'Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua, Untuk makluman semua pelanggan yang dihormati, sejak pihak kami pengurusan baru mengambilalih perjalanan operasi LiteForex di Malaysia pada 2010 sambut...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Untuk makluman semua pelanggan yang dihormati, sejak pihak kami pengurusan baru mengambilalih perjalanan operasi LiteForex di Malaysia pada 2010 sambutan yang diterima sangatlah menggalakkan dan sungguh HEBAT. Sepanjang hampir 5 tahun menguruskan operasi di Malaysia pihak kami sangat berpuas hati dengan kelancaran pengurusan dan sokongan padu daripada anda semua pelanggan yang dikasihi.

***Untuk rekod LiteForex telah bertapak di Malaysia sejak 2007 dan merupakan antara broker Forex terawal menawarkan kaedah deposit melalui bank-bank tempatan.

Umum sedia maklum dengan isu kejatuhan nilai Ringgit sejak tahun lepas sehingga ke saat ini nilai Ringgit sangat kritikal merosot teruk sementara US Dollar semakin mengukuh seiring dengan kejatuhan harga pasaran minyak dunia. LiteForex Malaysia sejak kali terakhir menurunkan kadar deposit kepada RM3.30 sudah tidak mampu lagi menanggung KERUGIAN sebanyak RM0.30 bagi setiap US Dollar walaupun pihak kami telah berusaha mengeluarkan peruntukan sendiri bagi menampung kesan kenaikan USD Dollar ini. Setiap deposit pelanggan kami kerugian RM0.30 yang selama ini kami tanggung dengan pelbagai usaha dan daya kami demi tidak mahu membebankan para pelanggan semua.

Sejak sekian lama majoriti broker di Malaysia menawarkan kadar deposit lebih tinggi dari LiteForex Malaysia malah purata semasa kadar deposit di Malaysia ketika ini ialah sekitar RM3.70-RM3.80. Justeru setelah memikirkan dengan panjang lebar kesan baik dan buruk demi kelangsungan operasi LiteForex Malaysia pihak kami dengan berat hati mengumumkan kenaikan kadar deposit kepada RM3.70 bagi setiap US Dollar. Secara teknikalnya kembali ke kadar asal 5 tahun lepas.

Serentak dengan ini berita baik buat para pelanggan yang sentiasa membuat pengeluaran keuntungan sukacita juga kami umumkan kadar pengeluaran dinaikkan kepada RM3.50. Kadar baru ini akan berkuatkuasa pada 19 Januari 2015 untuk semua jenis akaun baru yang didaftarkan mulai tarikh ini.

Semoga apa yang akan diumumkan ini bakal menambahkan lagi rasa sokongan anda terhadap perjalanan kami di Malaysia. Terima kasih buat semua pelanggan dan para Master IB dan IB yang sejak sekian lama menyokong LiteForex Malaysia dengan sangat HEBAT.

Kami di sini untuk ANDA semua.

Alamilah DUNIA KEBEBASAN KEWANGAN bersama LiteForex Malaysia.

SETIA LiteForex!!!







Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas