Harga minyak telah menurun selama tiga sesi berturutan biarpun inventori minyak US dijangka akan mencecah rekod puncak baru. Berdasarkan laporan Institusi Minyak Amerika (API), investori minyak USA meningkat sebanyak 1.3 juta pada minggu lepas berbanding penurunan sebanyak 1.1 juta pada minggu sebelumnya.

Semalam, harga kontrak pasaran hadapan minyak mentah Brent di ICE Futures jatuh sebanyak 1.9% setong. Minyak Energy jatuh sebanyak 12% manakala minyak Marathon jatuh sebanyak 5.6%.

Kerisauan mengenai penurunan permintaan minyak di China dan peningkatan simpanan minyak dunia meletakkan tekanan kepada harga minyak.

Beberapa minggu yang lepas, harga minyak Brent telah mencecah puncak baru dalam tempoh 5 bulan, iaitu pada paras USD 48.00 berpunca daripada gangguan bekalan minyak dibeberapa rantau dan akibat daripada ramalan pengurangan penghasilan minyak di USA.

Walaubagaimanapun, jumlah pengeluaran minyak dunia masih tinggi disebabkan jangkaan pelabur bahawa bekalan minyak akan berkurang telah menurun. Inventori minyak USA berada di paras tertinggi dalam tempoh 80 tahun, melebihi paras 500 juta tong dan masih cenderung untuk terus meningkat.

Data daripada Russia menunjukkan pengeluaran minyak bulan April mencecah 10.84 juta tong sehari, menghampiri puncak tertinggi sepanjang tempoh 30 tahun iaitu 10.91 setong pada bulan Mac. Fakta ini menambah kebimbangan para pelabur yang berdagang keatas kenaikkan harga minyak.

Peningkatan harga minyak akan memaksa beberapa pengeluar minyak untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi menjamin bahagian pasaran mereka. Akibatnya, keseimbangan antara permintaan dan penawaran yang ditunggu-tunggu tidak terjadi dan lebihan penawaran akan meningkat.

Hari ini pada 16:30 (GMT +2) Jabatan Tenaga US akan membentangkan data mengenai inventori minyak untuk minggu 23-29 April. Menurut ramalan, inventori minyak akan bertambah sebanyak 1.444 juta tong dan akan memberi tekanan kepada harga minyak.

Jika data makro ekonomi US yang akan dibentangkan hari ini lebih rendah daripada ramalan, harga minyak akan disokong dan akan menyebabkan penurunan USD.

Brent: Harga minyak kembali tertekan.  Analisa Fundamental untuk 04.05.2016.




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas