Data positif yang dibentangkan pagi tadi telah menyokong AUD.

Dagangan asing Australia mengalami defisit sebanyak 2.163 billion pada bulan Mac berbanding peningkatan 3.044 billion pada bulan Februari dan juga berbanding jangkaan 2.900 billion. Penyusutan ini akibat daripada kenaikkan harga bijih besi yang menjadi eksport utama Australia.

Jumlah keseluruhan eksport yang menjadi indikator penting kepada kadar perkembangan ekonomi dalam negara telah bertambah sebanyak 4% berbanding penyusutan 1% pada bulan lepas. Dalam masa yang sama, eksport perkhidmatan sedang meningkat secara pesat. Import juga telah bertambah sebanyak 1% berbanding pertumbuhan sifar pada Februari yang menunjukkan peningkatan yang perlahan bagi permintaan tempatan. Jumlah jualan runcit juga meningkat sedikit pada Mac (+0.4% berbanding jangkaan 0.3% dan kenaikkan 0.1% pada Februari).

Pada awal bulan ini RBA telah menurunkan kadar faedah utama buat pertama kalinya sejak Jun 2015. Kadar faedah diturunkan pada paras 1.75% yang menyebabkan kejatuhan AUD. Pasangan AUD/USD telah menyusut sebanyak 180 poin pada hari berkenaan dan gerakan turun naik berjumlah lebih daripada 230 poin.

Menurut Bank Pusat, ekonomi Australia sedang berkembang dalam kadar perlahan berbanding 2015. Indikator pasaran kerja terkini menunjukkan situasi yang bercampur-campur. Namun, beberapa ekonomis percaya bahawa dollar Ausralia akan kembali pulih dan untuk menghalang kenaikkan AUD, kadar faedah utama mungkin terpaksa diturunkan sekali lagi.

Ekonomis berpendapat kenaikkan AUD akan merisaukan bukan sahaja pengeksport, tetapi dalam masa yang sama akan meningkatkan lagi sektor perkhidmatan terutamanya pelancongan dan pendidikan.

Pada Jumaat jam 02.30 (GMT+2), RBA akan menbentangkan ramalan perkembangan ekonomi, kadar inflasi dan pasaran pekerjaan. Ramalan kadar inflasi berkemungkinan akan dinilai semula selepas perbentangan data kadar inflasi tahunan yang berjumlah 1.7% berbanding jangkaan 2.0% dan berbanding kenaikkan 2.1% pada suku sebelumnya. Oleh itu, kadar mungkin akan diturunkan sekali lagi pada tahun ini yang berisiko untuk melemahkan matawang Australia.

Analisa fundamental untuk 05.05.2016




Bahan-bahan yang disiarkan di Laman ini disediakan oleh LiteForex untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan atau nasihat untuk tujuan arahan 2004/39/EEC. Di samping itu, bahan-bahan ini telah disediakan mengikut keperluan undang-undang yang direka untuk menggalakkan kebebasan kajian pelaburan dan tidak tertakluk kepada apa-apa larangan terhadap pengedaran tambahan pelaburan penyelidikan.



Ikuti kami di rangkaian sosial!
Live Chat
Tinggalkan maklum balas