Anuar bin Waid
Pertandingan «New Year Promo 2016»
Negara
Malaysia
Tempat pertama di peringkat pertama
Hadiah
Apple iPhone
6S 128Gb

Negara: Malaysia

Nombor akaun: MT4-R-271950

  • Sila beritahu kami tentang pengalaman anda dalam pertandingan ini dan perasaan anda terhadap kemenangan anda ini.
    • Pertandingan ini adalah sangat mudah untuk disertai sehinggakan saya terlupa tentangnya. Saya amat terkejut dengan kemenangan ini kerana saya menyertai LiteForex hanyalah untuk pips sahaja dan ini merupakan kejutan tahun baru yang sangat besar.
  • Bolehkah anda beritahu kami tentang pencapaian perdagangan anda? Adakah anda berupaya membuat keuntungan semasa pertandingan?
    • Sebagai pedagang baru yang hanya memulakan aktiviti dagangan pada akhir tahun 2014 dalam pasaran tukaran mata wang asing, saya telah mencapai sasaran peribadi saya untuk mengembangkan dan menggandakan ekuiti saya dan saya juga berjaya untuk membuat keuntungan semasa menyertai pertandingan ini.
  • Bagaimana anda mengetahui mengenai pasaran Forex dan kenapa anda membuat keputusan untuk menjadi seorang pedagang?
    • Saya belajar tentang pasaran forex melalui status facebook yang telah dikongsi oleh seorang kawan saya. Saya membuat keputusan untuk menjadi seorang pedagang forex kerana fleksibiliti daripada segi masa dan modal permulaan yang kecil. Saya bergiat dalam pasaran saham tempatan sebelum ini namun pasarannyaa agak terhad kepada waktu pejabat tidak seperti pasaran forex yang berjalaan hampir sepanjang masa.
  • Adakah berdagang dalam pasaran mata wang merupakan aktiviti perniagaan utama anda?
    • Ia bukan aktiviti perniagaan utama saya pada masa ini tetapi apabila saya mendapat pengalaman dan pengetahuan yang cukup, saya akan menganggapnya sebagai aktiviti perniagaan utama saya.
  • Apakah garis panduan peribadi anda apabila berdagang dan memilih broker?
    • Garis panduan peribadi saya untuk memilih broker ialah ianya mesti berdaftar, dikawal selia, boleh dipercayai dan mempunyai rekod bukti. Broker yang mempunyai wakil tempatan adalah satu bonus.
  • Mengapa anda membuat keputusan untuk memilih LiteForex?
    • Pertama, kerana ianya selalu disebut-sebut oleh rakan-rakan peniaga yang lain, jadi saya membuat keputusan untuk mengkaji sendiri latar belakang LiteForex dan ia sangat memenuhi kriteria broker pilihan saya. Platform ini adalah sangat responsif dan mesra pengguna. Lagipun, saya lebih suka analisis forex biasa berbanding pedagang induk yang menganggap saya sebagai orang baru dalam aspek tertentu pasaran saham 7.
  • Adakah anda merancang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan LiteForex akan datang?
    • Mengapa tidak, lagipun sekarang saya mula sedar saya mampu untuk memenangi sesuatu yang lain selain daripada pips daripada LiteForex.
  • Apa yang anda ingin ucapkan kepada orang-orang yang baru bermula untuk membantu mereka mencapai kejayaan?
    • Saya harap orang-orang yang baru bermula akan dapat mencari seorang guru pelatih yang baik untuk membimbing mereka mencapai kejayaan dalam pasaran saham.
Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas