Kadar baru ini akan digunapakai untuk semua jenis akaun yang berdaftar dengan LiteForex Malaysia sejak 2017

Merujuk kepada perkembangan semasa nilai ringgit Malaysia RM yang makin kritikal melemah berbanding US Dollar maka dengan penuh rasa berat hati pihak LiteForex Malaysia mengumumkan mulai 12.01 pagi SABTU 7 Januari 2017 kadar deposit dan pengeluaran wang akan DINAIKKAN dan berkuatkuasa serta merta.

Kadar baru ini akan digunapakai untuk semua jenis akaun yang berdaftar dengan LiteForex Malaysia sejak 2017.

Umum sedia maklum dengan isu kejatuhan nilai Ringgit sejak tahun lepas sehingga ke saat ini nilai Ringgit sangat merosot sementara US Dollar semakin mengukuh seiring dengan kejatuhan harga pasaran minyak dunia, keputusan BREXIT dan juga kesan pemilihan Presiden US yang baru Donald Trump.

Kadar semasa TT di Kaunter Maybank petang ini sudah mencecah RM4.55 bagi setiap USD1.00

LiteForex Malaysia sejak kali terakhir menaikkan kadar deposit kepada RM4.40 pada 24 Ogos 2015 sudah tidak mampu lagi menanggung KERUGIAN antara 20 sen hingga 30 sen bagi setiap US Dollar walaupun pihak kami telah berusaha mengeluarkan peruntukan sendiri bagi menampung kesan kenaikan USD Dollar ini.

Setiap deposit pelanggan kami kerugian antara 20 sen hingga 30 sen yang selama ini kami tanggung dengan pelbagai usaha dan daya kami demi tidak mahu membebankan para pelanggan semua.

Diharap para pelanggan yang dikasihi memahami sesunguhnya keputusan ini amat berat namun penting untuk kelangsungan syarikat meneruskan operasi dan urusniaga dengan lancar.

KADAR BARU ADALAH SEPERTI BERIKUT
DEPOSIT – RM4.70/USD1
PENGELUARAN – RM4.50/USD1


Buat pelanggan sedia ada yang telah berdaftar dengan kami hingga 11.59 malam 6 Januari 2017 (pelanggan mendaftar sebelum kadar baru berkuatkuasa) semua urusan pengeluaran akan mengunapakai kadar lama RM4.20 sehingga anda melakukan deposit kadar baru RM4.70 dengan jumlah yang sama nilai di dalam akaun atau melakukan pengeluaran yang sama jumlah dengan deposit akaun lama.

CONTOH:
Danish melakukan deposit USD1000 dengan kadar lama RM4.70@RM4700 pada 3 JANUARI 2017. Sebarang deposit Danish yang baru mulai 7 JANUARI 2017 akan mengunapakai kadar RM4.70. Manakala untuk urusan pengeluaran akan dibayar dengan kadar lama RM4.20 sehingga Danish melakukan jumlah deposit dengan kadar baru sebanyak USD1000 bersamaan RM4700 atau lebih.

Jika Danish tidak melakukan deposit baru maka semua urusan pengeluaran akan dibayar dengan kadar lama RM4.20 sebanyak jumlah deposit di dalam akaun dagangan semasa.

Selepas salah satu syarat ini dipenuhi maka semua urusan pengeluaran Danish akan dibayar dengan kadar baru RM4.50.

Untuk semua pelanggan yang melakukan pelarasan baki akaun (Zero Account Balance) secara automatik akan menggunakan kadar deposit dan pengeluaran baru.

***pemindahan dana antara akaun deposit lama dan baru adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.***

***sebarang CUBAAN memanipulasi kadar lama dan baru akan mengakibatkan seluruh akaun dan duit di dalam profile pelanggan dibekukan.***


LIKE Page FB : LiteForex Malaysia untuk info info terkini LiteForex Malaysia







Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas