Penunjuk TD D-Wave oleh Thomas DeMark. Prinsip pembinaan. Syarat dan peraturan aplikasi tersebut.

Rakan-rakan sekalian,

Saya terus mengkaji teknik-teknik Tom DeMark, dan, hari ini, saya ingin berbincang mengenai penunjuk TD D-Wave. Dalam artikel saya sebelum ini, saya telah menerangkan teknik seperti penunjuk TD Sequential dan analoginya dalam TD Combo. TD D-Wave adalah teknik tambahan untuk Elliot Wave Theory. Tom DeMark menggunakan analitikal asas teknik tersebut, seperti diterangkan sebelum ini, terhadap Elliot Waves.

Ingat, teori Elliot berdasarkan kepada pembahagian pergerakan harga dalam 5 trend waves utama dan 3 pembetulan. Ianya sukar untuk mengenal pasti permulaan dan pengakhiran setiap wave tersebut, terutama dalam pasaran yang tidak menentu seperti pasaran mata wang crypto. Dengan menggunakan TD D-Wave, anda boleh mencari jawapan terhadap persoalan, di mana semua pedagang berminat, mengenai ke mana harga akan menuju dan bila ianya akan sampai ke destinasi (ianya adalah mengenai pergerakan trend dan masa trend reversal).

Tom DeMark menawarkan penyelesaian terhadap cabaran tersebut. Dia mencipta peraturan tersebut untuk membantu anda menafsirkan Elliot Waves.

Prinsip asas Elliot Waves

Keterangan TD D-Wave tidak akan lengkap tanpa ulasan ringkas teori Elliot Wave. Oleh itu, mari kita lihat prinsip utama wave dan seterusnya, kita lihat bagaimana DeMark telah mengubahnya untuk menghapuskan faktor-faktor subjektif yang mungkin mengelirukan kita.

Seperti dalam kes TD Sequential, teori Elliot Wave dan TD D-Wave mempunyai satu kelebihan iaitu anda boleh menggunakannya dalam mana-mana pasaran atau jangka masa, tanpa mengira votaliti asas instrumen; dan anda juga tidak perlu untuk mengubah sebarang tetapan penunjuk tersebut. Dengan aplikasi yang betul, kedua-dua Elliot Waves dan TD D-Wave dapat memberikan anda “peta jalan” terhadap pergerakan pasaran, di mana anda boleh mengenal pasti sasaran harga dan menentukan titik trend exhaustion yang berpotensi.

Waktu yang sukar untuk menggunakan Elliot Waves adalah untuk mengenal pasti wave teakhir. Ia adalah mustahil untuk mengetahui sama ada pasaran berada dalam wave 3 atau wave C atau wave 5 yang sedang meluas.

Algorithm Elliot Waves – DeMark’s Waves

DeMark menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan beberapa syarat yang perlu dipenuhi, supaya anda boleh menetukan setiap TD D-wave, dia mencipta versi komputer Elliot Waves. Peraturan masa DeMark mengenal pasti kriteria yang diperlukan untuk melengkapkan setiap wave dan memulakan yang seterusnya 

Syarat TD D-Wave oleh Wave 1 dalam pasaran bullish (meningkat)

  1. Asal TD D Wave up Sequence didefinisikan sebaik sahaja pasaran mencatatkan 21 bar low close. Close tersebut lebih kurang daripada kesemua dua puluh closes sebelumnya.
  2. Sebaik sahaja syarat pertama ditemui, pasaran mesti meletakkan satu thirtheen bar high close. Satu penutupan yang lebih tinggi dari kesemua dua belas penutupan sebelumnya. Ini akan mengesahkan asal TD D-Wave sequence dan menetapkan bahawa pasaran berada dalam Wave 1
  3. Wave 1 tidak lengkap sehinggalah pasaran mencatatkan lapan bar low close (satu close yang lebih rendah dari kesemua tujuh close sebelumnya), yang mengesahkan Wave 2 sedang terbentuk.

Syarat TD D-Wave oleh Wave 2

  1. Syarat pertama untuk wave 2 adalah syarat terakhir Wave 1, di mana pasaran mencatatkan lapan bar low close (satu close yang lebih rendah dari kesemua tujuh close sebelumnya)
  2. Wave 2 akan terus bergerak sehinggalah pasaran mencatatkan satu dua puluh satu bar high close. Satu close yang lebih tinggi dari kesemua dua puluh close sebelumnya, yang menegaskan bahawa wave 3 sedang terbentuk.

Syarat TD D-Wave oleh Wave 3

  1. Syarat pertama wave 3 adalah syarat terakhir wave 2, di mana Wave 2 terus bergerak sehinggalah pasaran mencatatkan satu dua puluh satu bar high close.
  2. Ia akan terus berlaku sehinggalah kemunculan satu 13 bar low close (satu close yang lebih rendah dari kesemua 12 close sebelumnya), yang bermaksud Wave 3 telah selesai, dan Wave 4 sedang terbentuk.

Syarat TD D-Wave oleh Wave 4

  1. Syarat pertama Wave 4 adalah syarat terakhir Wave 3, di mana terdapat satu 13 bar low close (satu close yang lebih rendah dari kesemua 12 close sebelumnya), yang menunjukkan Wave 3 telah selesai, dan Wave 4 sedang terbentuk.
  2. Wave 4 dianggap sebagai lengkap apabila pasaran mencatatkan satu 34 bar high close (satu close yang lebih tinggi dari kesemua 12 close sebelumnya), yang mewakilih permulaaan Wave 5.

Syarat TD D-Wave oleh Wave 5

  1. Syarat pertama wave 5 adalah syarat teakhir wave 4, di mana pasaran mencatatkan satu 34 bar high close (satu close yang lebih tinggi dari kesemua 12 close sebelumnya). Ia menunjukkan Wave 4 telah selesai dan Wave A sedang terbentuk.
  2. Wave 5 dianggap sebagai lengkap apabila pasaran mencatatkan satu 13 bar low close untuk Wave A (satu close lebih rendah dari kesemua 12 close sebelumnya), mewakili asal Wave A.

Syarat TD D-Wave oleh Wave A

  1. Syarat pertama Wave A adalah wave 5 yang terakhir, di mana pasaran mencatatkan satu 13 bar low close untuk Wave A (satu close lebih rendah dari kesemua 12 close sebelumnya), mewakili asal Wave A.
  2. Wave A dianggap sebagai lengkap apabila pasaran mencatatkan satu 8 bar high close untuk Wave B (satu close yang lebih tinggi dari kesemua 7 close sebelumnya), mewakili permulaan wave B.

Syarat TD D-Wave oleh Wave B

  1. Syarat pertama Wave B adalah wave A yang teakhir, di mana pasaran mencatatkan satu lapan bar high close untuk Wave B (satu close lebih tinggi dari kesemua 7 close sebelumnya), mewakili permulaan Wave B
  2. Wave B dianggap sebagai lengkap apabila pasaran mencatatkan satu 21 bar low close – low untuk Wave C (satu close lebih rendah dari kesemua 20 close sebelumnya), mewakili permulaan Wave C.

Syarat TD D-Wave oleh Wave C

  1. Syarat pertama Wave C adalah Wave B yang terakhir, di mana satu 21 bar low close untuk Wave B (satu close lebih rendah dari kesemua 20 close sebelumnya), mewakili permulaan Wave C.
  2. Wave C akan lengkap apabila pasaran close di bawah low close oleh TD Wave A

Peraturan tambahan untuk menggunakan penunjuk TD D-Wave terhadap trend menaik:

  1. Puncak Wave 3 hendaklah lebih tinggi berbanding puncak close Wave 1, dan Wave 5 hendaklah lebih tinggi dari puncak close Wave 3
  2. Jika terdapat satu penurunan daripada Wave 1 terlalu singkat yang menyebabkan penurunan tersebut gagal untuk memenuhi syarat yang diperlukan untuk permulaan Wave 2 dan pasaran pulih di atas Wave 1 high close, maka Wave 1 akan bergerak ke kanan selari dengan garisan dengan high close baru. 
  3. Jika penurunan daripada Wave 3 terlalu singkat yang menyebabkan penurunan tersebut gagal untuk memenuhi syarat yang diperlukan untuk permulaan Wave 4 dan pasaran pulih di atas Wave 3 high close, maka Wave 3 akan bergerak ke kanan, mengikut high baru.
  4. Jika penurunan daripada Wave 5 terlalu singkat yang menyebabkan penurunan tersebut gagal untuk memenuhi syarat yang diperlukan untuk permulaan Wave A dan pasaran pulih di atas Wave 5 high close, maka Wave 5 akan bergerak ke kanan, mengikut high baru.
  5. Wave 5 akan lengkap selepas Wave C melepasi closing low oleh Wave. Sehingga itu berlaku, di mana Wave B close di atas high oleh Wave 5, makan Waves A dan B akan dipadamkan dan Wave 5 akan bergerak ke kanan.
  6. Jika Wave 2 close di bawah low oleh Wave 1, maka Wave 1 akan hilang dan kiraan akan dimulakan semula.(ianya sama seperti jika low close oleh Wave 4 close di bawah low close oleh Wave 2, maka Wave 2 akan bergerak ke kanan di mana Wave 4 berada 
  7. Sebaik sahaja Wave C melepasi low close oleh Wave A, Wave 5 akan dikunci dan tidak dapat bergerak. (Oleh itu, jika pasaran close di atas high close oleh Wave 5, dari memadamkan waves A, B, dan C, dan menggerakkan Wave 5 ke kanan, penunjuk tersebut akan menunjukkan pergerakan terhadap high baru sebagai Wave 1 baru dari memadamkan Wave 5 sebelumnya)

Seperti kes TD Sequential, TD D-Wave hanya boleh digunakan ketika pasaran sedang trending. Apabila pasaran sedang bergerak sideways, TD D-Wave tidak boleh digunakan.

Bagaimana untuk menggunakan TD D-Wave dalam perdagangan mata wang crypto?

Pedagang mata wang crypto boleh menggunakan penunjuk TD D-Wave untuk mengenal pasti dan meramal waves 3 dan 5, dan waves lengkap 2, 4 dan C.

Ramalan untuk harga pasaran dalam pasaran menaik

Wave 1: menjangkakan permulaan Wave 1

Wave 2: Untuk lebih sempurnya, penurunan Wave 2 seharusnya 61.8% dari jarak, yang merangkumi di antara low close Wave 1 dan high close Wave 2.

Wave 3: anda mengenal pasti Wave 3 seperti di bawah:

  1. Kira perbezaan antara low close dan high close Wave 1.
  2. Darabkan nilai ini dengan 1.618 dan seterusnya
  3. Tambah hasil tersebut kepada lower close Wave 1.

Wave 4:

  1. Jika Wave 2 pendek, kira-kira 38.2% dari panjang Wave 1, pemulihan Wave 4 dijangka akan menjadi 61.8% dari jarak, yang merangkumi di antara low close dan high close oleh Wave 3, tetapi
  2. Jika Wave 2 dalam, kira-kira 61.8% dari Wave 1, pemulihan Wave 4 dijangka akan menjadi 38.2% dari jarak, yang merangkumi di antara low close dan high close Wave 3.

Wave 5:

  1. Kira perbezaan di antara high close Wave A dan low close Wave A
  2. Darabkan dengan nilai 1.618
  3. Tambah hasil tersebut kepada low close Wave 3

Wave C:

  1. Kira perbezaan di antara high close Wave A dan low close Wave A
  2. Darabkan dengan nilai 1.618
  3. Tolak nilai tersebut dengan high close Wave A

Mengenal pasti sasaran terakhir Waves 5 dan C

Tom DeMark pada asalnya mencipta syarat-syarat dagangan sistem TD D-Wave untuk mengenal pasti sasaran terakhir untuk Waves 5 dan C.

Sasaran untuk Wave 5, menurut TD D-Wave

  1. Kira perbezaan di antara high dan low Wave 1
  2. Darabkan dengan nilai 1.382
  3. Tambahkan hasil tersebut kepada low Wave 2 (jika Wave 3 melepasi tahap ini, maka, anda patut menggunakan nilai darab 2.764, dan bukan nilai asal 1.382).

Sasaran untuk Wave C menurut TD D-Wave:

  1. Kira perbezaan di antara High dan low TD D-Wave A
  2. Tolakkan nilai tersebut dengan high TD D-Wave A, dan kemudian
  3. Darabkan hasil tersebut dengan nilai 1.618

Ramalan harga dalam pasaran menurun

Untuk mengenal pasti pivot points dalam pasaran menurun, anda perlu mengambil kira faktor-faktor, yang bertentangan seperti dihuraikan dalam kes market menaik.

Untuk mengenal pasti trend (menaik atau menurun/bearish atau bullish) harga yang boleh didagangkan, anda memerlukan teknik yang betul. Welles Wilder’s Relative Strength Index (IRS) adalah teknik yang terbaik. Anda melantik RSI dengan overbought dan oversold zone pada 40 dan 60. Jika pasaran bergerak sebagai satu bahagian bullish ke atas TD D-Wave sequence, oleh itu RSI hendaklah berada di atas 40 sepanjang pembetulan waves 2 dan 4. Jika pasaran menurun dengan bearish menurun TD D-Wave sequence, oleh itu RSI hendaklah berada di bawah 60 sepanjang pembetulan waves 2 dan 4

Bagaimana untuk berdagang dengan TD D-Wave?

  • Anda open ketika penembusan extreme Wave 1. Penembusan tersebut menunjukkan permulaan Wave 3.
  • Anda tidak berdagang atau menggunakan strategi scalping jangka masa pendek dalam Wave 4
  • Anda open di mana arah trend sedang berlaku, apabila harga menembusi extreme Wave 3, apabila pasaran berada dalam Wave 5
  • Anda open melawan trend pada akhir Waves 5 dan B

TD D-Wave akan menghantar lebih banyak signal tepat jika anda menggabungkannya dengan penunjuk DeMark, seperti TD Sequential atau TD Combo. TD D-Wave membantu anda untuk mengenal pasti peringkat trend, manakala TD Sequential dan TD Combo menunjukkan tahap potensi trend exhaustion. Aplikasi penunjuk ini lebih berkesai daripada hanya menjangkakan penembusan extremes wave 1 dan 3 untuk mula berdagang dengan trend. Jika salah satu puncak wave memenuhi syarat kiraan TD, signal kiraan TD Combo, atau situasi apabila pasaran telah selesai pembentukan TD kepada tahap TDST, kebiasaanya ia adalah satu peluang yang baik untuk berdagang. Tambahan lagi, waktu yang tepat untuk open trade, adalah ketika salah satu signals tersebut memenuhi syarat TD Wave 2 atau TD Wave B. Jika anda dapat mengenal pasti permulaan Wave 3 atau asal Wave C, anda akan mempunyai kelebihan yang lebih jelas berbanding pedagang lain.

Saya mencadangkan bar sequence seperti berikut untuk TD D-Wave: 21-13-8-21-13-34-13-8-21.

Anda perlu ingat jika anda mahu lihat nilai lama atau baru TD D-Wave, anda perlu mengaplikasikan analisa tersebut kepada jangka masa yang lebih panjang atau pendek. Analisa untuk jangka masa yang lebih panjang amat berguna kerana ia membolehkan anda untuk mengenal pasti jika pergerakan harga adalah satu impulse atau satu pembetulan wave terhadap keseluruhan pergerakan harga. Oleh itu, jika pasaran berada dalam Wave 3, maka satu pergerakan impulse boleh dijangkakan di sini.

Untuk pandangan perdagangan jangka masa panjang, ianya amat berguna untuk mengetahui secara harian, mingguan, dan bulanan apabila pasaran berada dalam Wave 5, kerana maklumat ini memberikan informasi yang sangat penting mengenai trend dengan lebih luas dan positioning yang lebih tepat untuk menjana lebih banyak keuntungan berdasarkan trend perdagangan dalam pengurusan risiko. 

Dalam artikel seterusnya, saya akan terus membincangkan penunjuk oleh Thomas DeMark

Langgan untuk tidak terlepas dari peluang ini!

Di sini, saya sudah hampir untuk menghabiskan bahagian lain daripada blok latihan saya, untuk menerangkan teknik-teknik Thomas DeMarks, mengaplikasikan kepada pasangan BTCUSD. Saya benar-benar berharap bahawa maklumat ini bermanfaat dan menarik untuk anda!

Saya ingin mengucapkan semoga berjaya dan mendapat keuntungan yang baik! 


P.S. Adakah anda suka artikel saya? Kongsikan di laman sosial: itu menjadi "penghargaan" yang terbaik :)

Tanyakan soalan pada ruangan komen di bawah ini. Saya dengan senang hati menjawab pertanyaan anda dan memberikan penjelasan yang diperlukan.

Pautan link:

  • Saya mencadangkan untuk berdagang dengan broker yang dipercayai di sini. Sistem membenarkan anda berdagang sendiri atau menyalin pedagang yang berjaya dari seluruh dunia.
  • Channel Telegram dengan analisis berkualiti tinggi, ulasan Forex, artikel latihan dan perkara lain yang berguna untuk pedagang https://t.me/liteforex

Forecast for BCHUSD: when will Bitcoin Cash stop falling in price?
​​​​​

Carta graf harga BTCUSD dalam mode real time

TD D-Wave oleh Thomas DeMark

Kandungan artikel ini mencerminkan pendapat pengarang dan tidak semestinya menggambarkan kedudukan rasmi LiteForex. Bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak harus dianggap sebagai penyediaan nasihat pelaburan untuk tujuan arahan 2004/39/EC.

Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas