Kejatuhan matawang USD yang bermula pada bulan lepas telah memberi kesan kepada harga emas yang telah mencapai paras puncak USD1297.00 satu auns. Pada permulaan bulan Mei, harga emas telah melepasi paras USD1300.00; namun begitu, trend kemudiannya telah berubah dan harga emas telah menurun selama tiga hari berturut-turut. Sebelum perbentangan data mengenai pasaran kerja US yang akan dibentangkan pada hari Jumaat, pedagang menutup posisi jualan matawang USD.

Terkini, matawang USD dalam keadaan tertekan akibat daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) US pada Suku Pertama (Q1) yang lembap berbanding jangkaan. Menurut Jabatan Perdagangan US, KDNK telah meningkat sebanyak 0.5% setahun pada Suku Pertama (Q1) berbanding dengan jangkaan pertumbuhan 0.7%, dan berbanding pertumbuhan 0.9% pada suku sebelumnya. Ini adalah pertumbuhan yang paling perlahan dalam masa dua tahun.

Kebiasaannya, kadar faedah matawang USD yang tinggi akan menarik pelaburan dan menurunkan harga simpanan.

Namun, berdasarkan harga kontrak hadapan kadar faedah Rizab Persekutuan US, kebarangkalian untuk kadar faedah dinaikkan adalah 13%.

Pada hari Selasa, matawang USD membuat pusingan ke atas selepas mencecah paras terendah bulanan melawan Euro dan Yen. Pelabur mengambil keuntungan daripada posisi jualan sebelum data NFPR dibentangkan pada hari Jumaat.

Kenaikkan matawang USD dicetuskan oleh penurunan harga minyak yang bermula pada awal bulan dan.

Dan keputusan ARB semalam untuk menurunkan kadar faedah (kadar faedah diturunkan buat pertama kali sejak Jun 2015 kepada 1.75%).

Indeks USD WSJ yang menjejaki harga matawang Amerika melawan 16 matawang utama, menokok sebanyak 0.8% kepada 8529 pada akhir sesi dagangan semalam.

Data US akan dibentangkan hari ini pada jam 14:15 hingga 16.30 (GMT +20. Kadar turun naik pasaran pada waktu ini dijangka akan meningkat. Jika data mengenai makroekonomi US positif, matawang USD akan meneruskan kenaikkan dalam pasaran kewangan manakala harga emas akan menurun.

XAUD/USD: Harga emas menurun pada permulaan minggu ini.  Analisa Fundamental untuk 04.05.2016.




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas