'PENGUMUMAN PENTING! Merujuk kepada perkembangan semasa nilai ringgit yang makin kritikal berbanding US Dollar maka dengan penuh rasa berat hati pihak LiteForex Malaysia mengumumkan mulai 5.00 pagi Sa...

PENGUMUMAN PENTING!

Merujuk kepada perkembangan semasa nilai ringgit yang makin kritikal berbanding US Dollar maka dengan penuh rasa berat hati pihak LiteForex Malaysia mengumumkan mulai 5.00 pagi Sabtu 8 Ogos 2015 kadar deposit dan pengeluaran wang akan DINAIKKAN dan berkuatkuasa serta merta.

Kadar baru ini akan digunapakai untuk semua jenis akaun yang berdaftar dengan LiteForex Malaysia sejak 2007.

Umum sedia maklum dengan isu kejatuhan nilai Ringgit sejak tahun lepas sehingga ke saat ini nilai Ringgit sangat merosot sementara US Dollar semakin mengukuh seiring dengan kejatuhan harga pasaran minyak dunia.

Kadar semasa TT di Kaunter Maybank petang ini sudah mencecah RM3.965 bagi setiap USD1.

LiteForex Malaysia sejak kali terakhir menaikkan kadar deposit kepada RM3.70 sudah tidak mampu lagi menanggung KERUGIAN sebanyak RM0.30 bagi setiap US Dollar walaupun pihak kami telah berusaha mengeluarkan peruntukan sendiri bagi menampung kesan kenaikan USD Dollar ini.

Setiap deposit pelanggan kami kerugian RM0.30 yang selama ini kami tanggung dengan pelbagai usaha dan daya kami demi tidak mahu membebankan para pelanggan semua.

KADAR BARU ADALAH SEPERTI BERIKUT

DEPOSIT – RM4.00/USD1
PENGELUARAN – RM3.80/USD1

Buat pelanggan sedia ada yang telah berdaftar dengan kami hingga 7 Ogos 2015 (pelanggan mendaftar sebelum kadar baru berkuatkuasa)

semua urusan pengeluaran akan mengunapakai kadar lama RM3.50 sehingga anda melakukan deposit kadar baru dengan jumlah yang sama nilai di dalam akaun atau melakukan pengeluaran yang sama jumlah dengan deposit akaun lama.

CONTOH:

Danish melakukan deposit USD1000 dengan kadar lama RM3.70@RM3700 pada 1 JULAI 2015. Sebarang deposit Danish yang baru mulai 8 OGOS 2015 akan mengunapakai kadar RM4.00. Manakala untuk urusan pengeluaran akan dibayar dengan kadar lama RM3.50 sehingga Danish melakukan jumlah deposit dengan kadar baru sebanyak USD1000 bersamaan RM4000 atau lebih.

Jika Danish tidak melakukan deposit baru maka semua urusan pengeluaran akan dibayar dengan kadar lama RM3.50 sebanyak jumlah deposit di dalam akaun dagangan semasa.

Selepas salah satu syarat ini dipenuhi maka semua urusan pengeluaran Danish akan dibayar dengan kadar baru RM3.80.

Untuk semua pelanggan yang melakukan pelarasan baki akaun (Zero Account Balance) secara automatik akan menggunakan kadar deposit dan pengeluaran baru.

***sebarang CUBAAN memanipulasi kadar lama dan baru akan mengakibatkan seluruh akaun dan duit di dalam profile pelanggan dibekukan.***

Yang benar,
LiteForex







Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas