• Menambah akaun perdagangan anda
  • Ambil bahagian dalam Cabutan bertuah
  • Menang kereta dari LiteForex
Ayuh Malaysia! Dapatkan untung dan hadiah anda
1hb Julai, 2018 - 31hb Disember, 2019

Great Hundred di Malaysia adalah pertandingan yang dinanti-nantikan oleh pelanggan LiteForex kerana setiap tahun kami menyediakan hadiah lumayan. Musim ke-6 pertandingan Great Hundred, semua pelanggan Malaysia berpeluang untuk memenangi Lima kereta Perodua Axia. Majlis pemberian hadiah merupakan acara yang hebat untuk dilihat pada bulan Januari 2020.

Ambil bahagian dalam Musim Ke-6 Great Hundred dan mendapat penghormatan seluruh dunia dalam dunia dagangan forex serta menangi hadiah hadiah lumayan daripada broker LiteForex!

Nombor akaunDepositNombor lotTarikh pendaftaran
1100.122018.07.10
21002018.07.10
3 MT4-R-342314 88.752018.07.06
4 MT4-ECN-434884 39.532018.07.02
5 MT4-ECN-443242 36.72018.07.01
6 MT4-ECN-425647 31.82018.07.02
7 MT4-ECN-417123 28.22018.07.01
8 MT4-ECN-437823 28.052018.07.05
9 MT4-R-335702 25.842018.07.02
10 MT4-R-341345 24.732018.07.02
11 MT4-R-342625 22.452018.07.01
12 MT4-R-342679 22.452018.07.03
13 MT4-ECN-444888 18.062018.07.02
14 MT4-ECN-423794 16.12018.07.06
15 MT4-ECN-443401 15.432018.07.02

Terma dan syarat

1. Majlis "Great hundred: musim ke 6" bermula daripada 1hb Julai, 2018 sehingga 31hb Disember, 2019 bagi pelanggan daripada Malaysia.

2. Hadiah hadiah berikut akan dimenangi dikalangan para finalis apabila tamat pertandingan ini:

LIMA kereta Perodua Axia untuk 5 pemenang

3. Untuk menyertai cabutan bertuah ini, semua peserta perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

Langkah 1 – Daftar akaun perdagangan dengan LiteForex, Jika masih lagi belum memilikinya.
Langkah 2 – Deposit USD1000 semasa tempoh promosi. *
Langkah 3 – urusniaga yang dijalankan mestilah sekurang-kurangnya 100 Lot klasik (1 lot klasik = 100 000 $) **

* Bilangan lot dikira dari masa deposit pertama sepanjang tempoh promosi. Untuk mengambil bahagian dalam pertandingan akhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah, jumlah deposit dalam akaun hendaklah sekurang-kurangnya USD1000 dalam sepanjang tempoh peraduan. Pemindahan antara akaun tidak akan dipertimbangkan.
** Bagi akaun ECN, volum lot adalah 10 kali ganda lebih kecil dari lot akaun klasik. Bagi akaun CENT, volum lot adalah 100 kali ganda lebih kecil dari akaun klasik.

4. Peraduan "Great Hundred: musim ke-6" didaftarkan secara automatik, yang mana semua akaun yang direkodkan dalam tempoh peraduan akan disenaraikan secara automatik ke dalam Kedudukan peraduan.

5. Instrumen Dagangan: kesemua instrumen dagangan yang disediakan oleh Syarikat LiteForex, kecuali kesemua CFD (CFD dibenarkan untuk dagangan, bagaimanapun jumlah perolehan dari dagangan instrumen ini tidak akan diambil kira).

6. Peserta boleh menggunakan Expert Advisor atau sebarang strategi dagangan dengan tanpa batasan dengan tetap mematuhi «Client agreement».

7. Setiap peserta yang memenuhi 3 langkah-langkah seperti yang dinyatakan di perkara 3 akan mengambil bahagian dalam cabutan bertuah peringkat akhir dan tarikh majlis penyampaian hadiah akan diumumkan sejurus selepas tamatnya pertandingan "Great Hundred: musim ke-6".

8. Wakil-wakil Syarikat dan kakitangan serta saudara-mara tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ini.

9. Semua peserta akhir mestilah melakukan pengesahan sepenuhnya profil pelanggan sebagai syarat kelayakan pertandingan. Syarikat LiteForex berhak untuk meminta maklumat tambahan berkenaan dengan identiti peserta semasa pengagihan hadiah.

10. Setiap pemenang hanya boleh menuntut satu hadiah sahaja bagi setiap kategori. Jika nama yang sama diumumkan dalam kategori yang sama cabutan akan diulang semula. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengubah cara cabutan yang akan dilakukan tertaluk pada situasi.

11. Semua hadiah termasuk hadiah utama merupakan hadiah dalam bentuk barangan dan tidak boleh ditukarkan ke bentuk lain seperti barangan yang lain, wang mahupun perkhidmatan.

12. Pihak penganjur tidak menyediakan sokongan teknikal dan juga insuran untuk hadiah yang disediakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah berkaitan dengan keadaan hadiah dan juga pengangkutan.

13. Pihak penganjur tidak akan membayar sebarang yuran pendaftaran kereta dan juga motosikal kepada kerajaan atau yuran pesekitaran. Semua hadiah, termasuk hadiah utama adalah PERCUMA dari pihak penganjur.

14. Syarikat LiteForex mempunyai hak untuk mengubah terma bila-bila masa tanpa sebarang notifikasi.

15. Syarikat LiteForex juga mempunyai hak untuk menolak pendaftaran dan juga mengugurkan kelayakkan peserta tanpa sebarang penjelasan. Alasan yang mungkin menyebabkan seseorang itu disingkirkan adalah:

- Melanggar atau tidak mematuhi syarat pertandingan;
- Melanggar atau tidak mematuhi Perjanjian tawaran awam dan «Client agreement»;
- Pendaftaran akaun dari beberapa profil oleh identiti peserta yang sama;
- Membuka transaksi dagangan dengan nilai yang besar ke atas pasangan matawang yang sama serta ke atas akaun yang berbeza pada anggaran masa yang sama;
- Menjadikan urusniaga yang gagal sebagai petunjuk untuk membuat keuntungan segera;
- Wujudnya transaksi pertandingan termasuk urusniaga yang dikunci, dimana ianya kurang dari 2 minit;
- Wujudnya kecurigaan kepada peserta yang komit keatas sebarang kesalahan supaya tersenarai dalam pemenang.

16. Pemenang-pemenang akan dijemput untuk menghadirkan diri dalam sebarang aktiviti LiteForex seperti pengiklanan dan juga pemasaran dalam bentuk temuramah, laporan bergambar dan juga rakaman video, serta sidang media berkaitan dengan pertandingan. Pada masa yang sama LiteForex sangat bertanggungjawab terhadap penjagaan sebarang maklumat sulit atau peribadi pemenang( seperti nama dan nama panggilan) tanpa persetujuan pemenang. Andainya pemenang tidak bersetuju untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini, kumpulan LiteForex mempunyai hak untuk menukarkan kedudukan atau hadiah tersebut dan menyerahkannya kepada pemenang seterusnya dalam keputusan akhir.

17. Dengan menyertai Promosi ini, peserta faham dan menerima sepenuhnya syarat-syarat dan peraturan.

Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas