersirat didalam Pump & Dump, apabila pihak penganjur mengetahui mengenai kenaikan tersebut. Pedagang lain dalam pasaran hanyalah digunakan untuk mencapai objektif scammer, oleh itu berhati hati lah sekiranya terdapat coin yang tidak dikenali tiba tiba dipromosikan secara besar besaran, jangan terpedaya dengan helah penipu penipu durjana ini;

Komuniti internet dipengaruhi dengan iklan yang pelbagai, dipanggil supaya turut serta dalam mencipta pump dan menghasilkan duit. Penganjur dalam chanel Telegram menggunakan kuasa ahli kumpulan untuk membuat keuntungan bukan sahaja dari Pump & Dump, tapi juga dibayar untuk akses penggunaan perbualan esklusif peribadi mereka. Dalam stock market, (disinilah datangnya strategi ini), aktiviti tersebut adalah haram, tetapi ianya boleh diperbahaskan. Setiap broker memberi amaran mengenai risiko kehilangan deposit mereka. Dan setiap pedagang menerima dengan hati yang terbuka. Orang ramai didorong oleh keinginan membuat duit dengan cepat, dan sekiranya mereka kehilangan duit mereka disebabkan kekurangan analisis, pengetahuan dan maklumat, siapakah yang harus dipersalahkan? Disamping itu, kebanyakan peserta pump diberitahu terlebih awal mengenai apakah yang di sertai oleh mereka (akan diterangkan dengan lebih lanjut).

Sebagai latihan, ia kelihatan seperti ini:

1. E-Coin. Semenjak February 6, satu matawang crypto yang tidak dikenali telah mengalami peningkatan harga sebanyak 4,742%. Matawang ini mengambil masa selama sehari sahaja dan melonjak naik dari bawah 500 teratas matawang crypto cryptocurrencies dan memasuki 100 teratas , dan seterusnya memasuki senarai 20 teratas.

Strategi Pump & Dump: bagaimanakah cara untuk mengambil kesempatan ke atasnya dan tidak diperdaya

Ianya sangat menarik ketika tempoh masa tersebut, semua matawang crypto sedang dalam keadaan tidak bergerak dan bitcoin juga mencecah paras yang terendah, turun sehingga $6000. Tukar matawang yang tidak menjanjikan apa apa keuntungan? Kenapa? Tiada maklumat yang dapat dikaitkan dengan coin tersebut, dan apakah penyebab dan motif yang menarik minat pelabur.? Ia dapat dibuktikan sewaktu harga yang mendatar sewaktu tahun 2017, walaupun sewaktu kenaikan tinggi matawang crypto pada musim bunga 2017, tiada siapapun yang berminat dengan E-Coin.

2. Quark. Ini merupakan contoh yang sesuai untuk pump dua gelombang, seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

Стратегия Pump & Dump: как использовать её в своих целях и не попасться на развод

Projek ini langsung tidak menarik perhatian sesiapa pun. Ia seharusnya menjadi seperti bitcoin, tapi ia terus dilupakan oleh pelabur, dimana ia dibuktikan didalam carta di atas. Kenaikan pada januari 2018 tidak berkait dengan pump.

3. U.Cash. Walaupun ini bukanlah pump, contoh ini layak disebut, kerana carta harga dan psikologi pedagang mempunyai ciri yang sama seperti pump.

Стратегия Pump & Dump: как использовать её в своих целях и не попасться на развод

Matawang crypto ini muncul kurang dari sebulan, dan seperti kebiasaannya yang berlaku sewaktu permulaan, kenaikan harga yang mendadak pada permulaan (scalper cuba untuk mengaut keuntungan melalui minat dalam projek baru). Seterusnya harga akan jatuh merundum, diikuti dengan gelombang pump yang kedua. Kebanyakan projek seperti ini tidak mempunyai gelombang kedua selepas minat pelabur menurun. Disini boleh kita katakana bahawa seseorang (kemungkinan besar penganjur) menggunakan taktik Pump & Dump. Seterusnya coin tersebut jatuh harga.

Pump & Dump seharusnya tidak disalahtafsir dengan votaliti semulajadi. Disini terdapat satu contoh matawang crypto yag bagus iaitu TRON.

Strategi Pump & Dump: bagaimanakah cara untuk mengambil kesempatan ke atasnya dan tidak diperdaya

Pada mulanya, ia kelihatan jelas seperti pump, namun ternyata ianya bukanlah pump. Tumpukan perhatian pada fakta bahawa coin tersebut bukanlah “spam”, kerana ianya termasuk didalam 20 teratas dalam matawang crypto didalam pasaran. Oleh itu, untuk pump matawang crypto tersebut, memerlukan penganjur menguasai kadar tukaran matawang tersebut, dan banyak duit yang diperlukan, pelabur yang besar (“whales”, sepeti pertukaran matawang crypto dan mining pools). Selain itu, matawang ini mengalami pertumbuhan selari dengan kenaikan seluruh pasaran matawang crypto yang mencecah paras 850 billion pada awal Januari, 2018.

Ciri – ciri Pump & Dump

Sangat mudah untuk mengenalpasti Pump & Dump: harga melompat tanpa sebab asas yang kukuh dan tidak selari dengan trend pasaran matawang crypto. Pelabur jangka masa panjang tidak berminat dengan projek dengan modal 10,000 USD, oleh itu ini amat menarik perhatian pumpers.

Ciri ciri Pump:

  • Kenaikan harga yang mendadak tanpa sebab asas yang kukuh;
  • Quotes meningkat pada platform tunggal tanpa kenaikan pertukaran lain;
  • Iklan dan tip untuk membeli matawang crypto didalam perbualan internet, forum dan komuniti sosial.

Pump & Dump yang dianjurkan telah meningkat popularitinya sejak kebelakangan ini. Ini menyebabkan ramai orang ingin menyertai dan turut serta dalam projek ini, menyertai komuniti, dimana penganjur akan berkongsi maklumat mengenai pump yang seterusnya, menyembunyikannya sehingga saat akhir, coin apakah yang akan di pump. Platform pertukaran yang besar tidak akan melakukan aktiviti sebegini. Pertama, mereka tidak menyenaraikan matawang crypto yang kecil (dan ianya mat sukar untuk pump matawang yang besar). Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian. Sebagai contoh, Bittrex dan Yobit merupakan platform pump yang terbesar.

Telegram digunakan sebagai platform untuk Pump & Dump, kerana mempunyai end-to-end encryption, ini memperbolehkan penganjur menggunakan private chats dan channel, dan memberikan maklumat yang sulit kepada ahli. Komuniti terbesar adalah termasuk Pump Notifier (lebih kurang 27,000 orang), PumpKing Community (lebih kurang 14,000 orang), Crypto4Pumps (lebih kurang 16,700 orang), AltTheWay (lebih kurang 8,960 orang). Jumlah peserta didalamnya berubah dari masa ke masa.

Strategi Pump & Dump: bagaimanakah cara untuk mengambil kesempatan ke atasnya dan tidak diperdaya

Untuk pengetahuan anda, pump kelihatan seperti ini:

  • Penganjur skim akan memberitahu mengenai pertukaran tertentu matwang tersebut pada masa yang telah ditetapkan. Promoter (peserta skim) akan segera membeli coin. Inilah bagaimana gelombang pump pertama terbentuk, ia didahului dengan news yang mudah, seperti yang dikemaskini oleh pemaju laman sesawang.
  • Peserta gelombang pertama akan mengumpan pelabur luar “hamsters”, yang akan menolak harga menjadi lebih tinggi, yang seterusnya membentuk gelombang kedua.
  • Sejurus sahaja pelabur luar memasuki pasaran, kumpulan penganjur akan memberitahu melalui channel bahawa coin sudah habis dijual.

Channel telegram boleh berkongsi maklumat melalui channel, oleh itu lebih ramai yang akan tahu mengenai pump seterusnya. Terdapat kumpulan pump yang terbuka dan ada juga yang persendirian, berbayar dan mempunyai yuran. Apabila penganjur membeli matawang terlebih dahulu dan mengembangkan kadar matawang tersebut, segalanya bergantung atas saat. Kumpulan berbayar akan diberitahu 30 saat lebih awal. Dan apabila pasaran dimasuki oleh ahli kumpulan percuma (mereka mungkin tidak menyangka bahawa terdapat group yang berbayar), ahli kumpulan berbayar akan membuang asset, dan ahli group percuma Cuma boleh berharap terjadinya gelombang kedua,

Skim ini sangat besar. Untuk melancarkan satu gelombang, adalah menajdi satu keperluan supaya berates order dibuka dengan sangat cepat, dan stategi ini telah bertukar kepada dagangan automatic. Kebanyakan kerja dagangan dilakukan oleh robot, seperti Moon Bot, HaasOnline dan lain lain, Terdapat juga perisian yang istimewa seperti auto clickers di mana ia akan mencipta image jumlah dagangan yng besar melalui order yang bertubi tubi, dalam kadar yang rendah dengan sangat cepat. Kelajuan auto clicker ialah satu klik bersamaan 1 -5 saat. Untuk memulakan pumping coint yang bernilai $0.001 – 0.003, memerlukan 2.5-3.0 BTC, oleh itu pedagang biasa pun pasti mampu untuk pump matawang crypto seperti yang berikut. Contoh coin tersebut ialah Sport yang berada pada paras 1500 teratas.

Strategi Pump & Dump: bagaimanakah cara untuk mengambil kesempatan ke atasnya dan tidak diperdaya

Tukaran matawang crypto sangat tidak suka dengan strategi ini dan berpura pura melawannya. Sebagai contoh, Bittrex melarang keras pengiraan perubahan kadar peratus didalam matawang crypto quote dan menggandakan saiz dagangan minima. Padahal, Pump & Dump memberikan hasil kepada mereka melalui komisyen dan meningkatkan popularity mereka. Dan ia tidak dapat dipastikan bahawa pihak pertukaran matawang tidak terlibat dalam skim ini. Jumlah pump tidak pernah mengurang, dan terdapat perubahan yang baru, ICO pump.

Bagaimanakah cara untuk menyelamatkan modal anda ketika Pump& Dump:

  • Jangan melabur dalam keadaan trend yang sudah menaik. Pump hanya memberi hasil kepada mereka yang menganjurkannya, dan kepada mereka yang masuk pada detik dan saat pertama. Terdapat juga peluang ketika gelombang kedua, itu pun jika ada lah.
  • Jangan berasaskan keputusan sewaktu forum Pump & Dump.
  • Terima terlebih dahulu bahawa anda boleh kehilngan duit dan melihat Pump & Dump sebagai judi (walaupun ianya tidak akan menyelamatkan duit anda, sekurang kurangnya ia mampu menenangkan fikiran anda.

Kesimpulan. Pump & Dump seharusnya dianggap strategi yang berlainan, dimana anda tidak memerlukan analisis teknikal atau asas. Ianya ialah isu yang boleh diperbahaskan, samada ia boleh dipanggil scam, tapi terdapat satu perkara yang sangat jelas: umumnya, hanya penganjur yang mendapat manfaat dari perkara ini. Walaubagaimanapun, mengapakah seseorang tifak seharusnya menjadi penganjur pump? Setelah diambil kira kerahsiaan dan ketiadaan undang undang yang melarang, ianya tidak dilarang, coin yang di pump sudah mempunyai harga yang tetap. Oleh itu, sekiranya pump itu gagal, anda hanya akan rugi bahagian margin sahaja (coin tak akan jatuh lebih lagi), oleh itu jadilah penjudi yang berwawasan. Semoga berjaya!


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex
Strategi Pump & Dump: bagaimanakah cara untuk mengambil kesempatan ke atasnya dan tidak diperdaya

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Perlu bertanya soalan dengan penulis? Sila gunakan Seksyen Komen di bawah. .
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas