Pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan terdapat beberapa perubahan dalam pelbagai instrumen yang disediakan oleh LiteForex, serta syarat dan terma bagi perdagangan instrument minyak (UKBrent, USCrude).

Pertama, LiteForex memperluaskan instrumen logam. Bermula minggu hadapan, 5 November 2018, para pelanggan kami akan dapat menikmati dagangan dalam platinum XPTUSD dan palladium XPDUSD, yang merupakan instrumen perdagangan yang popular.

Kedua, disebabkan perubahan dalam perkhidmatan liquid provider, kami menamatkan tawaran dan perdagangan bagi indeks pertukaran MOEX Moscow.

Sila ambil perhatian bahawa semua dagangan dalam kumpulan instrumen ini mesti ditutup sehingga 14:00 pada hari Jumaat, 2 November 2018, waktu rangkaian (GMT+2 seperti dalam terminal dagangan LiteForex). Sila ambil kira juga pada masa yang ditetapkan, kami akan menutup semua posisi yang masih dibuka secara automatic bagi instrumen ini pada harga semasa. Kami memohon maaf atas ketidakselesaan dan berharap anda memahaminya.

Ketiga, saiz kontrak untuk instrumen minyak akan dinaikkan 10 kali ganda pada hari Sabtu, 3 November 2018 (UKBrent, USCrude) disebabkan oleh keperluan liquid provider untuk perdagangan semasa dan yang baru. Jumlah perdagangan yang masih terbuka pada masa perubahan kontrak akan berubah mengikut keperluan baru, iaitu 10 kali ganda. Sila ambil kira perubahan ini dalam perdagangan anda.

Yang terakhir, bermula sabtu ini 3 November 2018, Tick Saiz juga akan meningkat sebanyak 10 kali ganda dalam semua indeks saham bagi kedua-dua perdagangan semasa dan yang terbaru berikutan dengan keperluan liquid provider. Perubahan ini seterusnya akan menyebabkan penurunan 10 kali ganda pada point harga dan saiz margin posisi. Jumlah perdagangan yang masih terbuka pada masa perubahan tick saiz juga akan berkurangan sebanyak 10 kali. Keuntungan dan margin bagi posisi semasa akan tetap sama. Sila ambil kira perubahan ini dalam perdagangan anda.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui LiveChat.

Yang benar,
LiteForex Investments Limited

Perubahan bagi syarat dan terma perdagangan syarikat
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas