'PENGUMUMAN PENTING! Merujuk kepada pengumuman kadar baru deposit dan pengeluaran LiteForex Malaysia pada 13 Januari 2015 yang lepas melalui berita syarikat dan email, pihak kami mempunyai beberapa ta...

PENGUMUMAN PENTING!

Merujuk kepada pengumuman kadar baru deposit dan pengeluaran LiteForex Malaysia pada 13 Januari 2015 yang lepas melalui berita syarikat dan email, pihak kami mempunyai beberapa tambahan klausa untuk panduan semua pelanggan. Perubahan Klausa ini perlu dilakukan demi kelangsungan perniagaan LiteForex di Malaysia kesan dari kenaikan nilai USD dan kejatuhan nilai RM yang sangat kritikal.

Mulai Isnin, 19hb JANUARI 2015 kadar deposit dan pengeluaran wang akan DINAIKKAN dan berkuatkuasa serta merta. Kadar baru ini akan digunapakai untuk semua jenis akaun yang berdaftar dengan LiteForex Malaysia. Pelarasan kadar ini melibatkan semua jenis akaun yang didaftarkan sejak 1 MAC 2011. Pelanggan awal yang berdaftar sebelum 1 MAC 2011 adalah tidak terlibat langsung kerana anda menggunakan kadar yang sama.


*KADAR BARU ADALAH SEPERTI BERIKUT

DEPOSIT – RM3.70/USD1

PENGELUARAN – RM3.50/USD1

Buat pelanggan sedia ada yang telah berdaftar sejak 1MAC 2011 hingga 18 JANUARI 2015 (pelanggan mendaftar sebelum kadar baru berkuatkuasa) semua urusan pengeluaran akan mengunapakai kadar lama RM3.10 sehingga anda melakukan deposit kadar baru dengan jumlah yang sama nilai di dalam akaun atau melakukan pengeluaran yang sama jumlah dengan deposit akaun lama.

CONTOH:

Danish melakukan deposit USD1000 dengan kadar lama RM3.30@RM3300 pada 1 JAN 2015. Sebarang deposit Danish yang baru mulai 19 JAN 2015 akan mengunapakai kadar RM3.70. Manakala untuk urusan pengeluaran LiteForex akan bayar dengan kadar lama RM3.10 sehingga Danish melakukan jumlah deposit dengan kadar baru sebanyak USD1000 bersamaan RM3700 atau lebih. Jika Danish tidak melakukan deposit baru maka semua urusan pengeluaran akan dibayar dengan kadar lama RM3.10 sebanyak jumlah deposit di dalam akaun dagangan semasa.

Selepas salah satu syarat ini dipenuhi maka semua urusan pengeluaran Danish akan dibayar dengan kadar baru RM3.50.

*syarat ini akan terpakai untuk situasi dimana nilai RM kembali menguat dan kita turunkan kadar deposit di masa akan datang.

Untuk semua pelanggan yang melakukan pelarasan baki akaun (Zero Account Balance) secara automatik akan menggunakan kadar deposit dan pengeluaran baru.







Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas