'Salam Ramadan,Kepada pelanggan LiteForex yang dihormati, di kesempatan ini pihak kami ingin memaklumkan bahawa pada 7 Ogos 2013 (RABU) semua jabatan di LiteForex Malaysia berkerja sehingga 12.00 (GMT...

Pengumuman cuti hari raya aidilfitri 2013

Salam Ramadan,

Kepada pelanggan LiteForex yang dihormati, di kesempatan ini pihak kami ingin memaklumkan bahawa pada 7 Ogos 2013 (RABU) semua jabatan di LiteForex Malaysia berkerja sehingga 12.00 (GMT +2) sahaja (masa server) bersamaan 5.00 petang waktu Malaysia sempena Cuti Hari Raya AidilFitri 2013.

Semua jabatan kami di Malaysia akan mula bekerja semula seperti biasa pada hari ISNIN 12 Ogos 2013, 04.00 (GMT +2) bersamaan 9.00 pagi waktu Malaysia.

Semua urusan DEPOSIT tetap beroperasi walaupun ketika cuti rasmi ini. Para pelanggan dinasihatkan mengisi borang deposit seperti biasa. Diharap bersabar jika urusan deposit anda ketika musim perayaan ini agak mengambil masa. Pihak kami akan sentiasa pastikan semuanya diproses dengan kadar segera.

Semua urusan PENGELUARAN akan bermula semula pada hari ISNIN 12 Ogos 2013, 04.00 (GMT +2) bersamaan 9.00 pagi waktu Malaysia. Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Oleh itu kami dari LiteForex ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013, Maaf Zahir dan Batin buat semua pelanggan LiteForex . Kami berharap anda membuat transaksi yang menguntungkan dan berjaya!

Ikhlas dari:

AHMAD FAMI BIN SAMSUDIN
ASIA REGIONAL MANAGER

MOHD FAISAL BIN KASIM
MALAYSIA MANAGER

Dan seluruh staff LiteForex Malaysia dan LiteForex Russia


Pengumuman cuti hari raya aidilfitri 2013




Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas