Pindaan dan perubahan mengenai panel affiliate dalam Perjanjian Affiliate

Rakan kongsi sekalian,
Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa kami akan melancarkan profil affiliate terbaru pada tahun baru ini. Kami telah mengemas kini cara untuk pembayaran komisyen affiliate yang tidak lagi melalui pautan akaun affiliate. Komisyen kini akan dibayar sekali sehari dan tidak lagi selepas penutupan perdagangan oleh pelanggan di bawah kita. Ia akan membolehkan kami menyimpan sumber-sumber dari rangkaian dagangan kami dan menyediakan platform perdagangan dan penyalinan yang terbaik untuk pelanggan anda. Semua penempatan komisyen dilakukan dalam profil affiliate dan tidak perlu bimbang kerana akaun affiliate akan diarkibkan.

Oleh kerana matlamat yang kami tetapkan telah dicapai, kami mengumumkan penamatan program affiliate CPL selepas pelancaran profil affiliate yang baru. Kami kini sedang menjalankan program affiliate baru. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian. Dapatkan maklumat terkini nanti!

Selain itu, kami telah meminda Perjanjian Affiliate supaya ia mematuhi syarat-syarat yang baru. Pindaan tersebut berkuat kuasa mulai 4 Februari 2019.

Perkara-perkara berikut telah dipinda: 1.9, 2.2, 2.17.1, 4.1, 5.1, 5.2, 5.10 - 5.12, 5.12.5, 5.12.6, 5.22, 5.23, 6.5, 7.1.

Perkara berikut telah dipadam: 1.13, 1.14, 5.13 - 5.13.6.

Untuk rujukan pindaan terbaru Perjanjian Affiliate, sila layari pautan:

https://www.liteforex.my/uploads/documents/pdf/partner-agreement-en.pdf

Selamat sejahtera,
LiteForex

Perubahan terbaru bagi LiteForex Partner
Mulakan Dagangan
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas