Pada tarikh 28 Oktober 2016, Jumaat, team LiteForex Malaysia dengan barisan TOP 5 MCS dan keluarga bersama Asia Regional Manager Encik Ahmad Fami Samsuddin dan keluarga dengan jayanya membuat lawatan ke Bandung, Indonesia 5 hari 4 malam dengan penglibatan termasuk ahli keluarga semuanya berjumlah 25 orang, sambil bermesyuarat mengenai perkembangan operasi bagi team di Indonesia.Ketibaan kumpulan kami pada 28 November ke Kota Bandung di Husein Sastranegara International Airport, disambut oleh wakil Indonesia En. Kang Ramdan, En Urip Widodo dan En. Angga Kusuma serta beberapa lagi team LiteForex Indonesia. Kami juga dikenalkan dengan pemandu pelancong kami iaitu Encik Selamat. Seterusnya kami terus ke tempat permainan angklung iaitu Rumah Saung Angklung Udjo, di Bandung. Disini kami semua di ceriakan dan dihiburkan dengan persembahan permainan alat muzik angklung dan juga memperoleh pengalaman pertama bermain angklung bersama sama pakar muzik disana. Pada malamnya kami menjamu selera dengan masakan Indonesia di restoran tempatan. Dan seterusnya kami terus ke tempat penginapan kami di Sensa Hotel, di Kota Bandung.


LiteForex Malaysia

Pada hari kedua, 29 Oktober, Sabtu, pengembaraan kami bermula dengan melawat kawasan Kawah Gunung Berapi iaitu Kawah Putih, Daerah Ciwidey,Bandung. Kami semua memdapat pengalaman yang amat berharga dengan melihat sendiri dengan dekat dan merapati kawasan yang penuh dengan belerang(sulfur) berterbangan dari kawasan Kawah Putih tersebut. Kemudian kami ke kawasan beli belah setinggi 7 tingkat iaitu di Factory Outlet di kawasan Chidabuyut. Pada hari tersebut juga kami dihidangkan dengan makanan dari restoran tempatan yang sungguh enak di Kampiun Bistro pada waktu malamnya.

 

Hari ketiga kami diBandung, 30 Oktober 2016, Ahad, kami terus dibawa ke Trans Studio Bandung, tempat permainan indoor terbesar di sini. Pengalaman menaiki rollercoster tidak dapat kami semua lupakan dan bermacam macam permainan untuk seisi keluarga. Seterusnya kami ke kawasan membeli belah terkenal di Chihampelas iaitu di Pasar Baru. Menyenaraikan harga murah bagi kain baju Indonesia dan bermacam macam ragam dapat di liihat disini dengan kesesakan orang ramai yang berpusu pusu memenuhi ruang beli belah ini. Pada malamnya setelah menjamu selera di restoran padang, kami dibawa membeli belah lagi di Rumah Mode. Tempat membeli belah pakaian berjenama yang menawarkan harga yang berpatutan. Pada waktu malamnya, sesi perbincangan di antara team Malaysia dan Indonesia berlangsung di Restoran Roppan. Disinilah perbincangan diantara dua benua berlangsung dan sesi bertukar tukar maklumat serta perkongsian diantara MCS dari Malaysia dalam menjayakan dan mengembangkan arah tuju LiteForex di Indonesia. Mesyuarat juga menyasarkan projek bagi menyediakan pejabat setempat di Makasar Indonesia dengan bimbingan daripada En. Urip Widodo sebagai ketua perancangan dengan Pejabat rasmi adalah di Bandung sendiri.


LiteForex Malaysia

Hari keempat, 31 Oktober 2016, Isnin, kami dibawa ke satu lagi tempat menarik di Daerah Bandung iaitu kawasan Gunung Berapi Tangkuban Parahu. Kawasan gunung berapi ini dikatakan kali terakhir meletus pada tahun 2013. Disini kami dapat melihat dengan dekat kawah gunung berapi yang masih lagi mengeluarkan bahang sulfur yang panas dan berasap. Pelbagai cederahati yang dapat dibeli disini sebagai kenang kenangan. Seterusnya kami ke kawasan Floating Market, satu satunya kawasan beli belah yang terapung dimana seluruh ahli keluarga LiteForex dapat berjalan jalan disekitar kawasan yang cantik dan menarik serta mebeli belah melalui sampan sampan kecil yang menjual barangan makanan dan cenderahati. Pada malamnya kami disajikan dengan makanan dari restoran tempatan yang menyajikan masakan Padang yang sungguh menyelerakan.

 

Hari kelima 1 November 2016, Selasa, hari terakhir bagi keluarga LiteForex dari Malaysia di Bandung, Indonesia. Kami dihantar ke Husein Sastranegara International Airport di Bandung dengan selamat. Sesungguhnya kenangan di Kota Bandung tidak dapat kami lupakan. Bermacam macam pengalaman kami perolehi serta kegembiraan MCS membawa ahli keluarga melancong. Jutaan terima kasih kepada team LiteForex Indonesia yang sudi membawa kami memperoleh kenangan di Kota Bandung.Keseluruhan perjalanan dan penginapan ditaja sepenuhnya oleh pihak Liteforex Malaysia yang diterajui oleh ARM En. Ahmad Fami Samsuddin. Kami tiba di KLIA pada jam 1 tghari sebagai transit dan tiba di Johor Bharu pada jam 4 petang.


LiteForex Malaysia

Terima Kasih LiteForex Malaysia.

Pasukan LiteForex Malaysia Jelajah Indonesia.
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas