Reka bentuk dan set fungsi-fungsi yang dikemaskini dan tersedia kepada semua pelanggan LiteForex

Pelanggan yang dihormati,

Kami telah membangunkan Client Profile yang baru dan mesra pelanggan, setelah mengambil kira kehendak semua pelanggan kami. Kami telah berjaya menggabungkan teknologi baru dengan sistem navigasi yang mudah dan intuitif. Semua pilihan biasa telah disimpan dan dioptimumkan.

Untuk log masuk ke Profail pelanggan baru, sila gunakan pautan ini di laman web rasmi kami.

Selain itu, profil pelanggan baru LiteForex telah dioptimumkan untuk beroperasi melaui telefon mudah alih, yang akan membolehkan pelanggan-pelanggan kami untuk menguruskan akaun mereka bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan telefon pintar atau tablet mereka.

Kami percaya bahawa reka bentuk baru kami adalah ringkas dan mudah, dan kami berharap bahawa anda akan menghargainya.

Kini, versi lama profil pelanggan dimansuhkan, dan versi baru beralih daripada ujian kepada secara LIVE.

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, kami amat gembira untuk membantu anda bila-bila masa dalam LiveChat kami.

Selain itu, jangan ragu-ragu untuk memberikan maklum balas atau cadangan anda dengan emel kepada kami di quality.control@liteforex.com.

Salam mesra
Pasukan LiteForex.


Pelancaran profil pelanggan baru secara LIVE