Pelanggan yang dihormati,

Merujuk kepada perkembangan semasa nilai ringgit Malaysia RM yang semakin menunjukkan pengukuhan berbanding US Dollar maka dengan penuh rasa berbesar hati pihak LiteForex Malaysia mengumumkan mulai 12.01 pagi KHAMIS 1 FEBRUARI 2018 kadar deposit dan pengeluaran wang akan DITURUNKAN dan berkuatkuasa serta merta.

Kadar baru ini akan digunapakai untuk semua jenis akaun yang berdaftar dengan LiteForex Malaysia sejak 2007. 

KADAR BARU ADALAH SEPERTI BERIKUT
DEPOSIT – RM4.30/USD1
PENGELUARAN – RM4.10/USD1

NAMUN, merujuk kepada promosi Flat Rate RM4.30 sejak November 2017 tahun lepas yang mendapat sambutan sungguh hebat LiteForex Malaysia bersetuju memberikan #coolingperiod atau #tempohbertenang selama 2 minggu lagi sehingga 11.59 Malam, RABU 14 FEBRUARI 2018 semua pengeluaran keuntungan pelanggan akan dibayar pada kadar Flat Rate RM4.30 juga.

Mulai 12.01 pagi , KHAMIS 15 FEBRUARI 2018 semua pengeluaran keuntungan para pelanggan akan dibayar pada kadar RM4.10.

Semoga dengan pelaksanaan kadar baru ini para pelanggan makin bahagia melakukan urusniaga bersama LiteForex Malaysia.

#setialiteforex #setiaselamanya

pemindahan dana antara akaun deposit lama dan baru adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

sebarang CUBAAN memanipulasi kadar lama dan baru akan mengakibatkan seluruh akaun dan duit di dalam profile pelanggan dibekukan.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi MCS/CS/SCS/ACS masing masing untuk kepastian.

 

Selamat sejahtera,
LiteForex

 

 

Yang benar,
LiteForex Investments Limited

Maklumat Penting Untuk Pelanggan Malaysia yang menggunakan servis deposit dan pengeluaran bank tempatan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas